Kalau dalam tentera, semua anggota dan pegawainya perlu tahu pangkat-pangkat di dalam pasukan, sama ada daripada peringkat Prebet, Lans Koperal sehinggalah kepada jawatan Leftenan Jeneral seterusnya yang tertinggi - Jeneral. Maka dalam organisasi lainpun begitu. Mereka perlu tahu asas struktur dan sistem yang dianggotainya.
Dalam bidang kewartawananpun begitu, pengamalnya perlu tahu asas jawatan dan hiraki dalam sistemnya.
Tapi kebanyakan kelompok baru (bukan semua), mereka masih jumut dari segi pengetahuan itu. Bukan sahaja tidak tahu struktur sistem itu, malah tidak ada rasa ingin tahu. Satu daripada sikap yang tidak wajar ada dalam diri seorang wartawan.
Jawatan Wartawan dan Pemberita pula ada perbezaan dari segi makna dan fungsinya. Pemberita adalah wartawan tetapi tidak semua wartawan adalah pemberita. Di sinilah ukurannya sama anda sudah layak digelar wartawan atau masih bergelar pemberita.
Dalam media cetak, jawatan paling asas adalah Kadet Pemberita. Kemudian ia naik ke satu tangga menjadi Pemberita. Sama ada pemberita meja sukan, jenayah, politik dan hiburan. Kalau bertugas di meja sukan mereka dipanggil Pemberita Sukan.
Berikut senarai jawatan wartawan dari peringkat asas sehingga ke peringkat tertinggi yang biasa digunakan dalam media cetak dan elektronik. Jawatan dan fungsi berubah mengikut peredaran masa dan keperluan organisasi.
Pemberita Kadet/Cadet Reporter
Pemberita/Reporter
Pemberita Kanan/Senior Reporter
Ketua Pemberita/Chief Reporter
Penolong Pengarang Berita/Assistant News Editor
Pengarang Sukan/Hiburan/Luar Negara etc.
Pengarang Berita/News Editor
Penolong Pengarang/Assistant Editor
Ketua Penolong Pengarang/Chief Assistant Editor
Timbalan Pengarang/Deputy Editor
Pengarang/Editor
Pengarang Eksekutif/Executive Editor
Pengarang Bersekutu/Associate Editor
Ketua Pengarang/Editor In-Chief/Chief Editor
Pengarang Kumpulan
Ketua Pengarang Kumpulan/Pengarang Urusan Kumpulan
Pengarah Eksekutif Kumpulan Berita
Senarai di media elektronik (TV);
Wartawan Penyiaran/Broadcast Journalist
Wartawan Eksekutif Penyiaran/Executive Broadcast Journalist (sejawatan dengan Penolong Penerbit Berita)
Penolong Pengarang Penugasan/Assistant Assignment Editor (sejawatan dengan Penerbit Berita)
Assignment Editor/Editor Penugasan (sejawatan dengan Penerbit Kanan Berita)
Penolong Pengarang/Assistant Editor
Timbalan Pengarang Berita/Deputy News Editor
Pengarang Berita/News Editor
Pengarang Eksekutif/Executive Editor
Ketua Pengarang Berita/Chief News Editor
Ketua Pengarang/Editor In-Chief
Pengarang Kumpulan/Group Editor
Pengarang Urusan Kumpulan/Group Managing Editor
Pengarah Eksekutif Kumpulan Berita/Group Executive Director News & Current Affairs.
Nota : Di media cetak, di bahagian output Pengarangnya digelar Penyunting dan bosnya dipanggil Pengarang Eksekutif (Perolehan). Manakala di media elektronik 'gate-keeper' di bahagian output dipanggil Penerbit dan bosnya dipanggil Pengarang Eksekutif (Penerbitan).
3 comments:
Terima kasih...you macam tau tau jer sekarang setiusaha akhbar pejabat aku diserahkan pada aku...tq tq
Post a Comment