Friday, June 13, 2008

REBET MINYAK SETAHUN HABIS DALAM TEMPOH SEHARI


Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta ‘trak pick-up’ dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun, bagi setiap kenderaan. Manakala bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai RM150 setahun.

Cuba fikir, wang bayaran rebet setahun dengan jumlah itu dan mengambil masa panjang berbaris di pejabat pos mulai esok, akan hanya dibelanjakan dalam masa sehari.

Selepas duit habis, tanggunglah sendiri dengan mengisi minyak satu liter RM2.70 sepanjang tahun.

Jadi....janganlah ghairah sangat nak duit itu tanpa memikirkan subsidi minyak selama setahun yang sudah dibelanjakan itu. Jimatlah berbelanja!

2 comments:

Unknown said...

Realiti semasa di tanah air memang merisaukan sekali. Apakah kita mempunyai pemimpin yang hebat untuk menangani semua krisis dan isu semasa, terutama dalam kenaikan harga barang harian.
Kesilapan besar ialah kerajaan gagal dalam merancang. Surah Yusuf mengajar kita mengenai perancangan dalam menghadapi musim musibah.
Mendengar penjelasan yang terlalu propaganda juga menyesakkan.
Sempat bersama pemimpin nasional di rumah sendiri - http://1426.blogspot.com/2008/06/anwar-khalid-husam-thrilled-dubai-crowd.html

LEKLOOK said...

Sdr Fudzail,
Tahniah kerana dikunjungi oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Saya juga pastinya akan berbangga seperti saudara jika rumah sendiri dikunjungi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Datuk Seri Najib.