Sunday, April 22, 2007

BERTANDANG DI IJOK

Malam tadi bertandang ke Ijok untuk meninjau pelbagai ceramah dan cerita politik.

Hentian pertama di Padang Dewan Jaya Setia, Kg Jaya Setia - Bilik Gerakan yang menjadi anak angkat UMNO Bahagian Puchong diketuai Datuk Dr Mohamad Satim Diman. Tanpa mengetahui aturcara malam itu, saya sampai sejurus selepas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi beredar selepas berucap.

Selain Datuk Satim serta beberapa AJK Bahagian Puchong, ramai yang saya temui termasuk Hanafiah Man ( bekas orang kuat pemuda Keadilan) dan AJK Pemuda UMNO Bagan Datoh.

Saya terus ke Bilik Gerakan JASA di pekan Batang Berjuntai. Taklimat tertutup oleh Datuk Zahid kepada anak-anak buahnya petugas JASA. Banyak input yang diperolehi termasuk mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim mahu bertanding di Ijok.

Hentian terakhir saya kembali ke Kg Jaya Setia. Selepas menjengok muka dengan Datuk Satim, saya dan Datuk Ibrahim Yahaya (Tiger) pergi ke Rumah Melaka. Lama di sana menantikan mesyuarat dan taklimat yang dikendalikan Datuk Ali Rustam. Selesai mereka mesyuarat Tiger dijemput duduk di sebelah Datuk Ali, dan saya ikut sama. Perbualan sehingga jam 3 pagi.

Banyak cerita yang dapat dikongsi daripada mereka yang saya temui malam tadi.

4 comments:

ibrahim yahaya said...

Sdr Look,

Untuk mendapatkan maklumat mengenai Ijok, eloklah kita pergi selalu ke sana.

Lepas ni bila lagi Look?

LEKLOOK said...

Datuk,
malam ini boleh kot....

Suhana said...

maaf lah, mungkin lambat tahu ni. bos saya tu, ibrahim yahaya, sudah ber'datuk'?

lambatnya saya tahu...

kusyi hirdan
www.jendelaku.com

LEKLOOK said...

Dear Kusyi,

Datuk Ibrahim dapat "datuk" dari Melaka. Kita turut berbangga dengan anugerah itu, satu pengiktirafan untuk orang media.