Sunday, June 22, 2008

AKADEMI NASYID DI TV9 MELETUP

Akademi Nasyid di TV9 harus ditonton. Saya bukanlah mudah untuk melekat di kaca TV sehingga satu-satu program itu tamat. Tetapi apabila menonton program realiti itu di TV9 selepas Berita TV9 tamat, ia menjadikan hati saya terpaut.

Seramai 12 peserta mengambil bahagian dalam episod pengenalan itu. Ia terdiri daripada pelbagai termasuk kumpulan lelaki dan wanita serta individu lelaki dan wanita.

Yang membuatkan saya terlekat di depan TV kerana lagu-lagu dan susunan muziknya di bawah arahan Yasin menyegarkan halua telinga. Uztaz Asri (Rabbani) selaku Penasihat program itu dan team pemilihan, juga bijak memilih dan menapis 12 peserta itu daripada lebih 4,000 yang menyertainya pada tapisan awal.

Lagu-lagu nasyid yang dipersembahkan pelbagai. Itu yang membuatkan saya tak jemu mengikutinya. Saya bukan tahu mengenai muzik. Namun melalui pengamatan itu, persembahan itu merangkumi antaranya nasyid berirama Malaysia, ala-ala Al-Suraya atau Jawahir, rap dan ala-ala M.Nasir.

Secara peribadi saya boleh katakan semua peserta sudah menjadi johan. Tetapi kerana ia pertandingan, penilaian harus dilakukan berdasarkan beberapa faktor termasuk 50% undian melalui SMS daripada penonton.

Sesiapa yang ketinggalan untuk mengikutinya jangan lupa setiap Sabtu selepas Berita TV9. Galeri Nasyid juga akan ke udara hari-hari sebelum itu, bagi menampilkan aktiviti peserta mengikuti kelas Nasyid.

Yang pasti Akademi Nasyid akan 'meletup' selepas ini!

1 comment:

Anonymous said...

Mencari bakat dan pewaris nasyid bercirikan cinta pada Allah dan juga kepada kebaikan amatlah baik, yang tak baiknya undi SMS membuatkan pembaziran. Apa salahnya juri dan hakim yang professional dibayar menilai dan menghakimi pertandingan.Adakah atas nama nasyid ianya tidak membazir?