Wednesday, June 11, 2008

JANGAN LETAK KERETA DI KL


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antara agensi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang awal bertindak berikutan pengumuman kenaikkan harga minyak baru-baru ini.

Langkah terbaru yang diumumkan Datuk Bandar, Datuk Ab Hakim Borhan hari ini akan terus menghimpit kehidupan rakyat khususnya warga kota dan mereka yang berkereta ke Kuala Lumpur.

Berkuatkuasa Isnin ini kenaikan caj tempat letak kereta dikenakan sehingga hampir 35 peratus berikutan langkah DBKL melaksanakan Sistem Letak Kereta Eletronik (SLKE).

Melalui sistem itu pemilik kenderaan dikehendaki membayar caj 80 sen sejam bagi setiap petak letak kereta di pusat bandar berbanding hanya 60 sen sekarang.

Bagaimanapun kadar letak kereta di luar pusat bandar (pinggir bandar) dikurangkan 10 sen kepada 50 sen sejam.

Caj sekarang adalah satu kadar sahaja iaitu 60 sen sejam bagi pusat bandar dan luar pusat bandar.

DBKL juga mengumumkan lanjutan tempoh masa bayaran letak kereta bermula 7.30 pagi hingga ke 10 malam sepanjang tujuh hari seminggu, berbanding sekarang 8 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Sabtu, kecuali Ahad dan cuti umum.

Dan tiada pengecualian diberikan apabila pemilik kenderaan juga dikehendaki membayar caj letak kereta pada setiap cuti umum.

Langkah baru itu akan mula dilaksanakan di kawasan yang dilengkapi dengan SLKE bagi fasa pertama iaitu di kawasan Bukit Bintang, Masjid India, Jalan Sultan Ismail, Kampung Baru, Chow Kit, Pudu, Kompleks Damai dan Jalan Loke Yew.

Langkah selepas ini;
1. Jangan masuk Kuala Lumpur menggunakan kereta, walaupun pada hujung minggu.
2. Kalau teringin jugak memandu dan meletak kereta di ibu kota, lakukan selepas jam 10 malam setiap hari dan balik sebelum jam 7:30 pagi.
3. Gunakan LRT atau apa saje kenderaan awam yang murah.
4. Bermotosikal atau berbasikal - jadikan Kuala Lumpur seperti Amsterdam,
5. Berkongsi kereta ke Kuala Lumpur.
6. Tukar kerja keluar dari Kuala Lumpur atau minta bos tukar pejabat di luar Bandaraya.
7. Jangan pergi ke Kuala Lumpur jika tidak terlalu perlu.
8. Beralih urusan kehidupan dari Kuala Lumpur seperti berbelanja di pasar borong Selangor dan elak berbelanja di pasar Chow Kit, memperbaharui Maykad di Putrajaya, melakukan urusan EPF atau Tabung Haji di Petaling Jaya.

Banyak lagi......

5 comments:

Unknown said...

Sdr Lokman
Kalau sesiapa kebetulan berada di Dubai pada 12 Jun,jemput ke rumah
Info lanjut
[url]http://1426.blogspot.com/2008/06/ds-anwar-ts-khalid-husam-at-my-house-on.html [/url]

Anonymous said...

Tq Sdr Fudzail.
-Lok

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Sehingga hari ini, amat bahagia bekerja di taman shamelin perkasa. Kerana tiada satu tempat yang parkingnya berbayar! Kecuali di dalam bangunan2 khusus untuk ahli sahaja. lega ...

Kepten Ramli Kardi said...

Man,

Hidup sekarang sudah menjadi terlalu stress
Aku selalu mimpikan satu kehidupan yang aman damai dan semua berkongsi kemakmuran dan kekayaan bumi Allah.

Mengapa harus ada konflik? tidak bolehkah semua mahluk hidup dalam rukun?

Mengapa harus ada hasad dengki tamak haloba? ber,ula dari konflik politik membawa kepada peperangan?

Bermula dengan politik kedai kopi berlanjutan menjadi perpecahan bangsa?

TIDAK BOLEHKAH KITA MELANGKAH UNDUR SETAPAK DAN MENGHULUR TANGAN BERMAAFAN....

Selepas bermaafan kita pandang ribuan batu di hadapan untuk melihat kemajuan bangsa....

itu lah impian saya..semoga ia akan terjadi sebelum aku memejam mata

LEKLOOK said...

Komander Ramli & dan rakan semua,
Sayapun mempunyai impian begitu. Malah Blog saya Tafadhdal inipun mukadimahnya berkehendakan begitu. "alangkah bahagiannya duna apabila semua orang mengutamakan orang lain daripada dirinya"

Namun perbalahan dan selisih pendapat sudah menjadi lumrah dunia sejak Nabi Adam lahir ke dunia. Anak-anak Adam mula berbunuhan. Islam wujud bermazhab-mazhab. Pelbagai faham kemudian muncul.

Maka di Malaysia muncullah UMNO sebagai asas perjuangan politik orang Melayu. Setelah UMNO, ia berpecah, muncul pelbagai parti politik serpihannya termasuk PAS.

Daripada PAS muncul BERJASA. UMNO berpecah lagi, maka muncullah Semangat 46, Keadilan (PKR)dan entah apa lagi selepas ini.

Semua itu kerana lumrah dunia yang mewujudkan manusia dengan pelbagai pendapat yang berbeza.

Tak taulah mungkin selepas ini ada titik pertemuan antara UMNO dan PAS.

Selain ada keegoan di kalangan pendokongnya ia tidak mungkin berlaku.

Bagi pengikut fanatik ia lebih parah berbanding pemimpin-pemimpin mereka yang mampu duduk semeja makan nasi lemak di Parlimen.