Sunday, February 20, 2011

BAGAN DATOH AKAN TERLEPAS SUMPAH



Pulau Langkawi yang sebelum ini menjadi pulau hutan kini sudah maju selepas terlepas sumpah tujuh keturunan. Sebut sahaja Langkawi sudah terbayang pelbagai jenis hotel dan resort, lapangan terbang dan pameran antarabangsa dwi tahunan, LIMA.

Bagan Datoh di selatan negeri Perak juga bakal terlepas daripada sumpahan itu. Parlimen Bagan Datok (dieja sebagaimana yang diwartakan sebagai nama kawasan parlimen) terletak di daerah hilir Perak. Berkongsi pentadbiran majlis kerajaan tempatan dengan Teluk Intan dan beberapa kawasan yang lain.
Saiz Bagan Datoh lebih luas daripada negeri Perlis. Tetapi tiada pembangunan yang menyerlah sebelum ini. Hanya yang ada pokok kelapa yang tinggi lampai, yang kini sudah tidak banyak menyumbangkan hasilnya kepada pekebun kecil.

Bagan Datoh di muara sungai Perak adalah sebuah tanjung yang mati. Tiada jalan yang menghubunginya dari luar, selain dari arah Sabak Bernam dan Teluk Intan. Jalan mati!

Kini sejak lebih sepuluh tahun lalu, pembangunannya mula wujud. Kalau dulu orang kampung terpaksa ke Teluk Intan untuk membuat urusan perbankan, kini sudah ada beberapa bank di situ. Bermula dengan cawangan Bank Simpanan Nasional di pekan kecil Simpang Tiga, hasil usaha ahli parlimen yang ketika itu menjadi Pengerusi BSN. Kini sudah wujud beberapa cawangan bank di pekan Simpang Empat termasuk Maybank dan CIMB.

Selain terkenal dengan kawasan pengeluaran kelapa, Bagan Datoh dulu terkenal juga dengan sekolah pondok yang telah melahirkan beberapa ulama. Antara sekolah pondok yang terkenal, sekolah pondok Batu 20, sekolah pondok Tuan Haji Ghazali dan sekolah Manbail Ulum di kampung Sungai Nipah Darat yang dipelopori Kiai Raden Haji Abdul Fattah.

Dan sejak lebih empat tahun lalu, telah wujud maahad tahfiz di kampung Sungai Nipah Darat khusus bagi penuntut perempuan, sebagai menyambung legasi Bagan Datoh sebagai pusat pengajian.

Kini setelah wujudnya Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, akan wujud pula beberapa sekolah berasrama penuh dan pusat pengajian tinggi. Antara yang telah dicadangkan ialah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Foto : Merasmikan limbungan kapal di Bagan Datoh

Selain itu, beberapa aktiviti berkaitan ketenteraan dan pertahanan juga dijangka diwujudkan di Bagan Datoh. Antaranya pembinaan kem untuk Rejimen Gerak Khas dan mewujudkan limbungan bagi industri pembinaan dan penyelenggaraan kapal tentera laut oleh sebuah syarikat swasta.

Topografi Bagan Datoh yang landai dengan hutan bakau di sepanjang pantai dan sungai di muara, sesuai dijadikan restoran ikan bakar dan makanan berasaskan laut bagi mengamit pelancong, sebagaimana yang terdapat di langkawi.

Pengunjung akan melalui denai dan trak di celah-celah pokok kayu bakau untuk ke restoran di tebing sungai. Manakala jeti Bagan Datoh dan sekitarnya boleh dijadikan restoran terapung sebagaimana yang ada di Semporna, Sabah.

Jika Jawatankuasa Pembangunan Bagan Datoh boleh melahirkan idea yang bernas lagi dan merealisasikannya, pastinya Bagan Datoh akan terlepas daripada 'sumpahan' selepas ini.

Bagan Datoh akan menjadi bandar dan daerah yang superb, akan menjadi daerah Maritim dan bandar Satelit yang maju sejajar dengan tempat pertama yang dijejaki Sultan Perak yang mula membuka negeri dulu.

(Sejarah asal Bagan Datoh boleh didapati di sini.)

6 comments:

Unknown said...

assalamualaikum...
nak tumpang share ya. terima kasih!!

LEKLOOK said...

Tq org BD.

shaf said...

banyak kenangan saya di Bagan Datoh semasa saya bertugas sebagai Penghulu Muda di sana. Dah lama saya tak ke sana...tentunya Bagan Datoh telah membangun. Rindu kat kawan2 dan jeti di Bagan Datoh....semoga suatu hari nanti saya akan menjejakinya lagi...

shaf said...

banyak kenangan saya di Bagan Datoh semasa saya bertugas sebagai Penghulu Muda di sana. Dah lama saya tak ke sana...tentunya Bagan Datoh telah membangun. Rindu kat kawan2 dan jeti di Bagan Datoh....semoga suatu hari nanti saya akan menjejakinya lagi...

Unknown said...

dy cicit kepada wak kadir ,, sy rasa nma ini x asing lg bg org org d sna ,, sy nk tnya , d mna sy bleh dpt info sejarah tntg prkra paranorma yg prnh berlaku d sna pda 30 40tahun yg lepas ??

Luke Pereira said...

Siapa dia yg sumpah tu?
Nonsense minded