Saturday, January 2, 2010

AKIBAT SELANGOR HARAMKAN BEG PLASTIK




Bila pemberitahuan kempen tak menyeluruh beginilah jadinya. Peruncit pula tiada alternatif lain untuk diberi kepada pelanggan bagi memuatkan barangan.

Kalau beli satu dua barangan bolehlah tahan, tapi kalau dah dua trolly macam mana pulak?
Tapi bila beli sebuah buku di kedai buku, dapat pulak beg plastik ini.....

Laporan media mengenai kempen berkenaan:
Mulai 1 Januari tahun hadapan, Kerajaan negeri Selangor akan menganjurkan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” dan memilih hari Sabtu sebagai pengharaman beg plastik.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, kempen itu akan berterusan selama enam bulan pertama bagi mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastic sekaligus mengurangkan pencemaran putih atau white pollution.

Elizabeth berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen itu di Sunway Pyramid.

Tambahnya, pada peringkat permulaan kempen Hari Tanpa Beg Plastik akan berjalan selama enam bulan pengguna digalakkan membawa beg dari rumah kerana pasaraya atau kedai runcit tidak akan menyediakan beg plastic.

Manakala, kata Elizabeth, bagi mereka yang masih ingin menggunakan beg plastik pada hari tersebut caj akan dikenakan.

Kempen anjuran kerajaan negeri ini turut mendapat sokongan positif daripada peruncit-peruncit utama di Selangor termasuk pusat membeli-belah, hypermarket, supermarket, kedai runcit dan farmasi.

Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri akan menilai keberkesannya dan tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan samada perlu menambah hari kempen tersebut.

"Kerajaan negeri akan melihat keberkesankan kempen ini selepas enam bulan dan kita harap dapat meningkatkan bilangan hari dalam seminggu,” katanya.

3 comments:

azroy8778 said...

Saya mmg sokong pengharaman beg plastik TETAPI hendaklah diganti dgn beg kertas yang lebih mesra alam.
Beg plastik sering dibuang merata-rata. Mmg susah kalau kena bawa barang "satu trolley"..adeh..

Kepten Ramli Kardi said...

aku pun menyokong pengharaman beg plastik...pakai beg yang mesra alam

Niro said...

Hey, I was searching for some school project of mine and saw the photo..the last photo of yours which one girl is holding a plastic bag looks like my house a lot which is located in Green Lane, Penang. The gate, the tiles, the broken tiles and wall colour. Ridiculous!