Friday, June 13, 2008

FUDZAIL BANGGA DIKUNJUNGI DSAI


Sahabat saya Fudzail yang sekarang menetap di Dubai, UAE memang patut berbangga kerana dikunjungi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa sempat menjamu selera di rumahnya pagi tadi.

Kebanggaan Fudzail tidak dapat disembunyikan apabila saya juga diberitahu mengenai kunjungan itu oleh beliau. (Foto : Fudzail berbaju hijau di sebelah DSAI)

Sebagai pejuang "reformasi" sejak di Sri Pentas dahulu, saya rasa ia sedikit sebanyak sudah berbayar dengan kunjungan itu. Fudzail adalah 'key person' di unit IT sejak 1992 hingga 1999 sebelum berhijrah bersama keluarga ke Dubai pada tahun 2000.

Walaupun pakar dalam bidang IT sehingga terbabit dalam pembangunan antaranya Dubai Internet City dan Dubai Media City, Fudzail berkebolehan menghasilkan karya dalam penulisan kreatif.

Buku pertama karyanya 'Waikato' yang diterbitkan DBP sesuatu yang amat dibanggakan berbanding mereka yang memang mencari makan dalam bidang penulisan.

Beliau juga telah memenangi pelbagai Hadiah Sastera bagi genre cerpen dan sajak. Walaupun jauh dari tanahair, karyanya sentiasa dimuatkan di dalam akhbar-akhbar tempatan sehingga kini.

Fudzail yang saya kenali amat kuat berpegang kepada pendirian politiknya sejak dahulu lagi. Dan beliau begitu kritis menyuarakan sesuatu isu. Walaupun tiba-tiba saya baru sedar, kami berlainan fahaman politik, kami tetap bersahabat!

(Foto pada entri ini diperolehi daripada blog beliau di sini.)

2 comments:

Kepten Ramli Kardi said...

Lok,
Baguslah seperti itu perbezaan ideologi dan fahaman politik tidak seharusnya memutuskan hubungan persahabatan.Emosi yang extreme yang terbawa bawa oleh sikap dendam dan kebencian bukan sahaja tidak menguntungkan malah akan menjejaskan kebolehan otak untuk berfikir secara logik dan waras.

PERSAHABATAN selalunya kita bina dan mengambil masa yang panjang untuk mencapai satu tahap kerpercayaan dan keserasian

Adakah hanya dengan perbezaan fahaman politik kita harus memutuskan nilai tersebut?..

Dan lebih mengecewakan bila hubungan kekeluargaan juga terputus akibat perkara tersebut

WHAT A WASTE!

LEKLOOK said...

Komander Ramli,
Memang itu yang sepatutnya dilakukan.

Fudzail,
Bila sampai ke tanahair untuk cuti panjang ini, jangan lupa hubungi saya. Ada perkara yang hendak dibincangkan!