Saturday, April 14, 2007

MAMPU KE JADI AHLI POLITIK?

Bidan Terjun
Hari ini Sekolah Menengah Pusat Bandar Puchong (1), SMKPBP (1) mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan. Seperti kebiasaan di mana-mana sekolah, majlis itu bagi menghargai pencapaian pelajar-pelajar sepanjang tahun lalu.

Guru Penolong Kanan, Puan Cheaah Halimah orang yang paling sibuk sejak dua menjak menguruskan majlis itu. Selain meminta peruntukan daripada PIBG untuk majlis itu, pelbagai pihak turut dihubungi bagi mendapatkan penajaan.

Perasmi majlis telah ditetapkan iaitu Pegawai Pendidikan Daerah Petaling (PPD). Semalam saya dihubungi oleh Pengetua sekolah, Puan Siti Rogayah (beliau baru melaporkan diri minggu lalu dan tarikh rasmi bertugas 20 April). Beliau meminta supaya saya dapat mengiringi PPD dan bertindak mengantikannya untuk melobi beberapa perkara. Puan Siti tidak dapat hadir kerana kecederaan dan kini terlantar di SJMC.

Pagi tadi, sebagai YDP PIBG saya tiba di perkarangan sekolah agak awal untuk menyambut ketibaan PPD. Setibanya di sekolah Puan Cheaah memaklumkan, PPD tidak dapat hadir kerana tidak sihat, semua pegawainya yang dihubungi untuk mengantikannya juga mempunyai urusan masing-masing. Siapa lagi yang merasmikannya, YDP inilah jugak. Dapatlah cenderahati sebakul buah-buahan sebagai perasmi.

Sabtu lalu saya turut diminta merasmikan Kem Motivasi Pegawas sekolah (dapat jugak sebakul buah).

Sibuknya kalahkan YB
Sabtu lalu, sejurus selepas majlis perasmian tamat, saya diminta turut berucap pada majlis Maulidul Rasul di surau sekolah. Pada masa yang sama saya juga perlu hadir di sekolah sebelah, Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1), SKPBP(1) kerana majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG. Di sekolah kebangsaan saya adalah Timbalan YDP.

Disebabkan penceramah belum hadir pada masa yang ditetapkan, saya meminta izin untuk ke SKPBP(1). Setibanya di SKPBP(1) pihak sekolah meminta saya menghubungi perasmi, Prof Madya Dr Mohd Ali Hassan, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional, yang saya jemput secara peribadi untuk merasmikan mesyuarat itu.

Setelah dihubungi, Prof Ali menyatakan dia sesat. Saya terpaksa keluar menjemputnya di suatu tempat yang ditetapkan. Dan ketika bersamanya (Prof Ali) pihak sekolah menengah meminta saya datang ke surau sekolah kerana penceramah telah sampai. Awwwwwww....(pening!..)

Dan pilihan saya (walaupun berat), saya terpaksa hadir untuk perasmian mesyuarat PIBG di sekolah kebangsaan. Pada pemilihan, saya meminta untuk undur diri, dan memberi peluang kepada muka-muka baru. Ini kerana bagi saya jawatan bukan untuk disimpan dalam poket. Alhamdullilah alasan saya diterima ibubapa yang hadir selepas memberikan pelbagai penjelasan lain.

Korbankan majlis politik
Disebabkan majlis di sekolah hari ini, saya terpaksa membatalkan majlis politik di Shah Alam yang diwajidkan hadir kepada semua Jawatankuasa Bahagian.

Sebenarnya banyak majlis-majlis politik yang terpaksa saya korbankan kerana urusan PIBG dan kerja. Malam ini majlis suaikenal dan ramah mesra bersama jentera pilihan raya Jaya Setia DUN Ijok di Kampung Jaya Setia, Batang Berjuntai terpaksa saya lupakan walaupun wajib hadir sebagaimana diarahkan YB Dato Ketua Bahagian.

Saya telah berjanji dengan anak-anak buah (news room) untuk menjamu mereka makan malam di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail. Tema pakaian Merah/Hitam.

No comments: