Tuesday, January 29, 2008

JAGA KESIHATAN, AMALAN BELUM LENGKAP

(Nasihat kepada diri saya)

Malam semalam saya tidak tidur nyenyak dan sering terjaga. Sejak beberapa hari lalu sakit di belakang badan dan dada kiri semakin kuat. Kerana sakitnya tidak tertahan, tengahari Ahad lalu selepas satu majlis, saya memanggil tukang urut datang ke rumah.

Namun selepas berurut tiada perubahan berlaku, sehingga awal pagi semalam kira-kira jam 7:30 saya pergi ke wad kecemasan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC). Setibanya saya seorang diri ke wad berkenaan saya diberi perhatian. Tumpuan pertama ialah rawatan jantung. Keputusan awal menunjukkan ‘tahap normal’.

Saya kemudian dikehendaki menjalani pengimijan (X-ray) kira jam 8:30 pagi. Keputusan hanya diketahui jam 10:30 pagi. Daripada penelitian, paru-paru saya juga normal dan saya dirujuk kepada doktor pakar jantung (Consultant Cardiologist).

Saya dibawa ke tingakt 7. Saya bertemu Dr Haji Nik Isahak Wan Abdullah, pakar jantung (orang Kelantan tapi bermiripkan wajah Pakistan) kira jam 12 tengahari. Setelah penelitian dilakukan saya dikehendaki menjalani ‘stress test’ di tingkat 1 bangunan sayap utara.

Dr Nik turut serta ketika ujian dilakukan. Alhamdullilah jantung normal dan tiada ‘blockage’.

Hasil penelitiannya saya dikehendaki membuat susulan dua minggu lagi. Menurut Dr Nik kemungkinan saya mengalami masalah pada bahagian sendi (muscular). Namun rawatan susulan nanti akan merangkumi ujian menyeluruh termasuk ujian darah, kolestrol dan buah pinggang.

Pada malam ketika saya tidak boleh tidur, saya hanya mampu mengadu kepada Allah s.w.t. dan berdoa kepada Nya.

4 comments:

Anne said...

Take care lek look..

LEKLOOK said...

Thanks Angah! Semua sihat ke?

Anne said...

Sehat, Alhamdulillah =) tgh tggu ari 4 the new addition DZ coming..err nway DZ means DaZuki / DZeiqry / DZ... hehe

Kulupbana said...

Bro Lokman,
Senasib lah kesemua pria seusia kita. Hidup kini dibelenggu kerisauan senarai penyakit bakal dihidapi. Apatah lagi jika kerjaya kita tidak mengizinkan langsung untuk bersenam.

Saya pun terkejut 'beruk' bila bacaan kadar gula mencecahi 15. Wow, kehidupan mendatang tiada manisnya lagi..

Harap-harap ianya bukan hukuman Tuhan melainkan peringatan.