Saturday, January 5, 2008

UMNO ADAKAN PILIHAN RAYA DI SELURUH SELANGOR

Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor hari ini mengadakan 'dry run' pilihan raya di seluruh negeri.

Setiap Daerah Mengundi perlu menghantar 30 orang pengundi untuk 'membuang undi' di pusat mengundi. Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri diperuntukan satu pusat mengundi.

'Pondok Panas' untuk setiap daerah mengundi bagaimanapun dikumpulkan di bawah satu bumbung. Setakat ini peratusan keluar mengundi mencecah kira-kira 80 peratus.

'Dry run' yang dilaksanakan ini lebih kepada menguji keberkesanan gerak kerja jentera pilihanraya dan tidak tertumpu kepada peratusan jumlah pengundi yang memilih Barisan Nasional, BN.

Bagaimanapun harus difikirkan supaya 'dry run' ini membabitkan anggota komponen BN yang lain. Kerana sejarah mengajar kita bahawa di kawasan majoriti pengundi Cina hanya UMNO yang berkerja keras dan berhempas pulas, yang lain berpeluk tubuh sahaja menanti duduk di kerusi yang dimenangi BN. Dah begitu, sombong pulak tu..........

1 comment:

Kulupbana said...

Persiapan pilihanraya wajar dirancang teliti dan dilatih secara pra mahupun raptai penuh untuk mencongak keberkesanannya.

Cuma janganlah semangat rakyat dibakar untuk mengundi berpihak tetapi sebenarnya sokongan ini hanya pelengkap mengesahkan sesetengah 'musang berbulu ayam' meneruskan pengaruh, kekuasaan, ketamakan, kekayaan, kerakusan, pembohongan, konspirasi dan manupulasi sebagai hak mutlak peribadi atas nama landasan demokrasi.

Jangan rakyat sekali lagi diheret untuk bersatu memperjuangkan wawasan kemajuan negara kononnya; namun diperalatkan.

Jika niat sinambungan kuasa semata-mata untuk kekuatan ummah dan agama sekaligus membangunkan negara tercinta, silakan.