Sunday, February 20, 2011

ZAHID WAKILI MALAYSIA DI IDEX, ABU DHABI

ABU DHABI, 20 Feb (Bernama) — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengetuai delegasi Malaysia ke Pameran dan Persidangan Antarabangsa (IDEX) 2011 yang bermula di sini pada Ahad.

Sembilan entiti pertahanan dan keselamatan Malaysia menyertai acara itu di Abu Dhabi National Exhibition Centre di bawah naungan Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan.

Entiti berkenaan ialah Airod Sdn Bhd, Airod Techno Power Sdn Bhd, Aerospace Technology Systems Corp. Sdn Bhd, SME Ordnance Sdn Bhd, SME Aerospace Sdn Bhd, DSA Exhibition and Conference Sdn Bhd, Weststar LDV Sdn Bhd dan Malaysian Defence and Security Technology Park.

Pameran lima hari itu juga disertai Majlis Industri Malaysia bagi Industri, Penguatkuasaan dan Keselamatan (MIDES).

Ahmad Zahid dijangka mengadakan perjumpaan dengan beberapa tokoh penting semasa berlangsungnya acara itu, yang disertai lebih 900 pempamer dari 50 negara. — Bernama

No comments: