Kalau dalam tentera, semua anggota dan pegawainya perlu tahu pangkat-pangkat di dalam pasukan, sama ada daripada peringkat Prebet, Lans Koperal sehinggalah kepada jawatan Leftenan Jeneral seterusnya yang tertinggi - Jeneral. Maka dalam organisasi lainpun begitu. Mereka perlu tahu asas struktur dan sistem yang dianggotainya.
Dalam bidang kewartawananpun begitu, pengamalnya perlu tahu asas jawatan dan hiraki dalam sistemnya.
Tapi kebanyakan kelompok baru (bukan semua), mereka masih jumut dari segi pengetahuan itu. Bukan sahaja tidak tahu struktur sistem itu, malah tidak ada rasa ingin tahu. Satu daripada sikap yang tidak wajar ada dalam diri seorang wartawan.
Jawatan Wartawan dan Pemberita pula ada perbezaan dari segi makna dan fungsinya. Pemberita adalah wartawan tetapi tidak semua wartawan adalah pemberita. Di sinilah ukurannya sama anda sudah layak digelar wartawan atau masih bergelar pemberita.
Dalam media cetak, jawatan paling asas adalah Kadet Pemberita. Kemudian ia naik ke satu tangga menjadi Pemberita. Sama ada pemberita meja sukan, jenayah, politik dan hiburan. Kalau bertugas di meja sukan mereka dipanggil Pemberita Sukan.
Berikut senarai jawatan wartawan dari peringkat asas sehingga ke peringkat tertinggi yang biasa digunakan dalam media cetak dan elektronik. Jawatan dan fungsi berubah mengikut peredaran masa dan keperluan organisasi.
Pemberita Kadet/Cadet Reporter
Pemberita/Reporter
Pemberita Kanan/Senior Reporter
Ketua Pemberita/Chief Reporter
Penolong Pengarang Berita/Assistant News Editor
Pengarang Sukan/Hiburan/Luar Negara etc.
Pengarang Berita/News Editor
Penolong Pengarang/Assistant Editor
Ketua Penolong Pengarang/Chief Assistant Editor
Timbalan Pengarang/Deputy Editor
Pengarang/Editor
Pengarang Eksekutif/Executive Editor
Pengarang Bersekutu/Associate Editor
Ketua Pengarang/Editor In-Chief/Chief Editor
Pengarang Kumpulan
Ketua Pengarang Kumpulan/Pengarang Urusan Kumpulan
Pengarah Eksekutif Kumpulan Berita
Senarai di media elektronik (TV);
Wartawan Penyiaran/Broadcast Journalist
Wartawan Eksekutif Penyiaran/Executive Broadcast Journalist (sejawatan dengan Penolong Penerbit Berita)
Penolong Pengarang Penugasan/Assistant Assignment Editor (sejawatan dengan Penerbit Berita)
Assignment Editor/Editor Penugasan (sejawatan dengan Penerbit Kanan Berita)
Penolong Pengarang/Assistant Editor
Timbalan Pengarang Berita/Deputy News Editor
Pengarang Berita/News Editor
Pengarang Eksekutif/Executive Editor
Ketua Pengarang Berita/Chief News Editor
Ketua Pengarang/Editor In-Chief
Pengarang Kumpulan/Group Editor
Pengarang Urusan Kumpulan/Group Managing Editor
Pengarah Eksekutif Kumpulan Berita/Group Executive Director News & Current Affairs.
Nota : Di media cetak, di bahagian output Pengarangnya digelar Penyunting dan bosnya dipanggil Pengarang Eksekutif (Perolehan). Manakala di media elektronik 'gate-keeper' di bahagian output dipanggil Penerbit dan bosnya dipanggil Pengarang Eksekutif (Penerbitan).
Saturday, January 30, 2010
Thursday, January 28, 2010
SURAT RAKYAT
Hanya orang yang tidak sihat akal fikirannya meletakkan kepala babi hutan dan wang sebanyak RM35 ditaburkan sekelilingnya dibeberapa buah Masjid yang sudah tentu Umat Islam dan juga umat lain merasa kecewa dan sedih perbuatan terkutuk itu dan diharapkan pelakunya diberkas secepat mungkin serta dikenakan hukuman seberat-beratnya.
Saya syorkan pelaku ini dicampakkan sahaja dalam kawasan penternak buaya atau taman buaya diAir Keroh, Melaka.
