Ijok semakin ‘panas’ walaupun hampir setiap hari hujan mencurah-curah di kawasan itu. Malah di sesetengah tempat penduduk terpaksa mengharungi air banjir setelah hujan tidak berhenti selama lebih enam jam.
Namun ‘panas’ tidak akan berpanjangan selepas pengiraan dan penjumlahan undi esok. Jika lebih 12,000 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dan meneruskan kesinambungan Barisan Nasional (BN) di Ijok, pembangunan yang berterusan pasti berlaku.
BN sudah membaca kesilapan yang lalu. Walaupun calon daripada MIC, tumpuan pembangunan harus menyeluruh, terutama di kawasan majoritinya Melayu.
Di kawasan majoriti Melayu terutama di Bukit Badong dan Jaya Setia, pengundi sudah tidak melihat kepada parti yang bertanding. Mereka lebih menumpukan individu, sama ada calon Melayu atau India.
Petugas dan jentera pilihan raya BN terutama daripada UMNO terpaksa bekerja keras dan melupakan anak isteri serta suami di rumah. Usaha yang berlipat kali ganda diteruskan untuk mendekati pengundi. Isunya cukup mudah tetapi sukar untuk ditangani.
Arahan untuk melipatganda usaha itu datang mencurah-curah. “Assalammualaikum Tuan Exco dan AJK Bahagian, saya mendapat arahan daripada YB Dato Ketua Bahagian mewajibkan tuan berkampung di Kg Jaya Setia (DUN Ijok) mulai esok sehingga 28 April. Kawasan jagaan masih HITAM. Oleh itu kehadiran tuan-tuan amat diperlukan – amat diperlukan, bagi menjalankan kerja-kerja menggempur secara habis-habisan,” itu antara SMS yang diterima beberapa hari lalu daripada Ketua Penerangan Bahagian.
Manakala beberapa SMS yang tidak pasti kesahihannya juga semakin banyak. “ Latest—Harapan Barisan untuk menang kian tipis…Puteri UMNO dan Wanita UMNO tidak dibenarkan datang ke Ijok kerana keadaan di Batang Berjuntai tegang – msg drp KP Imigresen.,” ini antara mesej yang diterima daripada seseorang.
Tetapi jawapan saya “sejak bila Imigresen ambil alih tugas polis?”
Namun berdasarkan sejarah dan pengalaman BN, pengundi akan berubah angin pada saat akhir. Apapun sama-sama kita nantikan keputusannya di Dewan Orang Ramai, Batang Berjuntai malam esok.
2 comments:
dear look
sakit perut saya ketawa.
betul la, apa kena mengena imigresen pulak.
kita kadang2 lupa kelogikan. cepat2 kononnya nak forwardkan berita tebuk 'breaking news'.
kita tengok siapa yang menanggggg....
Kusyi Hirdan
www.jendelaku.com
Begitulah Kusyi...lumrah Pilihan Raya.
Post a Comment