Wednesday, June 11, 2008

KOMANDER RAMLI TAK SUKA GIGI EMAS M.DAUD KILAU

(Jangan marah! aku kauk foto ni..)

Setelah tiba-tiba terbaca komen daripada Komander Ramli Kardi dalam entri sebelum ini, kali ini izinkan saya menulis sedikit mengenai Komander Ramli. Rakan dan orang kampung yang menjadi kebanggaan Bagan Datoh.



(Saya bersama Sultan Selangor - Komander Ramli beruniform Navy)

Beliau kini menjadi ADC Sultan Selangor sejak beberapa tahun lalu. Kalau ada foto Tuanku Sultan di dada-dada akhbar atau muncul di kaca TV, maka adalah muka beliau beruniform putih segak di samping baginda.

Beliau adalah pengawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang boleh dibanggakan. Sebagai pegawai dalam pasukan PASKAL (komando Navy), beliau memang menyukai sesuatu aktiviti yang mencabar.

Misi Khutub Utara bersama-sama Datuk Rahim Dahlan (Rahim King) yang disertai krew TV3 dulu adalah sesuatu catatan sejarah yang tidak boleh dilupakan.

Walaupun sudah berada di atas, sikap kekampungan beliau masih boleh dibanggakan. Masih tidak membangga diri dan prihatin terhadap kehidupan masyarakat.

Dalam keterangan peribadinya dalam geogle beliau hanya menyatakan dirinya sebagai 'wong jowo bagan datuk' . Manakala pekerjaannya dinyatakan sebagai kerja kampung, tanam sawit lepas pencen askar ayor (Navy lah tu..)

Beliau amat menyemari sky diving, scuba diving, golf dan yang best Volkswagen Beetle (macam aku jugak mula-mula dulu).

Selain filem Rambo sebagai kegemaranya, dan Kenny G menjadi musik favouritenya, yang saya tak tahan beliau tak suka M. Daud Kilau (orang Bagan Datoh jugak ni) kerana gigi emasnya.

Harap-harap Datuk M. Daud Kilau tak baca entri ini.

Mengapa tak suka gigi emas? Komander Ramli kena jawab sendiri!

2 comments:

Kepten Ramli Kardi said...

Lok, terima kasih atas entry you pasal aku...aku jadi malu tapi aku ambil sebagai satu penghormatan thak you so much

Pasal Dato M daud..aku sebenarnya gurau..it is okay i think he is agood man and i do respect him as my country men and an old man.

Lok, kita hidup walau dimana pun jangan lupa sejarah asal usul kita.aku rasa salah satu sebab apa yang berlaku kepada orang melayu sekarang adalah kerana kita jahil sejarah perjuangan bangsa kita.Jerit perih warga terdahulu untuk membentuk negara

kita sekarang hanya lebih bercakaran kepada benda benda yang remeh

Lok aku ada dengar satu ceramah ugama di radio..lebih kurang begini seoraang imam mesjid bertanya kepada penceramah..Ustaz ada dua orang lelaki bersembahyang subuh.Serang membaca doa qunut dan seorang lagi tidak membaca doa tersebut. Mana satukah yang sah sembahyang subuh tersebut....Ustaz menjawab kedua duanya sah.

Bagi aku kenapa sibuk pasal sah atau tidak..yang pasti kedua duanya sembahyang...kenapa tidak berusaha oraang lain yang sedang tidur datang ke masjid dan sembahyang...ITU LAH MENTALITI KITA ORANG MELAYU

Aku juga ingin meminjam kata kata dalam lirik lagu sohaimi mior hassan (geng aku kat sek 9)
PERKARA YANG SAMAR..JANGAN SUKA DIBENAR BENARKAN

Ya Allah ini negara aku...selamatkan lah negara aku

Unknown said...

abg ramli...saya mal, student unitar dulu...lama tak dgr cerita abg...kalau tak ingat saya...cuba ingat izadora