Jika diteliti secara mendalam berkemungkinan ianya dilakukan olih mereka yang kaki ekor dimana selalunya bomoh ilmu hitam yang menggunakan kaedah Jin atau berpandukan arahan Syaitan ini mahukan sesuatu sebagai balasan jika inginkan nombor ekor tertentu sebagai syarat.
Ini selalu berlaku untuk menyirikkan manusia dimana bomoh-bomoh yang mengamalkan ilmu hitam akan meminta kaki-kaki ekor itu melakukan sesuatu kejahatan melampau sebagai balasan untuk mendapatkan imbuhan mereka.
Apabila ada kepala babi dan ada pula wang tertentu disekeling kepala babi besar berkemungkinan itu adalah mainan Syaitan yang diajarkan kepada manusia melalui perantara Bomoh-Bomoh yang mengamalkan ilmu hitam.
Pada saya orang bukan Islam pun tidak akan tergamak melakukan perkara terkutuk saperti ini lebih-lebih lagi ditempat-tempat ibadah kerana selalunya mereka ini menghurmati agama dan tidak kira agama apa sekali pun.
Sudah sampai masanya setiap Masjid dan tempat-tempat ibadat yang lain dilengkapkan CCTV serta memerlukan pengawal tetap disetiap tempat ibadah itu terutama sekali disebelah malam kerana selain ianya bolih mengawasi dan dalam masa yang sama mudah untuk musafir menunaikan ibadah disebelah malam diMasjid-Masjid yang kadangkala dikuncikan pagarnya selepas waktu Isyak.
SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
SEREMBAN
saya,
SYED ABDULLAH BIN SYED OSMAN,
IC:501224-08-6049
berlamat no:7,Tmn. zaiton indah,70400 ampangan Seremban ingin memberikan pendapat. Sekian terima kasih.
Tel:0162443539

Wednesday, January 27, 2010
INFOSYS MASIH DI HATI PM
Foto : Leklook di hadapan bangunan utama Infosys di Bangalore.
Foto : antara lanskap di perkampungan Infosys.
Ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara “Soal-Jawab” di TV3 Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ada menyebut mengenai Infosys bila membicarakan halatuju Malaysia untuk menjadi jaguh dunia.
Infosys adalah antara peneraju Teknologi Maklumat (IT) yang unggul di India. Memasuki kawasan industrinya di Bangalore suasananya tidak seperti berada di bumi India, walaupun perjalanan menuju ke sana didedahkan dengan pemandangan rumah yang daif dan persekitaran orang kurang berada.

Foto : Datuk Seri Najib mengabadikan kenangan selepas menanam pokok di perkarangan Infosys.
Infosys Technologies Ltd diasaskan pada tahun 1981 oleh tujuh orang dengan modal permulaan sebanyak 250 dollar Amerika. Kini syarikat gergasi IT itu menjadi pemimpin dunia dalam meneraju generasi masa depan IT yang berpendapatan melebihi empat billion dolar Amerika.
Perkhidmatan gobalnya merangkumi kepada lebih 2000 syarikat di seluruh dunia dengan lebih 50 pejabat dan pusat pembangunannya di India, China, Australia, Republik Czech, Poland, UK, Kanada dan Jepun.
Sehingga akhir September tahun lalu, Infosys dan anak syarikatnya mempunyai 105,453 pekerja.
Empat tahun lalu ketika Datuk Seri Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau sudah menunjukkan minat untuk melawat dan meninjau kejayaan syarikat itu semasa lawatan rasminya ke India.

Monday, January 25, 2010
JANGAN MARAH-MARAH
Marah itu perlu dan harus dilakukan oleh setiap individu. Namun marah sukar dilepaskan pada waktu dan tempat yang sesuai.
Marah merupakan reaksi terhadap motif-motif yang tidak terpenuhi atau rasa tersinggung hati.
Sejak kecil bahkan sejak bayi kita sudah mampu untuk melakukan perilaku marah tersebut.
Namun pada bayi dan anak yang belum boleh bercakap perilaku marah biasanya berupa tangisan.
Marah biasanya selalu dikonotasikan pada hal-hal yang negatif. Orang yang pemarah biasanya tidak banyak disukai orang.
Islam mengajarkan bagaimana membuatkan amarah itu tidak menjadi liar, ganas dan membahayakan orang lain.
Hal ini terkandung dalam surat Ali Imran ayat 134.
Terapi agama dalam mengendalikan marah:
1. Setiap awal pagi harus dimulakan dengan menyebut perkataan "hari ini saya tidak boleh marah"
2. Ketika mahu marah segeralah memohon perlindungan daripada godaan syaitan yang terkutuk.
Terapi Psikologi dalam mengendalikan marah:
1. Pandanglah wajah anda di cermin ketika sedang marah dan bayangkan bagaimana jika wajah anda yang sedang masam berubah senyum. Kemudian tanyalah diri sendiri berapa lama akan berwajah masam seperti itu. Kemudian beranilah untuk tertawa sekuat-kuatnya.
2. Hilangkan energi yang meledakan itu dengan melakukan kegiatan seperti berjalan atau berbelanja.
3. Tulislah surat yang paling keji yang dapat anda lakukan.

Friday, January 22, 2010
CHENNAI MACAM JALAN MASJID INDIA
Chennai atau dulu dikenali sebagai Madras menjadi tumpuan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke India sejak semalam. Lawatan yang dirancang untuk hanya tiga jam berakhir dengan lawatan rasmi selama dua hari.
Saya pernah berkunjung ke Chennai kira-kira empat tahun lalu ketika mengikuti lawatan rasmi Datuk Seri Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ke India.
Saya hanya singgah dalam perjalanan pulang ke Malaysia kerana aturcara lawatan ketika itu tidak memasukkan Chennai sebagai destinasi kunjungan.
Jangan sekali-kali salah sangka terhadap orang-orang di Chennai. Anda tidak perlu berbahasa Inggeris atau Tamil untuk menyapa seseorang di Lapangan Terbang Chennai. Walaupun mereka kelihatan seperti rakyat India, namun majoriti mereka tahu berbahasa Malaysia.
Situasi itu sama dengan apa yang berlaku terhadap rakyat Malaysia yang sering berkunjung ke Makkah dan Madinah. Jangan bercakap Arab atau Inggeris dengan peniaga di kota suci itu, semua semua tahu berbahasa Melayu.
Mengenai hubungan Malaysia dan Chennai, kedua-duanya sebenarnya mempunyai ikatan sejarah yang cukup istimewa. Hubungan pertalian persaudaraan sudah akrab sejak dulu lagi.
Selain ikatan persaudaraan dan kekeluargaan, ikatan perniagaan serta pelaburan sudah sedia terjalin.

Saturday, January 16, 2010
POKOK BULUH JEPUN
Sudah lama mencari ruang waktu untuk mengalihkan pokok Bunga Buluh Jepun, sehingga hari ini tak kesampaian. (Mungkin selepas entri ini).
Pokok itu sebenarnya sudah mati dan saya letakkannya di tepi jalan. Tetapi tidak disangka pula kini menjadi subur.
Sebaliknya pokok Daun Teh yang dibelai dan diletak di pasu besar di bawah bumbung, semakin hari semakin layu dan terus tinggal ranting.
Jadi saya mengambil keputusan untuk mengalihkan pokok Bunga Buluh Jepun itu ke dalam pasu mengantikan pokok Daun Teh.
Bukanlah saya rajin sangat menanam bunga. Setahun tak tentu dapat dua kali. Cuma isteri tak rasi menanam bunga kerana bunga yang ditanam asyik mati.
Thursday, January 14, 2010
TIADA YANG BARU DALAM KENYATAAN INI
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa terdapat pindaan terhadap pelaksanaan bantuan makanan asrama sekolah tahun ini ekoran kekangan peruntukan bajet mengurus bagi kementerian itu.
Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dalam satu kenyataan media hari ini berkata berdasarkan pindaan itu, kementerian memutuskan untuk menaikkan bayaran Bantuan Makanan Asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari bagi pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.
Bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM5,000, bayaran RM1 sehari dikekalkan manakala pelajar di kalangan keluarga miskin dikecualikan sepenuhnya seperti amalan sebelum ini.
Beliau berkata kerajaan terpaksa menanggung kenaikan subsidi daripada RM14 kepada RM16 sehari bagi setiap pelajar di mana sebahagian daripada pelajar berkenaan adalah terdiri daripada kalangan keluarga yang berkemampuan.
Katanya, sekiranya kadar subsidi itu diteruskan sepenuhnya, kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar.
"Kementerian telah merangka beberapa langkah penjimatan dengan mengambil kira bahawa penjimatan ini tidak akan menjejaskan program-program kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar," katanya.
Dr Zulkurnain berkata bagi memastikan terdapat penjimatan, pengurusan makanan di sekolah perlu lebih cekap di mana pihak sekolah perlu menyediakan peraturan yang lebih kemas untuk memastikan pelajar yang ingin pulang di hujung minggu dimaklumkan lebih awal supaya pesanan bilangan makanan dapat dikurangkan dan penjimatan dapat dilaksanakan.
Menurut beliau, sekolah telah diberi peruntukan berasaskan perkiraan 200 hari dengan jumlah pelajar yang maksimum dan jika ini tidak mencukupi, kementerian akan mengambil tindakan bagi menampung keperluan tersebut.
"Sekolah tidak harus memaksa mana-mana pelajar untuk pulang pada cuti hujung minggu atau cuti umum dan mereka yang tinggal di sekolah tidak dikenakan apa-apa bayaran tambahan," katanya.
Dalam pada itu, Dr Zulkurnain berkata peruntukan tambahan akan dibekalkan sekiranya peruntukan awal berasaskan perkiraan 200 hari tidak mencukupi, dan sekolah juga boleh menggunakan baki peruntukan tahun-tahun sebelumnya untuk tujuan ini.
"Kutipan Yuran Makanan Asrama (YMA) yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau penjaga buat masa ini masih dikekalkan untuk 200 hari dengan kadar RM1 sehari dan RM3 sehari bagi pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan RM5,000 dan lebih," katanya.
Beliau turut berharap agar semua pihak dapat sama-sama berganding bahu memikul cabaran dan tanggungjawab dalam merealisasikan agenda pendidikan nasional berikutan kedudukan kewangan pada tahun ini.
-- BERNAMA

BEBAN KEPADA YANG BERGAJI BESAR
Keputusan kerajaan untuk mengenakan bayaran yang berbeza bagi bayaran asrama mengikut tangga gaji perlu dipertimbangkan dan dikaji semula.
Pekeliling Kementerian Pelajaran yang diedarkan tahun lalu memutuskan ibubapa atau penjaga yang berpedapatan RM5,000 ke atas perlu membayar RM3 sehari, manakala mereka yang berpendapatan bawah RM4,999 dikenakan hanya RM1 sehari.
Berdasarkan perkiraan 200 hari belajar (tidak termasuk Sabtu dan Ahad), setiap murid kategori pertama dikenakan bayaran RM600 setahun manakala kategori kedua dikenakan bayaran RM200 setahun.
Persoalannya, adakah pembahagian kategori mengikut gaji relevan?
Kementerian seharusnya tidak mengketegorikan pembayaran itu mengikut tangga gaji tetapi perlu berdasarkan tanggungan isi rumah.
Contoh :
Jika Ali bergaji RM4,999 tetapi hanya mempunyai seorang anak yang ditanggung dan bersekolah asrama. Dia hanya perlu membayar RM200 setahun.
Manakala Ahmad yang bergaji RM5,000 dan mempunyai 10 anak yang ditanggung serta empat daripadanya bersekolah asrama. Dia terpaksa membayar RM2,400 setahun. Apakah Ahmad tidak terbeban dengan cara ini?
Laporan berkaitan :
PULAU BANGGI (Kudat): Kementerian Pelajaran akan menambah semula peruntukan makanan bagi sekolah berasrama kepada 240 hari setahun dalam tempoh terdekat selepas mengambil kira kesukaran ibu bapa menyediakan perbelanjaan tambahan anak mereka pulang ke rumah setiap minggu berikutan asrama tidak menyediakan makanan setiap Sabtu dan Ahad.
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian turut mengambil kira pelajar daripada keluarga miskin yang tidak mampu membayar tambang pergi dan balik ke rumah setiap minggu atau menyediakan duit tambahan membeli makanan. Beliau berkata, aspek keselamatan pelajar yang terpaksa pulang setiap hujung minggu turut diberi pertimbangan kerana mereka biasanya bersendirian, termasuk ke kawasan pedalaman.
"Sehubungan itu, kementerian akan menambah semula peruntukan makanan bagi sekolah berasrama kepada 240 hari berbanding 200 hari setahun yang ditetapkan sebelum ini.
