Wednesday, June 18, 2008

MAZIDUL MENGELUH PASAL BLOGNYA

Siang tadi (dah semalam rupanya) saya menghadiri sesi Penilaian Modal Insan oleh sebuah agensi perunding bagi pihak Media Prima. Ramai kawan-kawan dari pelbagai jabatan hadir termasuk staf dari beberapa stesen TV di bawah naungannya.

Kebetulan saya semeja (sekumpulan) dengan personaliti glamor TV3, saudara Mazidul Akmal Sidek yang berbadan sasa. Beliau kini dipertanggungjawabkan di Media Prima sebagai orang kuat untuk mengemudi beberapa rancangan berbentuk majalah bagi stesen-stesen TV di bawah payung syarikat konglomerat itu.

Namun Mazidul masih menjadi peneraju bersama untuk 'talk show' Malaysia Hari Ini (MHI) dan '360'. Saya sempat bersembang-sembang dengan beliau dan bercerita mengenai kampungnya yang pernah saya kunjungi di Sungai Bil, Slim River Perak. Menurut Mazidul untuk mengetahui mengenai kampungnya itu boleh layari sahaja blognya di sini.

Beliau berkata hanya sebulan mengendalikan blognya, dia sudah mendapat hits sebanyak 14 ribu. Orang ada nama dan popular tidak mustahil untuk bergelar jutawan blog selepas ini.

Namun beliau menghadapi beberapa kekangan dalam mengendalikan blog yang baru terbinanya itu, yang menjadi medium mudah baginya untuk berinteraksi dengan peminat.

1 comment:

Unknown said...

Salam
Iklim pelaburan hartanah di UAE sedang memuncak dan banyak peluang rakyat Malaysia untuk bergelar jutawan (bukan sekadar Internet). Kami mahu menghebahkan peluang ini terutama dalam keadaan ekonomi negara yang menguncup. Buat duit bukan secara Internet dan sudah ramai kami yang bergelar jutawan di sini dengan pelaburan jangka pendek (beli jual beli jual).
Ada peluang ke berbicara mengenai peluang ini di TV9?
Begitupun, sesiapa berminat untuk melabur hartanah di UAE
http://1426.blogspot.com/2008/06/pelaburan-hartanah-di-ajman.html