Saturday, January 19, 2008

ANGKA 23, 6 DAN 16 SEBAGAI PENENTU

Angka di atas menjadi pertanda bagi kebanyakan orang yang ada kaitannya dengan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

Pertanda ia semakin hampir semakin terserlah. Antaranya pilihan raya ‘olok-olok’ UMNO telah selesai, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) menasihatkan bakal penganti tidak menggunakan inai semasa mengundi, pemimpin UMNO dilarang melawat ke luar negara dan Menteri Besar serta Ketua Menteri sudah melengkapkan dan menyerahkan senarai calon.

Tentunya ia diadakan pada musim cuti sekolah, ketika ramai orang mengadakan kenduri kahwin. Jadi angka 23, 6 dan 16 mungkin tepat.

Mengikut 'Tok Nujum' 23 Februari ini, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dijangka dibubarkan, manakala 6 Mac Penamaan calon dan 16 Mac pula dijangka Pilihan Raya Umum diadakan.

Selasa ini pada sebelah petang, Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin UMNO Bahagian di PWTC.

2 comments:

SyedKhair.a.k.a.Arab said...

so macam mana dengan persedian tentera2 berita tv-9 kita cik lok?? kena buat special briefing nie...ehehehe...!!!

Anonymous said...

ada meeting this tuesday