Sunday, April 29, 2007

HARI MENGUNDI DI IJOK CATAT PENGALAMAN BERHARGA

Tahniah! Kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi di Ijok melambangkan semangat bekerjasama dan berpasukan diantara parti komponen.

Ia bukan kejayaan K Parthiban seorang, tetapi kejayaan rakyat Ijok yang mahukan pembangunan dan keharmonian hidup dalam masyarakat pelbagai kaum.

Namun pengalaman di Ijok amat mahal. Toleransi masyarakat Melayu yang menjadi majoriti pengundi di kawasan itu harus difahami oleh semua kaum dan komponen parti BN.

Ujian di Ijok membuktikan sikap toleransi itu tidak luntur.
Masing-masing parti sama ada UMNO, MCA, MIC, Gerakan, dan PPP bekerja keras. Kekukuhan kerjasama itu bertambah mantap dengan penyertaan IPF, Kimma, Gerakan Belia 4B dan beberapa lagi pertubuhan.

Di Kampung Jaya Setia, Melayu dengan Melayu sanggup berentap semata-mata untuk memperjuangkan prinsip kerjasama BN bagi memastikan kemenangan K.Parthiban.

Dua orang ahli UMNO dilaporkan cedera kerana keterlanjuran dan keghairahan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperjuangkan ‘kekaburan’ mereka. Di Rumah Klang (UMNO Bahagian Klang), seorang lagi penyokong BN dicederakan.

Peristiwa di Lunas di mana bas membawa petugas dan penyokong BN ditahan, berulang di Ijok. Antigonisnya tetap sama. Tetapi kali ini budaya itu telah diadun dengan resepi yang lebih ganas.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah dinafikan haknya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan. Laluannya untuk meninjau perjalanan pilihan raya kecil di Kampung Jaya Setia telah disekat oleh penyokong PKR.


Beliau beralah dan menggunakan laluan lain di celah-celah rumah penduduk, tetapi setelah tiba di hujung jalan kereta beliau disekat juga. Timbalan Pengerusi BN itu terpaksa dibawa oleh penyokong BN turun dari kereta untuk ke pondok panas BN. Penyokong BN terpaksa merempuh sekatan PKR bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Najib.

Sebelum itu ketibaan Datuk Seri Najib telah disambut dengan teriakan ‘Antantuya’ beberapa kali oleh penyokong PKR. Tiada langsung ada rasa hormat kepada seorang Timbalan Perdana Menteri. Budaya dan perjuangan apa yang cuba dibawa oleh PKR?

(Lagi laporan bergambar sekitar hari mengundi di bawah)

No comments: