Tuesday, March 27, 2007

TENTERA DARAT BERSAMA MEDIA


Pertandingan menembak sabtu lalu membawa kenangan manis bagi tim Berita TV9 yang pertama kali menyertai acara itu. Walaupun tidak memenangi hadiah utama dalam pertandingan menembak jatuh piring, pasukan itu telah mengungguli acara sampingan iaitu kemahiran asas ketenteraan.

Antara acara yang dipertandingkan, memasuk dan mengeluarkan peluru, menamakan pangkat, membuka dan memasang senjata serta memasang khemah.

Anggota pasukan yang terdiri daripada ‘orang muda’ (kecuali seorang Otai) telah menunjukkan semangat keperwiraan yang tinggi. Mereka telah membawa pulang sembilan hadiah berupa hamper (5 daripadanya dimenangi oleh Otai yang seorang itu).

Kekecewaan terbayang di wajah tim TV3 yang mempertarungkan tiga pasukan pada pertandingan itu. Oleh kerana semangat ‘Media Prima’ yang tinggi, tim Berita TV9 dengan hati terbuka menghadiahkan kepada mereka satu hamper bagi mengurangkan kekecewaan kerana tidak memenangi sebarang hadiah.

Otai yang seorang itu juga telah memenangi tempat pertama dalam kumpulan VIP menembak jatuh piring. Dia telah menyumbang kemenangan kepada pasukan gabungan diketuai Panglima 1 Divisyen, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Efendy yang mengalahkan pasukan gabungan diketuai Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhamad Ismail.

Rahsia keunggulan tim berita TV9 akhirnya terbongkar. Rakan-rakan skot Otai (kebanyakannya berpangkat Lt Kol dan Kolonel) yang turut berada di lapang sasar telah membocorkan rahsia. “Otai itu rakan skot kami di RMC”, bisik mereka.

Seorang pegawai berpangkat Leftenan Kolonel pula menyapa Otai yang berjalan seiring dengannya menuju ke tempat letak kereta, “Mana boleh, skot SO1 masuk bertanding”, usiknya.

Seorang lagi pegawai berpangkat Mejar dari unit PR Mindef pula mengusik anggota tim Berita TV9 yang lain, “Tahun depan boss you tu tak boleh bertanding, hilang peluang orang lain’.

Dan ketika Otai tak putus-putus tampil ke pentas utama untuk menerima hadiah, beberapa pegawai kanan (termasuk seorang senior Otai berpangkat Brig Jen) membisik sambil bergurau, ‘Lokman, mana boleh you saja yang bolot”.

Sebenarnya sebelum pertandingan Brig Jen Razif (seorang senior Otai yang baru balik daripada berkhidmat di London) mencabar, “Lokman, kalau you tak boleh kena target dan menang, malulah….malu RMC…lebih baik buat “forward roll” kat padang tu”.

Rakan-rakan skot lain juga banyak yang mencabar. Seorang lagi senior (Kolonel Malik) sambil bergurau berkata, “ Kalau you tak boleh, aku hantar you Court Marshall”, ketika beliau melihat Otai menyertai pertandingan mengira simbol dalam peta.

Sebenarnya kalau Otai tak boleh, memang tak patut. Bukan kerana Otai terror, tapi apa yang dilakukan itu hanyalah asas ketenteraan yang rekrut biasapun lebih pantas melakukannya berbanding seorang Jeneral.

Bukan kerana Jeneral lemah. Tetapi tanggungjawab Jeneral lebih menumpukan kepada strategi dan dasar pertahanan. Pelaksanaan operasi pula lebih tertumpu tanggungjawabnya kepada Panglima Medan, yang seterusnya kuasa memerintah dilakukan Panglima Divisyen, Panglima Briged, Pegawai Pemerintah Batalion dan pasukan sokongan. Itulah “Change in command” istilah yang sering digunakan.

Dan apabila Markas Pemerintah Tentera Bersama diwujudkan pertengahan tahun ini, perlaksanaan operasinya pula akan berbeza dengan apa yang sedia ada, sama ada di peringkat Panglima Medan (TDM) atau Panglima Armada (bagi TLDM). Ia melibatkan operasi bersepadu diantara ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Berbalik kepada senario di lapang sasar, gambaran-gambaran itu menandakan rasa sukacitanya rakan-rakan skot, senior dan junior Otai yang hadir pada hari itu. Mereka masing-masing gembira dengan kehadiran Otai , begitu juga Otai yang lama tidak bersua dengan mereka (ada yang lebih 20 tahun).

Seorang Pengarah Kor bertanya kepada Otai, “mengapa kamu berhenti?”. Jawab Otai, “Banyak benda Datuk, mungkin emak bapak tak restu. Kerana bila saya berhenti, mereka buat kenduri kesyukuran. Benda-benda lain mungkin hanya penyebab untuk saya berhenti”.

Tetapi yang peliknya, baru tahun lalu kakak Otai memberitahu, “Look, kamu tahu tak, emak dan bapa dulu selalu berdoa supaya kamu berhenti askar cepat”.


(Apapun susulan daripada pertemuan yang tidak disangka di Lapang Sasar, Kem Sungai Besi , Regular 21 mengadakan reunion makan malam di Restoran Seri Angkasa Menara Kuala Lumpur semalam (Isnin) yang dihoskan Kolonel Hassan Loman. Get together atau gether-gether seterusnya akan diatur)




2 comments:

AkaZukii ChaCha said...

indeed, otai the best! :-)

LEKLOOK said...

Its not Otai the best, but the teammate that contributed to the success! Brovo....