Sunday, February 27, 2011

HARI JADI BAPAK KE-87

Semalam 26 Februari adik-beradik bersama keluarga berkumpul di sebuah Wad di HAT Sultan Mizan, Wangsa Maju meraikan Hari Lahir bapak ke-87.

Wajah bapak berseri-seri mengambarkan keriangan dikelilingi anak-anak dan menantu serta cucu. Bapak yang turut dirawat di hospital itu tidak minta majlis itu diadakan, ia hanya secara kebetulan dan rancangan ad-hoc daripada anak-anak dan cucu-cucu.

Ia bermula ketika saya menemani bapak makan tengahari Jumaat lalu di wad berkenaan. Jururawat peribadi emak mengingatkan saya bahawa hari lahir emak pada 11 Mac depan. Saya pula cuba mengingatkan tarikh hari lahir bapak. Seorang jururawat mengagak tarikh itu mungkin sudah lepas pada bulan ini. Bapak yang tidak berapa mendengar perbualan menyatakan tarikhnya 26 Februari. “Ehhh itu esok”, sampuk saya.

Bapak secara seloroh berkata, “bolehlah beli roti.” Yang dimaksudkan ‘roti’ adalah kek hari jadi.

Selepas itu saya terus memasukan entry di facebook mengenai tarikh itu. Tindakbalas memberangsangkan. Kak Long (Nurulhidayah), cucu sulong memberi komen pada entri itu dan saya cadangkan kepadanya untuk membuat sesuatu bagi meraikan hari lahir bapak.

Akhirnya semalam semua anak-beranak membawa juadah masing-masing di wad emak untuk meraikan hari lahir bapak. Selain kek antara juadah termasuk rendang dan nasi impit, satay, KFC, pizza, kueh mueh, minuman, air buah dan punch serta bermacam lagi.

Kami bersyukur adik-beradik dan anak-beranak masih mampu berkumpul di sisi wad emak sambil meraikan hari lahir bapak, pada usia bapak 87 dan emak 81 tahun.

Sunday, February 20, 2011

ZAHID WAKILI MALAYSIA DI IDEX, ABU DHABI

ABU DHABI, 20 Feb (Bernama) — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengetuai delegasi Malaysia ke Pameran dan Persidangan Antarabangsa (IDEX) 2011 yang bermula di sini pada Ahad.

Sembilan entiti pertahanan dan keselamatan Malaysia menyertai acara itu di Abu Dhabi National Exhibition Centre di bawah naungan Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan.

Entiti berkenaan ialah Airod Sdn Bhd, Airod Techno Power Sdn Bhd, Aerospace Technology Systems Corp. Sdn Bhd, SME Ordnance Sdn Bhd, SME Aerospace Sdn Bhd, DSA Exhibition and Conference Sdn Bhd, Weststar LDV Sdn Bhd dan Malaysian Defence and Security Technology Park.

Pameran lima hari itu juga disertai Majlis Industri Malaysia bagi Industri, Penguatkuasaan dan Keselamatan (MIDES).

Ahmad Zahid dijangka mengadakan perjumpaan dengan beberapa tokoh penting semasa berlangsungnya acara itu, yang disertai lebih 900 pempamer dari 50 negara. — Bernama

BAGAN DATOH AKAN TERLEPAS SUMPAH



Pulau Langkawi yang sebelum ini menjadi pulau hutan kini sudah maju selepas terlepas sumpah tujuh keturunan. Sebut sahaja Langkawi sudah terbayang pelbagai jenis hotel dan resort, lapangan terbang dan pameran antarabangsa dwi tahunan, LIMA.

Bagan Datoh di selatan negeri Perak juga bakal terlepas daripada sumpahan itu. Parlimen Bagan Datok (dieja sebagaimana yang diwartakan sebagai nama kawasan parlimen) terletak di daerah hilir Perak. Berkongsi pentadbiran majlis kerajaan tempatan dengan Teluk Intan dan beberapa kawasan yang lain.
Saiz Bagan Datoh lebih luas daripada negeri Perlis. Tetapi tiada pembangunan yang menyerlah sebelum ini. Hanya yang ada pokok kelapa yang tinggi lampai, yang kini sudah tidak banyak menyumbangkan hasilnya kepada pekebun kecil.

Bagan Datoh di muara sungai Perak adalah sebuah tanjung yang mati. Tiada jalan yang menghubunginya dari luar, selain dari arah Sabak Bernam dan Teluk Intan. Jalan mati!

Kini sejak lebih sepuluh tahun lalu, pembangunannya mula wujud. Kalau dulu orang kampung terpaksa ke Teluk Intan untuk membuat urusan perbankan, kini sudah ada beberapa bank di situ. Bermula dengan cawangan Bank Simpanan Nasional di pekan kecil Simpang Tiga, hasil usaha ahli parlimen yang ketika itu menjadi Pengerusi BSN. Kini sudah wujud beberapa cawangan bank di pekan Simpang Empat termasuk Maybank dan CIMB.

Selain terkenal dengan kawasan pengeluaran kelapa, Bagan Datoh dulu terkenal juga dengan sekolah pondok yang telah melahirkan beberapa ulama. Antara sekolah pondok yang terkenal, sekolah pondok Batu 20, sekolah pondok Tuan Haji Ghazali dan sekolah Manbail Ulum di kampung Sungai Nipah Darat yang dipelopori Kiai Raden Haji Abdul Fattah.

Dan sejak lebih empat tahun lalu, telah wujud maahad tahfiz di kampung Sungai Nipah Darat khusus bagi penuntut perempuan, sebagai menyambung legasi Bagan Datoh sebagai pusat pengajian.

Kini setelah wujudnya Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, akan wujud pula beberapa sekolah berasrama penuh dan pusat pengajian tinggi. Antara yang telah dicadangkan ialah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Foto : Merasmikan limbungan kapal di Bagan Datoh

Selain itu, beberapa aktiviti berkaitan ketenteraan dan pertahanan juga dijangka diwujudkan di Bagan Datoh. Antaranya pembinaan kem untuk Rejimen Gerak Khas dan mewujudkan limbungan bagi industri pembinaan dan penyelenggaraan kapal tentera laut oleh sebuah syarikat swasta.

Topografi Bagan Datoh yang landai dengan hutan bakau di sepanjang pantai dan sungai di muara, sesuai dijadikan restoran ikan bakar dan makanan berasaskan laut bagi mengamit pelancong, sebagaimana yang terdapat di langkawi.

Pengunjung akan melalui denai dan trak di celah-celah pokok kayu bakau untuk ke restoran di tebing sungai. Manakala jeti Bagan Datoh dan sekitarnya boleh dijadikan restoran terapung sebagaimana yang ada di Semporna, Sabah.

Jika Jawatankuasa Pembangunan Bagan Datoh boleh melahirkan idea yang bernas lagi dan merealisasikannya, pastinya Bagan Datoh akan terlepas daripada 'sumpahan' selepas ini.

Bagan Datoh akan menjadi bandar dan daerah yang superb, akan menjadi daerah Maritim dan bandar Satelit yang maju sejajar dengan tempat pertama yang dijejaki Sultan Perak yang mula membuka negeri dulu.

(Sejarah asal Bagan Datoh boleh didapati di sini.)

Wednesday, February 16, 2011

KTMB MENAFIKAN YANG BENAR

KTMB nafi anjur sambutan Valentine

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menafikan program Retro Love Coach yang diadakan syarikat itu semalam bertujuan meraikan Hari Valentine.

Pengurus Pemasaran KTMB, Mohd. Noordin Kimi sebaliknya berkata, program itu diadakan bagi meraikan 20 pasangan warga tua dalam kereta api milik syarikat tersebut.

Program Retro Love Coach itu katanya, sebagai prapelancaran sempena program khas yang akan diadakan syarikat itu 16 Mei ini.

"Retro Love Coach bukan sempena Hari Valentine yang disambut semalam tetapi diadakan sebagai program prapelancaran sempena program khas yang akan diadakan 16 Mei ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang seolah-olah menggambarkan program Retro Love Coach yang diadakan itu sebagai sambutan Hari Valentine.

Mohd. Noordin berkata, KTMB pada 16 Mei ini akan mengadakan program perjalanan khas ke Singapura untuk pasangan suami isteri tidak kira tua atau muda serta kaum untuk sama-sama berkongsi rahsia kehidupan rumah tangga masing-masing.

Melalui program itu, KTMB katanya, menyediakan tempat untuk 300 pasangan suami isteri dengan bayaran sebanyak RM300 seorang yang mana setiap pasangan akan dibawa melawat Singapura termasuk ke Stesen KTMB di Tanjong Pagar.

Sementara itu, katanya, mulai semalam, KTMB melancarkan satu pakej menarik iaitu 1Malaysia Couples Trains dalam usaha menggalakkan rakyat pelbagai kaum di negara ini melancong secara berkumpulan.

Melalui pakej tersebut, katanya, KTMB akan memberikan diskaun tambang konsesi sebanyak 25 peratus untuk perjalanan pergi dan balik kepada enam pasangan yang terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

Beliau berkata, untuk mendapatkan diskaun tersebut, enam pasangan melibatkan tiga kaum itu juga perlu bergerak secara berkumpulan dan memilih destinasi pelancongan yang sama.

"Pakej menarik 1Malaysia Couples Trains yang dilancarkan bermula semalam akan berterusan dan kemuncaknya akan diadakan satu program khas pada 16 Mei ini.

"Selain untuk menjayakan konsep 1Malaysia, pakej istimewa ini juga bertujuan menggalakkan rakyat pelbagai kaum di negara ini melancong secara bersama dalam satu kumpulan," katanya.

============

Orang Islam rai Valentine: Akhbar bahasa Inggeris dibidas

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Sebuah akhbar bahasa Inggeris di negara ini dibidas ekoran artikel yang disiarkan dalam akhbar itu semalam yang seolah-olah cuba membabitkan orang Islam dengan perayaan Hari Valentine.

Sebuah blog yang membidas akhbar tersebut berkata, selain menyiarkan artikel, akhbar itu turut memaparkan beberapa pasangan warga emas Melayu yang lengkap berkopiah putih dan bertudung labuh merayakan Hari Valentine dalam koc Keretapi Tanah Melayu (KTMB).

Menurut blog itu, pasangan yang termasuk pasangan cacat penglihatan itu digambarkan menghadiahkan bunga, menyuap makanan ke mulut suami dan berpeluk antara satu sama lain.

"Kita tidak tahu siapa pasangan orang Islam ini, tetapi senario yang dipaparkan jelas menunjukkan ia sengaja dilakonkan bagi melihatkan subjek merayakan kasih sayang mereka bersempena Hari Valentine.

"Dalam konteks artikel itu, Hari Valentine digunakan sebagai deskripsi hari berkenaan kerana jika diterjemahkan kepada Hari Kekasih, ia sebenarnya lari daripada konteks budaya Melayu dan pegangan Islam yang sebenarnya tidak mempunyai satu hari bagi episod sedemikian.

"Pasangan warga emas itu sebenarnya penumpang yang hadir sempena pelancaran pakej 1Malaysia Couples Trains KTMB yang secara kebetulan jatuh pada Hari Valentine," kata blog itu di http://malaysiaaktif.com.

Blog tersebut dalam pada itu turut mempersoalkan idea siapakah untuk menunjukkan pasangan warga emas Melayu ini sebagai merayakan Hari Valentine.

Ulasan :

Sebenarnya KTMB salah membuat perhitungan dalam mempromosi pakej perkhidmatan yang baru itu.

Penglibatan warga emas Melayu berkopiah dan tarikh membawa pasangan berkenaan menikmati pakej itu yang bertepatan dengan Hari Valentine adalah perhitungan salah dalam melaksanakan strategi pemasaran dan komunikasinya.

KTMB cuba menafikan, tetapi itulah hakikatnya sebagaimana yang saya baca dalam kenyataan media yang diberikan kepada wartawan yang membuat liputan program itu. Pada para atas kenyataan itu jelas menyatakan, "sempena sambutan hari memperingati kekasih.......".

Mungkin akhbar berbahasa Inggeris itu melaporkan hanya berdasarkan fakta dan tidak melihat dari segi kesan dan perkara yang tersirat.

Apabila saya melihat tugasan itu dan ditambah dengan visual yang dibawa balik oleh wartawan yang ditugaskan, saya membuat keputusan supaya berita itu tidak perlu disiarkan.

Aksi yang dilakukan oleh pasangan warga emas di dalam keretapi itu memualkan. Saya rasa mereka tidak ikhlas melakukannya tetapi telah 'diarah' untuk melakukannya. Malah ada diantara pasangan wanita warga emas itu tersipu-sipu untuk melakonkan adegan menerima jambangan bunga itu.

Seharusnya KTMB tidak memilih tarikh 14 Februari bagi melaksanakan program membawa pasangan warga emas berkeretapi ke Ipoh dari Kuala Lumpur yang turut disertai beberapa wakil dari media.

Sunday, February 13, 2011

MAK CIK SALMAH (WO) SELAMAT DIKEBUMI



ALOR GAJAH, 13 Feb (Bernama) -- Jenazah ibu mertua kepada Menteri Pertahanan, Salmah Yahya, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Batu 23, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah di sini Ahad.

Allahyarham, 73, meninggal dunia di Hospital Tentera Kem Terendak, di sini pada pukul 1.20 pagi ini kerana kegagalan organ dalaman, kata anak ketiganya, Kamaruzaman Khamis.

"Kesemua enam adik-beradik dan menantunya termasuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) berada di sisi ibu sewaktu beliau meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kamaruzaman, 52, berkata ibunya seorang pesara polis telah dimasukkan ke hospital itu sejak awal bulan lepas kerana sakit tua dan mengalami masalah di bahagian paru-paru.

Beliau berkata jenazah ibunya dibawa ke kediaman keluarga di Kampung Empang Batu, di sini dan disolatkan sebelum dikebumikan sebelum solat Zuhur.

Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop adalah antara ratusan orang ramai yang hadir mengunjungi jenazah Allahyarham.

Menurut Kamaruzaman isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis merupakan anak kedua kepada Allahyarham.

"Saya mengucapkan terima kasih bagi pihak keluarga kepada kesemua doktor yang merawat ibu saya termasuk Pegawai Pemerintah Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak Brig. Jen. Datuk Dr Chia Lip Meng," katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada Panglima Tiga Divisyen Mej. Jen. Datuk Razali Ahmad dan para anggota tentera serta penduduk kampung yang menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan.-- BERNAMA

Sunday, February 6, 2011

TBS - KEMUDAHAN KELAS PERTAMA, PERKHIDMATAN KELAS KETIGA

Anak nak naik bas ke Melaka diarah ke Terminal Bersepadu Selatan di Bdr Tasik Selatan. Sampai kat kaunter diarah ke Terminal Bkt Jalil. Sampai di Bkt Jalil diarah pula ke Bdr Tasik Selatan. Ni apa benda ni? Masa be lepas jam 6ptg, jam 7ptg tak setle. Siapa tak GERAM....ni ada lagi cite...
3 hours ago via Mobile Web · ·


    • Whoda Saffie Cuba bawak cite en lok,huhu...
      2 hours ago ·
    • Lokman Hamidi Bukan bawak cite TAPI ce cite, ce cite!
      2 hours ago · · 1 personLoading...
    • Amir Shafi Keuarkan dal am berita kang. LPKP patut bertangung jawab.
      2 hours ago ·
    • Whoda Saffie Hahahah..en lok pn ckp cenggitu..mmg nk tulis td,tp takot en lok x pahe,heheh :p
      2 hours ago ·
    • Jhar Karmina Masuk ke aduan rakyat bro...masalah dorg penumpang jadi mangsa..kalau tidak lesen bagi pada kita..
      2 hours ago ·
    • Baha Azuwan salam tuan haji, apa yang berlaku ini antara kelemahan pihak berkuasa, sepatunya bila TBS di buka tutup saja bukit jalil, tak pelu terlalu melayan kerenah pengusaha bas yang hanya memikirkan keuntungan piribadi...
      about an hour ago ·
    • Lokman Hamidi Dear semua, ko org tau, aku mengamuk habis semua org kat terminal tadi pandang kat aku. Aku terpaksa rush dari hospital pasal benda ni. Silap haribulan saya kena hantar ke Melaka malam ni.
      about an hour ago ·
    • Lokman Hamidi Aih2, anak aku dpt pula naik bas kat TBS tu jam 7:15. Yg sakit hati anak aku pulak kena marah dek driver bas pasal naik lambat.. Ce bayangkan....kalau tak mengamuk, tak tau lah...
      about an hour ago ·
    • Mazlan Sabli SPAD nak kena SEPAK ...baru tahu
      59 minutes ago ·
    • Raja Ahmad Ikram Saya hntr sndri ank sya ke Melaka tghari tdi. Mmg keta bnyk on the road, baik ke selatan mahupun ke KL. Balik tu, I guna jalan coastal, trsangku juga dlm jam dri lps Lukut hinggalah ke Sepang. Dekat 3 jam sangkut. Tpi, saya rasa lbih selesa dri kna tendang ke kiri kanan dan disalahkan krna lambat pulak.
      44 minutes ago ·
    • Lokman Hamidi RAI, saya tak dpt hantar sbb nak hantar dua lagi anak ke asrama lain. Tiket dah lama beli. So far ok. Tapi hari ini kalut pulak manager kat kaunter tiket tu. jarak dari umah 15 min jer, tapi kita org dah bergerak satu jam lebih awal.
      32 minutes ago ·
    • Lokman Hamidi Datuk Mazlan, memang patut kena SEPAK dan Sepak.
      32 minutes ago ·
    • Lokman Hamidi Tan Sri Syed Hamid Albar kena jenguk2 kat TBS tu, baru SPAD dpt berfungsi.
      27 minutes ago ·
    • Mazlan Sabli Hj, Tan Sri bukan kena jenguk je...kena duduk kat terminal to watch the daily operation baru tahu hick-ups. Ini dok main jengok je,..kita semua jadi mangsa..
      23 minutes ago ·
    • Lokman Hamidi Datuk Nazmi pun kena duduk kat kaunter tu dan tgk pak guard yg pakai uniform polis tu bekerja kat TBS. Jgn harap uniform cantik tapi service kalah dgn terminal di negara Afrika.
      15 minutes ago ·

Saturday, February 5, 2011

TERMINAL BAS MACAM TERMINAL KLIA




Kita dah mewah dan kemudahan 1st class. Terminal bas dah macam terminal di KLIA. Semuanya bersistematik dan berkomputer. Nak naik baspun sekarang kena 'check-in'.

Inilah pemandangan dan kemudahan yang ada di terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan.

Cuma mereka yang pertama kali sampai akan tersasar kerana tanda arah yang mengelirukan. Biasalah.....ia berlaku di mana-mana di Malaysia. Mungkin lepas ni ada pihak dapat memperbaiki cara tanda arah yang betul.

Thursday, February 3, 2011

CHAO LIO PKR

Chao Liao Parti Kian Runtuh. Itu yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Rasanya dalam sejarah parti politik Malaysia tidak ada lagi parti politik yang mengelami ‘exodus’ terlalu ramai pemimpinnya dalam waktu singkat. Malah majoriti kumpulan pengasas parti itu kini sudah berpaling tadah, sudah ‘chao liao’.

Tanpa PAS dan DAP nampaknya PKR tidak kemana selepas Pilihanraya Umum (PRU) nanti. Pemimpin-pemimpinnya kini masing-masing sedang mencari pohon untuk berteduh sebelum hayat kebohongan PKR terkubur.

Selepas seorang demi seorang pemimpinnya berpaling tadah, satu demi satu tembelang dan kudis serta nanah penasihatnya terpancur keluar.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Gobalakrishnan yang sebelum ini menjadi salah seorang hulubalangnya yang lantang bersuara, kini sudah menyertai mereka yang lain meninggalkan parti.

Kini suara Gobalakrishnan lantang mengutuk Anwar dan Timbalan Presiden, Azmin Ali. Mereka yang meninggalkan PKR mendakwa Anwar pembohong besar dan pengkhianat negara.

PKR kini umpama rumah yang kehilangan penyokong tetapi cuba ditegakkan seorang diri oleh Anwar .

Azmin pula cuba membina dinding di tiang rumah itu yang semakin dimakan anai-anai.

Selepas ini Anwar dikatakan mahu menjelajah ke 30 kawasan untuk memberi penjenamaan baru dalam siri kempennya.

Apa yang dijaja nanti tidak lebih daripada ulang tayang membawa cerita buruk dengan mencerca, menfitnah dengan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan. Mereka juga mungkin mencanangkan pelbagai rancangan termasuk kerjasama dengan PAS bagi menubuhkan negara Islam dan pelan 100 harinya.

Namun rakyat tak mungkin terpedaya lagi!