"Pada masa sama, kementerian akan meneruskan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk membantu murid dalam kelompok Ketua Isirumah Miskin Tegar (KIRMT)," katanya di Jeti Karakit di sini, semalam.
Terdahulu, Mohd Puad melawat tiga sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pulau Banggi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Karakit, SK Batu Layar, SK Look Tohok dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi.
Tiga lagi sekolah di daerah pedalaman di utara Sabah turut dilawati beliau iaitu SMK Kanibongan dan SK Kanibongan, Pitas yang bekongsi bangunan dan SMK Tandek, Kota Marudu.
Mengikut Pekeliling Kementerian Pelajaran tahun lalu, berlaku pengurangan peruntukan makanan daripada 250 hari kepada 200 hari bagi sekolah berasrama dan 250 hari bagi sekolah pendidikan khas berasrama berbanding 270 hari sebelumnya.
Peraturan itu turut merangkumi ibu bapa atau penjaga berpendapatan RM5,000 ke atas yang perlu membayar RM3 sehari, manakala berpendapatan bawah RM4,999 pula RM1 sehari.
Arahan itu membabitkan asrama di sekolah harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan dan seni.

Monday, January 11, 2010
BUTA AUTOMOBIL
Cerita pasal kereta. Dulu pernah seorang kawan menegur. “Dia tu kalau beli kereta tak pernah baca buku manual, tu sebab kalau ada masalah sikit tak tau nak buat apa”.
Memang betulpun. Banyak pengalaman berkaitan masalah kereta tapi masih tidak mengajar kita untuk menjadi pemandu yang DIY.
Pernah kereta yang baru dibeli tidak boleh dihidupkan. Dua orang makenik dipanggil datang ke rumah. Sebaik sahaja mereka masuk ke kereta, sudah tahu punca enjin tidak boleh dihidupkan.
Rupa-rupanya gear automatic tidak diletak pada tanda “P” – parking.
Dan pernah RM600 melayang ketika di Cameron Highland hanya kerana penutup radiator berharga RM12 rosak.
Masalah kali ini pula masih belum dapat dikenalpasti. Kereta tidak boleh digerakkan ke depan dan belakang walaupun break kaki telah dilepaskan.
Kawan-kawan kata ia berpunca daripada gear-box. Manakala ada yang berpendapat mungkin paddle break bermasalah.
Esok baru cuba diselesaikan masalah kerana tadi tidak ada masa terluang dan terpaksa bergegas pergi kerja yang dihantar oleh isteri.
Sunday, January 10, 2010
Friday, January 8, 2010
Tuesday, January 5, 2010
Monday, January 4, 2010
NLAKB AKAN LEBIH MAJU JIKA.....
Baru pertama kali mengunjungi Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru (NLAKB) di Bandar Puchong Jaya pagi semalam.
Restoran ini antara beberapa rangkaian barunya di luar Kuala Lumpur. Cantik dan menarik seperti restoran kopitiam lain.
Harganya berpatutan dan mampu dilanggan. Bagi set sarapan pagi (biasa) cuma RM3.95 untuk nasi lemak biasa dan teh tarik. Kalau tambah ayam goreng atau ayam rendang harga seketul RM4.95.
Bayaran untuk dua orang makan dengan tambahan dua ketul ayam kira-kira RM18.
Rasanya macam nasi lemak biasa jer. Tak adalah istimewa mana.
Kerana ia diusahakan oleh bumiputera, sepatut ia disokong.
Pagi itu kira-kira 70 peratus pelanggannya orang Cina dan masing-masing 15 peratus orang Melayu dan India.
Tempat duduk dan meja untuk 200 oarng hampir penuh. Tapi saya kesian melihat pekerja di kaunter.
Hanya dua orang yang bekerja.Seorang pekerja perempuan tu, dialah juruwang, dialah tukang isi nasi lemak di pinggan dan dialah juga yang mengemas meja.
Saya menunggu agak lama di kaunter sebelum dapat dilayan.Tapi tak apa.
Bagaimanapun pengurusan Nasi Lemak Antarabangsa diharap jangan terlalu lalai dari segi perkhidmatan melayan pelanggan.
Restoran mamak Pelita menugaskan kira-kira 17 orang dalam satu-satu masa untuk melayan pelanggannya. Manakala Old Town White Coffee menyediakan cukup kakitangan untuk melayan pelanggan yang baru melangkah masuk ke restorannya.
Mungkin selepas ini pelanggan NLA yang masuk restorannya dapat dilayan sebelum mereka sempat duduk. Pengurus restoran Nazrul Anuar Nazri perlu dapatkan maklum balas daripada semua pelanggan.

Saturday, January 2, 2010
AKIBAT SELANGOR HARAMKAN BEG PLASTIK
Bila pemberitahuan kempen tak menyeluruh beginilah jadinya. Peruncit pula tiada alternatif lain untuk diberi kepada pelanggan bagi memuatkan barangan.
Kalau beli satu dua barangan bolehlah tahan, tapi kalau dah dua trolly macam mana pulak?
Tapi bila beli sebuah buku di kedai buku, dapat pulak beg plastik ini.....
Laporan media mengenai kempen berkenaan:
Mulai 1 Januari tahun hadapan, Kerajaan negeri Selangor akan menganjurkan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” dan memilih hari Sabtu sebagai pengharaman beg plastik.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, kempen itu akan berterusan selama enam bulan pertama bagi mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastic sekaligus mengurangkan pencemaran putih atau white pollution.
Elizabeth berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen itu di Sunway Pyramid.
Tambahnya, pada peringkat permulaan kempen Hari Tanpa Beg Plastik akan berjalan selama enam bulan pengguna digalakkan membawa beg dari rumah kerana pasaraya atau kedai runcit tidak akan menyediakan beg plastic.
Manakala, kata Elizabeth, bagi mereka yang masih ingin menggunakan beg plastik pada hari tersebut caj akan dikenakan.
Kempen anjuran kerajaan negeri ini turut mendapat sokongan positif daripada peruncit-peruncit utama di Selangor termasuk pusat membeli-belah, hypermarket, supermarket, kedai runcit dan farmasi.
Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri akan menilai keberkesannya dan tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan samada perlu menambah hari kempen tersebut.
"Kerajaan negeri akan melihat keberkesankan kempen ini selepas enam bulan dan kita harap dapat meningkatkan bilangan hari dalam seminggu,” katanya.
TERKENANG BILA MAHATHIR LOKMAN 'MENIPU'
Entah mengapa tiba-tiba terkenang masa lalu ketika ‘ditipu’ oleh pengacara dan bekas pembaca berita TV3 Mahathir Lokman (sekarang Datuk) semasa membuat lintas langsung di Dataran Bandaraya Johor Baharu.
Masa itu saya ditugaskan menjadi wartawan cum Penolong Penerbit cum FM (Floor Manager) pada majlis pengisytiharan JB sebagai bandaraya.
Ketika siaran langsung berita Buletin Utama, Mahathir Lokman sepatutnya menjadi ‘anchor’ untuk lintas langsung itu dari dataran JB. Namun ketika Sofwan Mahmod yang ketika itu menjadi SD (Pengarah Studio) di OB van (kenderaan siaran luar) memberi Q untuk lintas langsung, tiada siapapun muncul untuk mengulas majlis itu. Saya diberitahu Mahathir dan Ezzah Aziz Fauzi sibuk bersiap untuk mengacarakan majlis pengisytiharan itu di atas pentas.
Saya jadi Bidan Terjun untuk mengambil alih tempatnya. Tanpa ada persiapan saya muncul secara LIVE di kaca TV mengulas apa yang berlaku. Kerana hanya dalam beberapa saat saya diberi tugas itu, apa yang mampu saya lakukan membaca buku program majlis yang ada di tangan dan melalut tak tentu pasal.
Saya nampak dangkal, seolah-olah muncul tanpa persediaan.
Tapi ketika balik ke KL dan masuk kerja tiada seorang bospun bertanyakan hal itu. Kalau mereka bertanya, saya memang sudah ada senjata tajam dan bisa untuk membelasah mereka.
Rupanya saya diberitahu, Mahathir Lokman mengutamakan habuan daripada penganjur untuk tugas pengacaraan itu daripada tugasan utama yang diberikan syarikat. Ezzah dikatakan hanya dapat sedikit habuan yang diberikan Mahathir.
Peristiwa itu adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan dalam bidang penyiaran.

Subscribe to:
Posts (Atom)