Wednesday, January 27, 2010

INFOSYS MASIH DI HATI PM

Foto : Leklook di hadapan bangunan utama Infosys di Bangalore.
Ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara “Soal-Jawab” di TV3 Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ada menyebut mengenai Infosys bila membicarakan halatuju Malaysia untuk menjadi jaguh dunia.

Infosys adalah antara peneraju Teknologi Maklumat (IT) yang unggul di India. Memasuki kawasan industrinya di Bangalore suasananya tidak seperti berada di bumi India, walaupun perjalanan menuju ke sana didedahkan dengan pemandangan rumah yang daif dan persekitaran orang kurang berada.

Foto : Datuk Seri Najib mengabadikan kenangan selepas menanam pokok di perkarangan Infosys.
Infosys Technologies Ltd diasaskan pada tahun 1981 oleh tujuh orang dengan modal permulaan sebanyak 250 dollar Amerika. Kini syarikat gergasi IT itu menjadi pemimpin dunia dalam meneraju generasi masa depan IT yang berpendapatan melebihi empat billion dolar Amerika.

Perkhidmatan gobalnya merangkumi kepada lebih 2000 syarikat di seluruh dunia dengan lebih 50 pejabat dan pusat pembangunannya di India, China, Australia, Republik Czech, Poland, UK, Kanada dan Jepun.

Sehingga akhir September tahun lalu, Infosys dan anak syarikatnya mempunyai 105,453 pekerja.

Empat tahun lalu ketika Datuk Seri Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau sudah menunjukkan minat untuk melawat dan meninjau kejayaan syarikat itu semasa lawatan rasminya ke India.

Foto : antara lanskap di perkampungan Infosys.

No comments: