Sunday, March 18, 2007

FIESTA MEDIA IDOLA


Fiesta Media Idola 2007 (FMI07) bakal berlangsung kurang dari sebulan. Tahun ini adalah tahun ketiga ia dianjurkan. Sejak diadakan untuk rakan artis dan media bersukan, tidak pernah saya berpeluang untuk hadir. Dan tiada alasan untuk saya hadir atau diundang kerana saya bukan artis atau ahli sukan.. Saya hanya orang kerdil di sebuah organisasi media.

FMI yang dipelopori Kelab Sukan Shahzan Muda di bawah naugan Tengku Muda Pahang, Sultan Ahmad Shah lebih hebat daripada SUKMA. Mengapa begitu?, tepuk dada tanya selera.

Namun yang menarik perhatian saya bukan FMI atau SUKMA, tetapi usaha mencari penaja. Tahun ini saya didatangi lagi oleh Pengurus Pasukan Futsal Wanita sebuah stesen televisyen tersuhur negara. Tahun lalu saya dapat menyumbang mencarikan penaja bagi melengkapkan anggota pasukan itu dengan pakaian sukan dari badan hingga ke kaki, termasuk kelengkapan sukan lain. Penajaan tidaklah besar mana, tetapi terbeliaklah mata pasukan lain jika melihat pakaian yang dipakai oleh pasukan itu.

Sebenarnya semua pasukan di bawah naungan stesen TV itu sudah ada penaja utama. Bagaimanapun penajaan lain masih diperlukan bagi melengkapkan penampilan dan menampung kos latihan.

Kerana imej dan prestasi pasukan ini, tahun ini saya berjaya mendapatkan penajaan sekali lagi. Ia daripada syarikat yang sama, iaitu sebuah syarikat pemaju perumahan yang semakin menonjol dengan pelbagai projek mega di Lembah Klang dan Johor. Walaupun saya sudah berteduh di bawah stesen TV lain, syarikat berkenaan masih juga “more than happy to sponsor”.

Dan dengar khabar seorang pemain (bekas DJ stesen radio) yang kini belajar di luar negara dipanggil pulang untuk menyertai sekali lagi pasukan itu. Tambang penerbangan semua ditangggung.

Diharap pasukan berkenaan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan untuk FMI07 kali ini. Semuga berjaya!

No comments: