Sunday, June 8, 2008

GUNA KERETA KECIL UNTUK PERGI KERJA

Ketika harga petrol naik sekarang ini, masing-masing tercari-cari kereta kecil sebagai alternatif. Dengan harga petrol RM2.70 seliter, kereta yang saya gunakan kini memerlukan sehingga lebih RM150 untuk memenuhkan tangki.

Lebih 10 tahun dulu saya pernah menggunakan kereta MPV Citreon Evasion untuk pergi kerja. Kereta itu memang sesuai untuk mereka yang mempunyai anak ramai. Tetapi amat tidak ekonomik untuk dibawa pergi kerja.

Saya membelanjakan kira-kira RM400-RM500 sebulan hanya untuk mengisi petrol pergi kerja yang jaraknya kira-kira 25 kilometer dari rumah. Memandangkan kosnya terlalu mahal, saya membeli Kancil untuk pergi kerja. Evasion pula saya tinggalkan di rumah untuk isteri menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

Bayangkan dengan perbelanjaan bulanan 'duit minyak' Evasion sebelum ini, saya dapat menggunakannya untuk membayar ansuran bulanan kereta kancil termasuk kos petrolnya.

Selepas lama menggunakan Kancil, saya bertukar kepada Kelisa untuk pergi kerja. Manakala Evasion masih digunakan selama lapan tahun untuk keperluan keluarga.

Kini setelah beberapa tahun menggunakan mini MPV berteknologi Korea untuk pergi kerja dan MPV 'recond' buatan Jepun untuk keperluan keluarga, saya memikirkan untuk menggunakan kaedah itu lagi setelah harga minyak melambung.

Rasanya Proton Saga dan Viva boleh dipertimbangkan untuk membantu mengurangkan pembasiran kos perjalanan ke tempat kerja setiap hari.

10 comments:

Anonymous said...

Salam tuan, layout baru lebih menarik..kereta kecil..

LEKLOOK said...

Terima kasih. Banyak ruang...

duasenkami said...

Beli kancil lepas tu pakai NGV lagi jimat. Sempit sikit la kat belakang tapi tak apa, duit tak habis cepat...

LEKLOOK said...

Terima kasih. Idea yang baik untuk dipertimbangkan

Anonymous said...

En. Lok...

Sy plak cadangkan beli motor 4 lejang. Jimat minyak. Dari Puchong ke Sri Pentas lebih kurang RM 3 - RM 4 (pergi-balik). Sesuai utk hari cerah je...time hari hujan en. lok naik keta...amacam? hehe

Kepten Ramli Kardi said...

Kerja kuat, kurangkan overhead, maintain jumlah isteri yang ada..maksudnya jangan tambah isteri.jangan tambah anak, jangan melepak kat kedai mamak, henti merokok, naik basikal ketempat kerja untuk lebih sihat, tukar pokok bunga dengan pokok sayur, tadah air hujan dalam tempayang untuk mandi. Makan nasi campur ubi kayu, sarapan cukup dengan geduk...SANGGUP KERRRR

Kepten Ramli Kardi said...

Lok..satu lagi aku nak suarakan benda ni lah...mungkin ini bukan saluran yang betul tapi i rasa boleh sampai pada Dato Seri Z...dekat simpang empat hutan melintang tuh mana satu yang betul...Bagan Datok, atau bagan datuk atau bagan Datoh atau bagan datuh.....

LEKLOOK said...

Komander Ramli,
Terlebih dulu saya nak tanya, sudah ke baca entri saya dulu pasal foto Tuanku Sultan dengan saya dan saudara di Sri Pentas. Kalau belum cari-carilah old entry nanti.

Pasal Bagan Datoh atau Bagan Datok saya boleh jawap, tak payah tanya Datuk Seri Z.

Nama Bagan Datoh diwartakan dalam nama tempat berdasarkan sebutan 'mat salleh' yg memerintah kita dulu.

Manakala Bagan Datok adalah kawasan Parlimen yang diwartakan dalam Akta Pilihanraya.

Oleh itu kalau ada nama Parlimen Bagan Datok itu betul. Dan kalau ada tanda arah '50 meter ke Bagan Datoh' juga betul.

Tapi yang biasa digunakan Bagan Datoh. Nama Bagan Datok hanya muncul bila pilihanraya.

LEKLOOK said...

Komander Ramli,
kok ngomong pasal bojo. Riko wes loro...

Kepten Ramli Kardi said...

"Komander Ramli,
kok ngomong pasal bojo. Riko wes loro..."

hahhahahaha.....nak berguru ker..aku banyak baca buku pasal hal ini