Monday, January 11, 2010

BUTA AUTOMOBIL


Cerita pasal kereta. Dulu pernah seorang kawan menegur. “Dia tu kalau beli kereta tak pernah baca buku manual, tu sebab kalau ada masalah sikit tak tau nak buat apa”.

Memang betulpun. Banyak pengalaman berkaitan masalah kereta tapi masih tidak mengajar kita untuk menjadi pemandu yang DIY.

Pernah kereta yang baru dibeli tidak boleh dihidupkan. Dua orang makenik dipanggil datang ke rumah. Sebaik sahaja mereka masuk ke kereta, sudah tahu punca enjin tidak boleh dihidupkan.

Rupa-rupanya gear automatic tidak diletak pada tanda “P” – parking.

Dan pernah RM600 melayang ketika di Cameron Highland hanya kerana penutup radiator berharga RM12 rosak.

Masalah kali ini pula masih belum dapat dikenalpasti. Kereta tidak boleh digerakkan ke depan dan belakang walaupun break kaki telah dilepaskan.

Kawan-kawan kata ia berpunca daripada gear-box. Manakala ada yang berpendapat mungkin paddle break bermasalah.

Esok baru cuba diselesaikan masalah kerana tadi tidak ada masa terluang dan terpaksa bergegas pergi kerja yang dihantar oleh isteri.

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum...
mungkin encik x kenal sy tp encik mungkin kenal abah sy. =)
bukan nak bercerita pasal automobil, tp mahu bertanyakan tentang keadaan Ustaz Tarmizi dan isteri. sebab abah cakap dah lama dia tak dengar cerita pasal Ustaz dan isteri..
maaf mengganggu...

leklook said...

Terima kasih kerana berkunjung & bertanya khbar.

Keadaan emak, beliau masih terlantar di atas katil dan perlu pengawasan 24 jam. Jumlah hari emak sakit angin ahmar ada di sebelah.

Bapa pula sakitnya on & off. Doakan mereka dipermudahkan urusan rawatan & anak-anak sabar menghadapi dugaan.