Monday, January 25, 2010

JANGAN MARAH-MARAH


Marah itu perlu dan harus dilakukan oleh setiap individu. Namun marah sukar dilepaskan pada waktu dan tempat yang sesuai.

Marah merupakan reaksi terhadap motif-motif yang tidak terpenuhi atau rasa tersinggung hati.

Sejak kecil bahkan sejak bayi kita sudah mampu untuk melakukan perilaku marah tersebut.

Namun pada bayi dan anak yang belum boleh bercakap perilaku marah biasanya berupa tangisan.

Marah biasanya selalu dikonotasikan pada hal-hal yang negatif. Orang yang pemarah biasanya tidak banyak disukai orang.

Islam mengajarkan bagaimana membuatkan amarah itu tidak menjadi liar, ganas dan membahayakan orang lain.

Hal ini terkandung dalam surat Ali Imran ayat 134.

Terapi agama dalam mengendalikan marah:
1. Setiap awal pagi harus dimulakan dengan menyebut perkataan "hari ini saya tidak boleh marah"
2. Ketika mahu marah segeralah memohon perlindungan daripada godaan syaitan yang terkutuk.

Terapi Psikologi dalam mengendalikan marah:
1. Pandanglah wajah anda di cermin ketika sedang marah dan bayangkan bagaimana jika wajah anda yang sedang masam berubah senyum. Kemudian tanyalah diri sendiri berapa lama akan berwajah masam seperti itu. Kemudian beranilah untuk tertawa sekuat-kuatnya.
2. Hilangkan energi yang meledakan itu dengan melakukan kegiatan seperti berjalan atau berbelanja.
3. Tulislah surat yang paling keji yang dapat anda lakukan.

3 comments:

leklina said...

org bodoh je mrh x bersebab..ttp pendiam bukannya BAIK sngt...kekadang tu main kayu tiga..spe yg tau..entah2 kahwin lain pun keluarga x tau.. Si polan tu baik...x mungkin buat jahat..ohh tidk zaman skrng lelaki yg dah kawin atau tidk..mmg tdk boleh di percayai.

leklina said...

termasuklah isteri2 org dah kawen pun terkinje kinje..a"uzubillah... anak dara ape lagi...menyajikan apa yg sepatutnya di lindungi...apa lagi biji matapun x terkawalah....mmmmmm dunia nk kiamat nii..sedarlah seblum di kafankan.

Kepten Ramli Kardi said...

Terima kasih.....motivasi yang baik