Entah mengapa tiba-tiba terkenang masa lalu ketika ‘ditipu’ oleh pengacara dan bekas pembaca berita TV3 Mahathir Lokman (sekarang Datuk) semasa membuat lintas langsung di Dataran Bandaraya Johor Baharu.
Masa itu saya ditugaskan menjadi wartawan cum Penolong Penerbit cum FM (Floor Manager) pada majlis pengisytiharan JB sebagai bandaraya.
Ketika siaran langsung berita Buletin Utama, Mahathir Lokman sepatutnya menjadi ‘anchor’ untuk lintas langsung itu dari dataran JB. Namun ketika Sofwan Mahmod yang ketika itu menjadi SD (Pengarah Studio) di OB van (kenderaan siaran luar) memberi Q untuk lintas langsung, tiada siapapun muncul untuk mengulas majlis itu. Saya diberitahu Mahathir dan Ezzah Aziz Fauzi sibuk bersiap untuk mengacarakan majlis pengisytiharan itu di atas pentas.
Saya jadi Bidan Terjun untuk mengambil alih tempatnya. Tanpa ada persiapan saya muncul secara LIVE di kaca TV mengulas apa yang berlaku. Kerana hanya dalam beberapa saat saya diberi tugas itu, apa yang mampu saya lakukan membaca buku program majlis yang ada di tangan dan melalut tak tentu pasal.
Saya nampak dangkal, seolah-olah muncul tanpa persediaan.
Tapi ketika balik ke KL dan masuk kerja tiada seorang bospun bertanyakan hal itu. Kalau mereka bertanya, saya memang sudah ada senjata tajam dan bisa untuk membelasah mereka.
Rupanya saya diberitahu, Mahathir Lokman mengutamakan habuan daripada penganjur untuk tugas pengacaraan itu daripada tugasan utama yang diberikan syarikat. Ezzah dikatakan hanya dapat sedikit habuan yang diberikan Mahathir.
Peristiwa itu adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan dalam bidang penyiaran.
3 comments:
Alhamdulillah Lek Look, dengan "berbekalkan pengalaman" tsb. Lek Look semakin mantap di TV9 kan..
Janganlah jeles dgn rezki orang, mungkin ada hikmah di sebalik semua itu. look at it positively. antaranya yg sya nampak, hikmahnya, anda dapat menimba pengalaman jdi anchor secara live. and then next time, u too must b prepared, ada contigency plan.. :)
As salam Sdra LekLook, jikalau betul lah apa yang dikatakan dlm blog anda ni, saya ingin memohon maaf diatas keterlanjuran kejadian tersebut. Pada rasa saya, walaupun kejadian ini berlaku hampir lebih sedekad yang lampau, mengimbas kembali, saya dan Ezzah dipilih untuk hadir menyempurnakan Pengacaraan Majlis acara JB menjadi Bandaraya di Perasmian Dataran JB, dan bukan untuk mengacarakan majlis berkenaan secara langsung utk TV3. Kami berdua dibayar melalui kelulusan TV3 & dijelaskan oleh Kerajaan Negeri Johor yang telah menyediakan kesemuanya, termasuk pembayaran, hotel, pengangkutan, makanan & minuman. Raptai selama 2 malam. Saya terkilan mengapakah setelah sekian lama baru cerita sedemikian yang turut mengguris hati kami berdua, dilemparkan dikhalayak ramai. Namun demikian sebagai seorang Muslimat yang tak lari dari kelemahan & kesalahan, saya harap penjalasan saya ni dapat diterima oleh pihak Saudara. Wasalam & selamat bertugas.
Post a Comment