Monday, October 12, 2009

TAHNIAH DATO MIOR

TAHNIAH DATO MIOR, ZAINI, RIDZUAN DLL!

MELAKA, 9 Okt (Bernama) -- Seramai 11 pengamal media merupakan antara 1,230 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena harijadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob esok.

Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mior Kamarulbaid Mior Shahid dianugerahi Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia Zaini Hassan dan Ketua Biro Berita Harian Perak Ridzuan Yop masing-masing menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM).

Penerima bagi anugerah Bintang Khidmat Terpuji (BKT) pula ialah Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Melaka Mohamad Bakri Darus, Ketua Biro Bernama Perak Mohamad Zabidi Othman, Ketua Biro Berita Harian Melaka Amirullah Andi Nur, wartawan sambilan Melaka Hari Ini Ibrahim Idris dan bekas ketua biro Sin Chew Daily Melaka Chew Eng Sui.

Wartawan sambilan Harian Metro Melaka Nazri Abu Bakar, wartawan Sinar Harian Melaka Sharizanerni Norramlai dan wartawan sambilan Melaka Hari Ini Vincent Low pula menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
-- BERNAMA

3 comments:

leklook said...

Tahniah juga buat Ketua Penerangan UMNO Dato Ahmad Maslan yang turut mendapat DCSM.

Dalam sms balasnya beliau berkata , "Tkasih Lokman...salam perjuangan."

Feeza Mior @ Eteqcute said...

mcm name ayah kite jek..
hi encik lokman..
saye fizah anak incik mior lahmudin..hee

LEKLOOK said...

Fizah,
Jap lagi Cik Mior tu dapatlah title Datuk. Cepat-cepatlah Fizah kahwin.

Suka Kak Ton nanti!