Masih banyak lagi ruang untuk diteroka.
Dunia kewartawanan TV dikatakan dipenuhi glamour. Masing-masing remaja mengejar tempat di stesen-stesen televisyen untuk menjadi warga kerjanya. Tanpa mempedulikan kelulusan asas mereka memilih bilik berita untuk mencari tapak.
Namun dunia kewartawanan TV lebih mencabar. Bukan kerana bidang tugasnya tetapi cabaran luarannya. Mereka yang datang bertemankan lelaki tampan, teman wanita cantik berakhir dengan gossip duka dan liar. Ramai juga yang bercerai-berai, walaupun jodoh pertemuan dan penceraian ditentukan Tuhan.
Mereka yang tidak ada ketahanan, kecundang dan beralih haluan. Malah yang tidak sabar untuk menjadi glamour melompat ke stesen lain untuk mencari peluang. Tetapi dunia TV di Malaysia tidak besar mana. Lingkaran masyarakatnya mudah dikesan, dan ia terus berputar - seumpama liciknya "Putar Alam".
No comments:
Post a Comment