Monday, January 21, 2008

ELUAN GURU SEKOLAH AGAMA PATUT DINAIKKAN

Elaun guru sekolah agama perlu dinaikkan, agar bersesuaian dengan kos sara hidup masa kini, disamping mengiktiraf peranan mereka.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional yang menyarankan kenaikkan elaun itu menjelaskan, rata-rata mereka kini hanya menerima kadar minimum, enam ratus ringgit sebulan.

Dengan bebanan tugas yang sama seperti guru aliran kebangsaan, kadar elaun yang diperuntukkan tidak lagi dianggap munasabah.

Jika dibandingkan dengan gaji guru sekolah kebangsaan, perbezaan pendapatan meeka amat ketara.

Malah elaun kebanyakkan guru agama masih berada di bawah paras miskin, kecuali guru agama di negeri selangor yang mendapat 738 ringgit sebulan.

Menurut presidennya, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hasan, guru sekolah agama perlu dibela dengan memberikan mereka elaun yang berpatutan sebanyak minimum 900 ringgit.

Cadangan itu disuarakan beliau ketika membentangkan kertas kerja pada seminar memperkasa p-i-b-g sekolah rendah agama anjuran majlis permuafaktan p-i-b-g, s-r-a daerah petaling.
Beliau turut mencadangkan semua bayaran tambahan sekolah dimansuhkan kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada seribu 500 ringgit.


Selain itu, aspek prasarana sekolah seperti kemudahan ICT dan makmal sains juga perlu dititikberatkan untuk memperkasakan lagi sekolah agama.

"Saya meminta usahawan dan GLC berusaha bersama-sama bangunkan sekolah agama seperti ambil anak angkat supaya sra dapat dibangunkan setimpal setidaknya at par dengan sekolah kebangsaan", katanya.

Ini kerana, sekolah agama masih menjadi pilihan selain sekolah kebangsaan.

"Ibubapa zaman sekarang sibuk bekerja tak dapat tumpu dari segi akhlak kepada anak2 ,bukan kita nak bebankan sekolah tapi setidaknya cuba sebaik mungkin anak kita ke arah keagamaan" kata Mohd Akil Akhir bapa kepada pelajar sekolah agama.


"Pengalaman saya, 5 anak sekolah agama, anak sulung sekolah agama walau orang kata kelas kedua, tapi dapat 8a dalam periksa, anak ketiga pun 8a dalam pmr baru2 ini, insyaallah semua anak dalam sekolah agama", kata Noor Hanim Ismail.

Di Selangor sahaja, terdapat lebih 200 buah Sekolah Rendah Agama, manakala, Sekolah Agama Bantuan Kebangsaan di bawah penyeliaan kementerian pelajaran sebanyak 23 buah.
Dipetik daripada Berita TV9 oleh Nurul Aishah Ab Rahman

1 comment:

AkaZukii ChaCha said...

eee bestnyer ada credit kepada nama saya hehe thanks cik lok utk assignment ni, walaupun saya n addy je repota :) tapi best..nak wat sr..