Thursday, February 3, 2011

CHAO LIO PKR

Chao Liao Parti Kian Runtuh. Itu yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Rasanya dalam sejarah parti politik Malaysia tidak ada lagi parti politik yang mengelami ‘exodus’ terlalu ramai pemimpinnya dalam waktu singkat. Malah majoriti kumpulan pengasas parti itu kini sudah berpaling tadah, sudah ‘chao liao’.

Tanpa PAS dan DAP nampaknya PKR tidak kemana selepas Pilihanraya Umum (PRU) nanti. Pemimpin-pemimpinnya kini masing-masing sedang mencari pohon untuk berteduh sebelum hayat kebohongan PKR terkubur.

Selepas seorang demi seorang pemimpinnya berpaling tadah, satu demi satu tembelang dan kudis serta nanah penasihatnya terpancur keluar.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Gobalakrishnan yang sebelum ini menjadi salah seorang hulubalangnya yang lantang bersuara, kini sudah menyertai mereka yang lain meninggalkan parti.

Kini suara Gobalakrishnan lantang mengutuk Anwar dan Timbalan Presiden, Azmin Ali. Mereka yang meninggalkan PKR mendakwa Anwar pembohong besar dan pengkhianat negara.

PKR kini umpama rumah yang kehilangan penyokong tetapi cuba ditegakkan seorang diri oleh Anwar .

Azmin pula cuba membina dinding di tiang rumah itu yang semakin dimakan anai-anai.

Selepas ini Anwar dikatakan mahu menjelajah ke 30 kawasan untuk memberi penjenamaan baru dalam siri kempennya.

Apa yang dijaja nanti tidak lebih daripada ulang tayang membawa cerita buruk dengan mencerca, menfitnah dengan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan. Mereka juga mungkin mencanangkan pelbagai rancangan termasuk kerjasama dengan PAS bagi menubuhkan negara Islam dan pelan 100 harinya.

Namun rakyat tak mungkin terpedaya lagi!

No comments: