Sunday, March 18, 2007

NASIHAT TENTANG LIMA PERKARA

Antara nasihat-nasihat tentang lima perkara :

“Barangsiapa yang banyak kenyangnya, maka banyak dagingnya; barangsiapa yang banyak dagingnya, maka besar syahwatnya; barangsiapa yang besar syahwatnya, maka banyak dosanya; barangsiapa yang banyak dosanya, maka keras hatinya; dan barangsiapa yang keras hatinya, maka dia tenggelam dalam bahaya-bahaya dunia dan hiasannya.”
- Diriwayatkan daripada Yahya bin Mu’az al-Razi.

“Lima perkara ubat penawar hati, iaitu : Bergaul dan bercampur dengan orang-orang soleh, membaca al-quran, melaparkan perut (berpuasa), solat di malam hari, dan bersembah sujud di waktu menjelang Subuh.”
- Daripada Abdullah al-Anthaki.


(Dipetik daripada buku “Nasihat-Nasihat Agama Kepada Calon Penghuni Syurga.” oleh Imam Nawawi al-Jawi terjemahan Abu Nazaya Al-Hafiz).

No comments: