Sunday, March 4, 2007

SKOT TAULIAH JANGKA TETAP (TJT 21)

Membaca Duniatiger hari ini mengenai ROTU terkenang pula saya ketika berada di RMC. Sekarang rakan-rakan skot Regular Intake 21 ramai yang sudah jadi "somebody" dalam Armed Forces.

Setahu saya pangkat paling tinggi Brig Jeneral (TUDM) Dato Ackbal Samad. Yang lain-lain Kol. Masrani Paiman, Kol Haji Jalaludin, Lt Kol Hassan Ali (Komando), Lt Kol Fuad Hamzah (dia sekarang kat Poland, selalu sms saya - dia tu dah bosan kat sana) dan saya tak pasti pangkat yang lain (kalau salah minta maaf skot) seperti Lt Kol Md Din Abu, Lt Kol Ridzuan, Lt Kol Kenali (kejap lagi ada title Dr. - sorrylah aku tak dapat nak ikut pelawaan kau ambil PhD., setakad ini biarlah Master dulu).

Seorang lagi lady officer, Lt. Kol Fadzellete (skot ini yang paling kerap aku jumpa. Terima kasih, ajak aku ikut PAT kat Sahara Barat puasa lepas. Sekurang-kurangnya dapat jugak kita jumpa senior kita Brig Jeneral Radzif kat London. Dia dah balik sini ye?), Mejar Hanafiah MP(Polis Tentera) selalu juga telefon saya. Soalan yang selalu saya tanya, "bila nak keluar baris?".

Tidak ketinggalan Lt Kol Rizil (Risik) - selalu jumpa dia masa pertandingan menembak untuk media di Lapang Sasar, Kem Sungai Besi. Yang lain-lain tu bukan tak ingat, tapi panjang sangat. Kita juga tidak lupa dengan Allahyarham Mejar Jamaluddin Darus (Al-Fatihah buat dia. Walaupun terlibat dengan Al-Mauna dan berakhir di tali gantung, sekurang-kurangnya tanggungjawab di dunia dia dah lepas, kita bagaimana?)

Selain itu, ramai juga skot TJT 21 dah keluar baris. Mereka yang selalu berhubung dengan saya Mejar Fauzi, Kapt Omda, Mejar Rozita MP (dia dah buka Legal Firm kat Jalan Yap Kwan Seng).

Minggu lepas saya terpanggil menonton junior kita Mejar Bibi Zarjan kat program RTM. Wah, lepas bersara, dia jadi pensyarah pulak di ATMA (sekarang Universiti Pertahanan Malaysia). Elaun menjadi Lembaga Pengarah Tabung Angkatan Tenterapun tak habis! Abang dia aku kenal, sdr Faruz Khan (orang kuat pejabat MB Selangor) sama-sama buat 'reporting' dan pernah pergi Islamabad sekali.

Nantilah, saya cerita lebih lanjut pasal skot..banyak nak diceritakan. Bila lagi nak reunion?, dah lama tak buat! Lette and Rizil! you have to take the lead....

5 comments:

ibrahim yahaya said...

tak tahu pulak kamu ni pernah dapat latihan sojal....anyway, welcome bro...kita tulis untuk negara, elakkan fitnah dan mencerca

LEKLOOK said...

Terima kasih, kita perlu banyak bercerita!

MASRANI PAIMAN said...

Peristiwa saya tersilap rumah antara 'Lokman si Pengantin' dan 'Lokman Abang si Pengantin' masih lagi segar dalam ingatan. Tapi hakikatnya, lama sungguh kita tak berjumpa. Pasti banyak cerita yang boleh kita kongsi bersama. Bila usia dan menjangkau setengah abad ni, terasa pilu pula - sama ada dalam tempoh tersebut, sudah banyakkah sumbangan ke arah memartabatkan anakbangsa, agama dan juga negara. Selamat meneruskan perjuangan serta semoga maju jaya semuanya.

LEKLOOK said...

Terima Kolonel Masrani,
Saya begitu teruja dengan kemunculan saudara di sini. Ye saya masih ingat di hari perkahwinan saya itu, saudara tersilap rumah.
Terima kasih lagi, dan kita harus mempunyai laman web sendiri untuk Regular 21.

Unknown said...

Asallamualaikum. Sahabat semua masih kenal hamba lagi... Lama tak jumpa.. InsyaAllah semoga dapat ketemu meneh..