Sunday, May 31, 2009

CUCI KERETA DI TANJUNG MALIM LEBIH MAHAL


Perkhidmatan mencuci kereta di Tanjung Malim lebih mahal daripada di Kuala Lumpur.

Apa yang membezakan harganya, tidaklah sangat saya ketahui.

Saya cuma dapat memberikan perbandingan begini :

Pengusaha perkhidmatan cuci kereta yang saya kunjungi di Tanjung Malim menyediakan perkhidmatan di sebuah tanah lapang dan berbumbung khemah sementara. Tiga orang pekerja tempatan keturunan India sama-sama bekerja di bawah khemah itu.

Manakala di Kuala Lumpur pusat cucian kereta yang sering saya kunjungi, berada di dalam kedai yang disewa dan mengaji beberapa orang pekerja Bangladesh.

Mungkin juga air dan tenaga elektrik di Perak lebih mahal daripada di Selangor atau Kuala Lumpur menyebabkan harga perkhidmatan lebih sedikit. Atau mungkin juga harga perkhidmatan yang diberi mengikut saiz dan jenis kereta.

Mungkin juga pekerja Bangladesh yang digaji hanya tahu bercakap beberapa perkataan Bahasa Malaysia, berbanding pekerja cuci kereta tempatan di Tanjung Malim.

Dan kerana hanya tahu menyebut beberapa harga sahaja, peluang untuk mereka menipu harga tidak berlaku.

Saturday, May 30, 2009

COMBI DAHULUI KONVOI VOLKSWAGEN KE LUMUT


Dua minggu lalu Kelab Volkswagen Klasik Selangor (KVKS) melalui Komander Ramli meminta kami membuat liputan konvoi dari Shah Alam ke Pangkalan TLDM di Lumut.

Stringer kami yang diarah mengikuti konvoi hingga ke Kuala Selangor rupanya mengikuti mereka sehingga ke garisan penamat. Menyedari minat stringer berkenaan terhadap aktiviti begitu saya tidak menghalangnya. Lagipun tiada tuntutan bayaran lebih daripadanya.

Tanpa disengaja, titik peluhnya hanya dibalas dengan penyiaran beberapa saat visual aktiviti itu di akhir siaran, walaupun banyak lagi visual menarik yang diambil.

Friday, May 29, 2009

JANGAN TINGGALKAN BEG DI DALAM KERETA








Hari ini (khamis) nasib tidak menyebelahi saya. Sekembali daripada menziarahi bapa yang masuk semula ke hospital tengahari tadi, saya dapati tingkap cermin kereta di sebelah kiri depan dipecah orang.

Sebuah beg laptop dilarikan bersama-sama sebuah mobil telefon, GPS, buku akaun bank dan fail peribadi.

Menurut saksi kereta saya tidak nampak dipecahkan ketika beliau menghantar anak ke sekolah, tetapi apabila pulang kira-kira jam 2:30 petang cermin kereta saya sudah berkecai. Menurut wanita itu keretanya pernah dipecahkan di depan rumahnya itu hanya kerana terdapat beg sekolah anaknya di dalam kereta.

Hari ini, walaupu kereta diletakkan di bahu jalan dengan ramai orang yang lalulalang, penjenayah masih mampu melakukan kerja celaka itu.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi selepas beberapa minit mencari lokasi dan tempat meletak kereta. Selepas selesai membuat laporan, saya diarahkan ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhampiran Stadium Merdeka untuk memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

Setibanya di bilik pegawai berkenaan pintu berkunci. Di sebelah kanan biliknya apabila saya ketuk muncul seorang pegawai penyiasat wanita bertelekung, baru nak memulakan solat asar.

Manakala bilik di sebelah kiri pula kelihatan beberapa wanita seksi sedang disoalsiasat oleh pegawai penyiasat yang lain.

Kira-kira jam 6 petang baru pegawai penyiasat berkenaan datang dan membuka kunci pintu biliknya. Saya hanya pulang kira-kira jam 6:30 petang setelah jurufoto polis mengambil gambar kereta yang dipecahkan.

Namun kerana jalan sesak dan hari sudah gelap saya tidak dapat meneruskan hajat untuk mencari kedai cermin kereta.

Tumpuan untuk pergi semula ke pejabat ketika itu sudah tiada lagi.

Esok satu lagi cabaran menunggu - untuk mencari kedai cermin kereta.

Pengajaran : Jangan sekali-kali meninggalkan sebarang beg di dalam kereta yang boleh menarik perhatian penjenayah walaupun anda dalam keadaan tergesa-gesa.

Monday, May 25, 2009

PPP SEMAKIN TENAT

Pernah saya tulis dalam entri sebelum ini mengenai kemelut yang melanda parti kerdil, Parti Progresif Penduduk (PPP).

Krisis yang pernah melanda kepimpinan parti itu dua dekad lalu, kini muncul semula. Akhirnya kini PPP mendapat dua orang Presiden. Seorang yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar (EGM) semalam dan seorang lagi yang masih mengaku sebagai Presiden.

Kini Senator T. Murugiah dan Datuk M. Kayveas perlu membuktikan siapa yang benar dan sah mengikut undang-undang dan perlembagaan parti.

Sesetengah pihak pula menyatakan krisis yang melanda PPP sekarang sebagai proses kehancuran parti itu.

Manakala ada pihak lain pula berkata inilah kesan permulaan dalam usaha memporak-perandakan PPP, sebelum parti itu menyembah bumi kerana kelantangan tidak bertempat pemimpinnya.

Sunday, May 24, 2009

ZAHID MILIKI PRINSIP KEPIMPINAN TENTERA

Foto : petikan daripada portal Kementah
Diantara 11 prinsip kepimpinan ketenteraan ialah mengetahui anggota tentera anda dan memastikan kebajikan mereka.

Menyedari hakikat bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hampir sempurna di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Menteri Pertahanan, kini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memikul tanggungjawab itu memberi lebih tumpuan kepada kebajikan anggota tentera, sebagaimana terkandung dalam 11 prinsip itu.

Untuk melengkapkan kesebelasan prinsp itu bukanlah pra-syarat sebagai Menteri Pertahanan. Ia seharusnya sudah sebati di dalam sanubari semua pegawai tentera daripada pangkat Leftenan Muda sehinggalah yang berpangkat Jeneral dengan memegang jawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT).

Namun hampir semua prinsip kepimpinan ketenteraan itu sudah dimiliki Zahid.

Sebelas prinsip kepimpinan tentera ialah;
1. Mengetahui diri sendiri dan sentiasa meningkatkan keupayaan diri.
2. Sentiasa cekap dari segi taktikal dan teknikal.
3. Bersikap tanggungjawab dan mengambil tanggungjawab kepada setiap tindakan.
4. Membuat keputusan yang jelas dan tepat.
5. Sentiasa menjadi contoh.
6. Mengetahui anggota tentera anda dan memastikan kebajikan mereka.
7. Memastikan anggota bawahan sentiasa diberi maklumat.
8. Meningkatkan rasa kebertanggungjawaban di kalangan anggota bawahan.
9. Memastikan misi difahami, diselia dan dilaksanakan.
10. Wujudkan pasukan.
11. Beri tugas kepada unit anda berdasarkan kebolehan mereka.

Zahid dalam gagasannya untuk melaksanakan usaha bagi memastikan kebajikan pegawai dan anggota ATM dijaga telah mengariskan beberapa langkah. Antaranya menekankan agar pesara-pesara tentera yang melabur dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAB) mempunyai faedah langsung melalui peningkatan pulangan daripada keuntungan LTAB.

Selain itu masalah perumahan yang membelenggu anggota dan bekas anggota tentera akan diberi tumpuan. Ia termasuk menjadikan kawasan-kawasan tanah kepunyaan Kementerian Pertahanan yang tidak dibangunkan, untuk dijadikan kawasan perumahan kepada mereka.

Dan bagi memastikan jasa bekas-bekas tentera sama ada yang berkhidmat sebagai pegawai dan anggota jangka tetap atau pendek terus dipelihara, pindaan Akta Veteran akan dibentang di Parlimen.

Thursday, May 21, 2009

DATUK AHMAD A.TALIB AKAN LAPOR DIRI DI MPB

Kini angin semakin bertiup kencang mengenai kehadiran Datuk Ahmad A. Talib di Media Prima Berhad.

Selepas Datuk Johan Jaaffar yang sudah memulakan tugas sebagai Pengerusi Eksekutif, Datuk Mat Talib pula akan melapor diri bila-bila masa sebagai Pengarah Eksekutif yang menjaga 'editorial' di MPB.

Sumber yang layak dipercayai terus memberi keyakinan mengenai perkara itu. Kini ucapan tahniah semakin memenuhi ruang komentar di blognya ini.

Anonymous said...
God blessed you with you new appointment as ED of editorial for MPB - I know you can bring the changes.. tahniah
May 20, 2009 3:36:00 PM MYT
Noor Hasilah Ismail said...
Datuk,Tahniah di atas perlantikan Datuk sebagai pengarah eksekutif berita Media Prima!
May 20, 2009 4:06:00 PM MYT
DukeOfUMNO said...
Congrate's Datuk on your appointment! I bet u can do it better!
May 20, 2009 5:07:00 PM MYT
Zainal A. Kasim said...
Salam Datuk,Congratulation on your appointment at NSTP. You must re-write your introduction CV at this blog.
May 20, 2009 5:40:00 PM MYT

Selain Datuk Mat Talib, nama yang disebut-sebut untuk datang ke Sri Pentas ialah Datuk Khalid Mohamad.

Wednesday, May 20, 2009

BINCANG ISU PALESTIN DI JALAN U THANT BERSAMA DUTA



Tiba di perkarangan kediaman Duta Palestin ke Malaysia, Abdolaziz Aboughosh di Jalan U Thant Kuala Lumpur malam semalam diri terasa tenang.

Berdiri di depan pintu sudah menunggu Abdolaziz ditemani suami kepada bekas ahli parlimen Kota Bharu, Hajjah Illani Ishak.

Kami dibawa masuk ke ruang tamu. Seorang teman bertanya sama ada perlu membuka kasut atau tidak, sebelum masuk rumah. Tetapi saya secara selamba yakin kasut tak perlu dibuka kerana tiada sebarang kasut ditinggalkan di depan pintu.

Di ruang tamu beberapa editor kanan media tempatan sudah duduk di sofa.

Sebelum makan malam dihidang, kami disajikan perbualan yang agak panjang lebar bersama Abdolaziz. Cerita lama mengenai Palestin tetapi dipersembahkan sendiri oleh dutanya ke Malaysia dengan versi dan visi baru.

Seperti pemimpin Palestin lain, beliau menyatakan kekesalan mengenai sesetengah pemimpin dunia yang memperalatan isu Palestin untuk kepentingan negara mereka. Antaranya Presiden Mahmoud Ahmadinejad dari Iran yang menukar pendirian terhadap Israel bagi mendapatkan peluang daripada Amerika Syarikat.

Menurut Abdolaziz rakyat Palestin berterima kasih kepada negara yang membantu dan tidak membantu negaranya. Tetapi amat menyesali negara lain yang mengadai isu Palestin untuk kepentingan mereka.

Ketika ditanya mengenai Hamas dan Hezbollah, Abdolaziz seakan cuba mengelak dan mendakwa media di Malaysia banyak menyiarkan laporan berdasarkan sumber barat dan sedikit melaporkan daripada sumber asal di pihak Palestin.

Apapun alasannya, rakyat Palestin akan terus dihimpit kekecewaan dan kekejaman rejim zionis selepas lebih 60 tahun berhadapan dengan situasi itu, jika umat Islam khususnya OIC tidak bersatu. Bumi Palestin akan terus bergolak, jauh lagi untuk merasa tenang seperti suasana di kediaman dutanya di Jalan U Thant.

Kami kemudian dijamu dengan pelbagai juadah Palestin yang enak yang disediakan sendiri oleh isteri Abdolaziz, Hatim keturunan Lubnan. Perbincangan mengenai Palestin kemudian diteruskan di meja makan!
Foto : Cenderahati daripada Duta Palestin.

Sunday, May 17, 2009

KEMELUT KAYVEAS-MURUGIAH GAMBARKAN WATAK PEMIMPIN PPP

Kemelut yang melanda kepimpinan PPP bukan hanya berkisar kisah tarik tali diantara Datuk Keyveas dan Datuk Murugiah, tetapi ia mengambarkan keseluruhan watak pemimpin dalam PPP.

Plot cerita dalam parti kerdil itu adalah realiti yang berlaku terhadap orang kecil yang berjiwa besar tetapi tanpa kekuatan. Itulah imej PPP yang ditonjolkan oleh Datuk
Keyveas sejak memimpin PPP 15 tahun lalu.

Sebutlah majlis politik apa sekalipun yang membabitkan Barisan Nasional, imej PPP pastinya lebih menonjol berbanding parti gabungan BN lain yang jauh lebih besar. Setidak-tidaknya ahli-ahli PPP akan memakai baju seragam parti dengan bendera bintangnya, menengelamkan ahli parti lain. Namun kekuatan sebenar PPP tidaklah seperti yang digambarkan itu.

Kayveas mendakwa angka lebih 500 ribu anggota partinya adalah benar berdasarkan kad keahlian yang ditanda tanganinya sendiri. Namun seorang bekas pemimpin Melayu PPP bergelar Datuk yang rapat dengan saya mendakwa, angka itu hanya benar di atas kertas. Jika dibuat audit secara terperinci ia jauh lebih kecil daripada yang diawar-warkan.

Tidak dinafikan pemimpin-pemimpin PPP pandai mengambil kesempatan dalam apa juga keadaan. Berikanlah mereka apa juga jawatan, lagaknya melebihi apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Kalau diberikan mereka jawatan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan (PBT) lagaknya seperti Yang Dipertua Majlis (YDP). Dan kalau diberikan jawatan Timbalan Menteri, lagak mereka sudah tentu macam Menteri.

Ketika saya menjadi YDP PIBG di sebuah sekolah di Puchong, seorang AJK PIBG (rapat dengan Keyveas) mengesyorkan beliau (ketika itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dijemput sebagai tetamu dalam satu majlis sekolah bagi meraikan pelajar-pelajar keturunan India.

Tanpa memikirkan soal politik dan kelayakan beliau untuk hadir di sekolah, saya bersetuju dengan cadangan itu. Itupun atas kapasiti beliau diantara pemimpin masyarakat India yang dapat dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Tetapi janji-janjinya terhadap pentadbiran sekolah melebihi Menteri Pelajaran. Menyedari sikap beliau itu saya hanya tersenyum apabila beliau berjanji untuk membina bangunan tambahan sekolah bagi dijadikan dewan serta menyumbang beberapa unit alat pendingin udara.

Namun sebagaimana yang saya sangka sebelumnya, janji itu tinggal janji sehinggalah beliau kalah di Parlimen Taiping pada PRU-12 yang lalu. Dan tempat beliau menduduki kerusi Timbalan Menteri yang diperuntukan kepada PPP diberikan kepada bekas Ketua Pemuda PPP yang juga ahli Majlis Tertinggi parti, Datuk Murugiah. Yang saya kira itu antara punca kemelut kepimpinan PPP sekarang.

Bukan itu sahaja sikap yang ditunjukan oleh pemimpin PPP.

Selepas saya menolak untuk dicalonkan semula sebagai YDP PIBG, seorang pemimpin PPP pusat dipilih mengantikan saya di sekolah berkenaan.

Beberapa bulan selepas saya meninggalkan jawatan dalam PIBG, saya dihubungi oleh pengetua sekolah. Pengetua mengadu YDP baru telah memasukkan ramai kalangan pemimpin PPP sebagai AJK dilantik ke dalam PIBG, tanpa peraturan dan restu AJK serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Sekolah seolah-olah telah dijadikan markas PPP. Pengetua meminta nasihat saya kerana sukar untuk mengawal pemimpin PIBG dikalangan PPP yang dilihat seolah-olah mengawal pentadbiran sekolah.

