Monday, January 4, 2010

NLAKB AKAN LEBIH MAJU JIKA.....



Baru pertama kali mengunjungi Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru (NLAKB) di Bandar Puchong Jaya pagi semalam.

Restoran ini antara beberapa rangkaian barunya di luar Kuala Lumpur. Cantik dan menarik seperti restoran kopitiam lain.

Harganya berpatutan dan mampu dilanggan. Bagi set sarapan pagi (biasa) cuma RM3.95 untuk nasi lemak biasa dan teh tarik. Kalau tambah ayam goreng atau ayam rendang harga seketul RM4.95.

Bayaran untuk dua orang makan dengan tambahan dua ketul ayam kira-kira RM18.

Rasanya macam nasi lemak biasa jer. Tak adalah istimewa mana.

Kerana ia diusahakan oleh bumiputera, sepatut ia disokong.

Pagi itu kira-kira 70 peratus pelanggannya orang Cina dan masing-masing 15 peratus orang Melayu dan India.

Tempat duduk dan meja untuk 200 oarng hampir penuh. Tapi saya kesian melihat pekerja di kaunter.

Hanya dua orang yang bekerja.Seorang pekerja perempuan tu, dialah juruwang, dialah tukang isi nasi lemak di pinggan dan dialah juga yang mengemas meja.

Saya menunggu agak lama di kaunter sebelum dapat dilayan.Tapi tak apa.

Bagaimanapun pengurusan Nasi Lemak Antarabangsa diharap jangan terlalu lalai dari segi perkhidmatan melayan pelanggan.

Restoran mamak Pelita menugaskan kira-kira 17 orang dalam satu-satu masa untuk melayan pelanggannya. Manakala Old Town White Coffee menyediakan cukup kakitangan untuk melayan pelanggan yang baru melangkah masuk ke restorannya.

Mungkin selepas ini pelanggan NLA yang masuk restorannya dapat dilayan sebelum mereka sempat duduk. Pengurus restoran Nazrul Anuar Nazri perlu dapatkan maklum balas daripada semua pelanggan.

1 comment:

azroy8778 said...

Salah satu KELEMAHAN pengusaha kedai makan Bumiputera adalah KURANG LAYANAN akibat kurang PELAYAN..
Seperti yang kita maklum, kalau ke kedai Mamak atau Kopitiam, pelayan akan terus datang untuk ambil pesanan walaupun kita belum duduk..