Namun tidak dinafikan pemimpin PPP kuat bekerja! Antara buktinya ketika BN sibuk berkempen semasa Pilihanraya kecil di Ijok dahulu, pemimpin PPP sibuk menyediakan meja untuk menambahkan ahlinya.

Friday, May 15, 2009

PELOPOR 'JEJAK RASUL' TINGGALKAN MEDIA PRIMA

Sebut saje nama Uztaz Wan Alias Abdullah, mungkin ramai yang sudah mengenali beliau, lebih-lebih lagi peminat "Jejak Rasul". Program itu mula diperkenalkan di TV3 apabila Uztaz Wan dibawa ke stesen televisyen itu.

Uztaz Wan yang berasal dari Kampung Jeragau di sebuah daerah di Terengganu memulakan kerjaya sebagai guru. Setelah bertugas dan merantau di beberapa negeri, beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di Mesir.

Kembali dari Mesir beliau bertugas di Pusat Islam dengan diberi pelbagai tanggungjawab termasuk mewujudkan Muzium Islam. Selain keupayaan melaksanakan tanggungjawab menyebarkan ilmu agama, Ustaz Wan juga berbakat dalam bidang penulisan seperti drama radio.

Setelah lebih sepuluh tahun dengan TV3, Uztaz Wan dibawa untuk bersama-sama mewujudkan stesen TV9. Beliau diberi tanggungjawab mengetuai program pendidikan dan keagamaan di stesen TV baru milik Media Prima itu, antaranya program "Al-Risaalah'.

Kini selepas kira-kira 14 tahun berkhidmat dengan stesen televisyen, semalam Uztaz Wan Alias meniti hari terakhirnya.

Semua kakitangan TV9 semalam meraikan majlis perpisahan beliau tanpa pengetahuannya setelah menyedari beliau tidak gemar untuk diraikan begitu.

Bila ditanya apa yang akan beliau lakukan selepas ini, Uztaz Wan hanya menjawab untuk pergi RTM - Rehat Tunggu Mati!

Senarai Program Jejak Rasul :
Jejak Rasul (1995)
Jejak Rasul 2 - (1996)
Jejak Rasul 3 Utara Afrika and Eropah - (1997)
Jejak Rasul 4 China dan India - (1998)
Jejak Rasul 5 Asia Tenggara - (1999)
Jejak Rasul 6 Afrika - (2000)
Jejak Rasul 7 Mesir Bumi Anbia - (2001)
Jejak Rasul 8 Sutera Laut Bumi Syahadah - (2002)
Jejak Rasul 9 Warkah Mesopotamia - (2003)
Jejak Rasul 10 Sejagat yang Berdaulat - (2004)
Jejak Rasul 11 Sicupak dari Istanbul - (2005)
Jejak Rasul 12 Nabi Muhammad - (2006)
Jejak Rasul 13 Sahabat - (2007) (Isnin - Jumaat)
Jejak Rasul 13 As-Salam Amerika Syarikat - (2007) (hujung minggu)
Jejak Rasul 14 Rihlah Ibn Battutah - (2008)

Wednesday, May 13, 2009

BERITA TV9 TAMPIL DENGAN WAJAH BARU

Jangan lupa tonton Berita TV9 malam ini.

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

Sejak awal pagi lagi semalam saya sudah menguruskan untuk membawa semula bapa ke hospital.

Kira-kira jam 10 pagi, saya dan isteri mula bergerak ke Tanjung Malim untuk membawa bapa ke Hospital Al-Islam di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sejak keluar dari hospital Isnin lalu, bapa mengadu lututnya semakin sakit dan tidak boleh berjalan.

Di hospital bapa dirawat di wad kecemasan sebelum dibawa ke bilik 309. Beberapa tiub cecair dari lututnya dikeluarkan. Doktor memberitahu, bapa diberikan ubat yang termahal untuk lututnya, tetapi mungkin tiada keserasian.

Hari ini Hari Ibu, saya menziarahi semula bapa. Emak yang turut berada di hospital sejak dua minggu lalu balik semula ke Tanjung Malim rabu lalu. Emak terus terlantar di katil di rumah kakak.

Kedua-dua mereka berada di Hospital Al-Islam di dalam bilik berasingan secara bertentangan.

Saya tidak dapat meraikan Hari Ibu bersama emak di Tanjung Malim. Hanya doa untuk emak ketika saya berada di sisi katil bapak.

Dalam perjalanan menziarahi bapak pagi tadi, saya sempat singgah di Suria KLCC untuk menunaikan permintaan anak-anak bagi meraikan Hari Ibu buat isteri saya.

Sekurang-kurangnya saya bertuah dapat meraikan Hari Ibu bersama anak-anak untuk mendidik mereka menghargai pengorbanan insan yang bergelar ibu.

Selamat Hari Ibu.

Saturday, May 9, 2009

PERAK LAHIRKAN TOKOH POLITIK 'SI-LUNCAI'

“ I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand?“So go and tell that …”


Pembangkang di Perak bebal atau bodoh sombong. Kurang ajar dan sanggup mengadai maruah bangsa dan kemuliaan Dewan Undangan Negeri serta kedaulatan Raja demi melaksanakan kelangsungan politik mereka.

Tidak pernah dibuat oleh orang yang bergelar YB, berdiri di atas meja. Kanak-kanak di Tadikapun malu untuk melakukan perlakuan itu. Rakyat di kawasan yang diwakilinya tentu malu mendapat wakil rakyat berperangai macam monyet.

Kurang ajar! Pemangku Sultan Perak yang sudah duduk untuk memulakan perasmian sidang, dihalang oleh kumpulan pembangkang yang berdiri di tengah-tengah dewan.

Itulah perlakuan sumbang pembangkang dalam usaha untuk mengagalkan DUN Perak daripada terus bersidang.

Mereka sanggup melakukan apa saje untuk menghalalkan cara. Tidak cukup dengan sejarah lucu dan bodoh yang dicatatkan mereka di bawah pokok. Generasi baru kini disogokan lagi dengan satu lagi sejarah mual.

Pastinya generasi selepas ini akan ketawa terbahak-bahak apabila membaca buku mengenai sejarah politik Perak yang dicemari badut-badut itu.

Kalau Dato Maharajalela dan Dato Sagor dicatat sebagai pahlawan Melayu Perak, pastinya juga sejarah Perak selepas ini tidak akan lupa mencatatkan dua nama ini.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Khoo Ham nanti sudah tentu akan dicatat sebagai dua tokoh legenda politik 'Si-Luncai' Perak.

Dan sudah pasti sidang DUN Perak yang dihadiri dua tokoh itu menjadi sidang yang jelik dan hodoh pernah tercatat dalam sejarah politik negara, dengan sisipannya sidang di bawah pokok yang meninggalkan kesan kurafat.

Friday, May 8, 2009

BUDAYA SAMSENG DALAM DUN PERAK

Foto : AHLI Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat, Loke Chee Yan berdiri di atas meja.
ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dalam blognya berkata sebaik sahaja Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah selesai memeriksa kawalan kehormatan dan menuju ke Kamar Diraja, ADUN pembangkang bergegas memasuki dewan terlebih dahulu dan menukar tempat duduk ke sebelah kanan Speaker, yang telah ditetapkan kepada pihak Kerajaan.
Mereka juga mengalihkan tanda nama dari kertas ke sebelah kanan, dan mengoyak tanda nama ADUN BN dan dibuang entah ke mana.
Mengikut prosiding mesyuarat, Setiausaha Dewan, Abdullah Antong Sabri sepatutnya memulakan mesyuarat dengan membaca doa, tetapi Sivakumar menolak aturcara itu sebaliknya terus membuat ketetapan tidak akan memulakan mesyuarat selagi 10 ADUN yang dinamakannya, tidak keluar daripada dewan itu.