Wednesday, June 3, 2009

PD GAMIT KENANGAN MENYELUSUPI KEM TENTERA



Walaupun tidak jauh dari Kuala Lumpur dan pernah menetap untuk menjalani latihan ketenteraan di sekitar awal tahun 80an, tetapi daerah Port Dickson (PD) tak sepenuhnya saya terokai.

Kesempatan cuti persekolahan kali ini, PD menjadi destinasi pilihan untuk melepaskan diri daripada tugasan harian yang sering tidak berkesempatan bersama keluarga.

Pemilihan PD kerana ia destinasi peranginan yang paling hampir dengan kedua-dua ibubapa yang sedang uzur di Tanjung Malim dan Kuala Lumpur.

Selain itu kebetulan ada seorang kenalan isteri menawarkan penginapan murah di apartmentnya di Batu 2 1/2 Jalan Pantai, dengan pemandangan yang tidak kurang indahnya. Yang belum pernah saya kunjungi.

Dan sebab yang jelas, masih belum ada peluang untuk membawa keluarga bercuti ke luar negara, walaupun sudah lama memasang cita-cita.

Namun, PD tidak kurang hebatnya. Lama tidak berkunjung, pekan kecil PD sudah banyak perubahannya.

Dulu ketika tinggal di sebuah Kem latihan tentera di persimpangan menuju pantai Blue Lagoon, pekan kecil PD menjadi penghubung untuk kami pergi ke Kuala Lumpur menaiki bas.

Foto : Kem latihan asas pegawai tentera kini dijadikan Pusat Latihan Artileri
Kalau tidak salah saya, bas yang sering saya naiki ialah express RESTU menuju ke ibukota sebelum ia meneruskan perjalanan ke Lumut.

Tidak banyak yang menarik di pekan PD ketika itu.

Kini bangunan baru banyak yang telah didirikan. Kawasan perniagaan baru di pekan PD diperluaskan. Stesen bas lama sudah tiada kesan lagi dan diganti dengan hentian bas yang tersergam indah. Pawagam lama di tepi jalan juga sudah diganti dengan deretan bangunan lain.

PD juga masih meninggalkan kenangan segar bagaimana saya dapat menerobos keluar dari kem tentera ketika itu untuk 'melarikan diri' ke Kuala Lumpur. Banyak lompang dan senang diceroboh!

2 comments:

Kepten Ramli Kardi said...

Benar Bro, dua bulan lepas aku membawa geng vw aku ke Melaka dan balik KL melalui jalan pantai ie melalui PD..memang banyak yang telah berubah.Aku sempat berhenti di Bekas Kem Sebatang Karah kilang melahirkan ramai pegawai tentera yang berwibawa.Aku bercerita dengan anak anak bahawa disitulah aku mula mendapat pendidikan asas kepimpinan aku terus ke Blue Lagoon dan menceritakan betapa dulu aku mampu berlari 2 rounds memanjat bukit dimana letaknya Cape Rachado ia itu rumah api yang cantik kerana aku mewakili Pusat Latihan tersebut didalam acara 400 dan 800 meter.Betapa kuat dan superfitnya aku ketika itu.Aku jarang keluar kerana hanya 3 bulan sahaja disitu sebelum meneruskan latihan di TLDM Lumut.Bagaimana pun itu lah secebis kenangan di Port Dickson.

Kepten Ramli Kardi said...

itu sekilas kenangan semasaa menjalani latihan kedet namun jauh di sudut hati aku merasa kehilangan.Aku rasa keaslian dan kehijauan suasana sudah mula bertukar kepada keperangan dan kegondolan.Dingin dan segar mula bertukar kepada panas dan rimas.Aku percaya burung burung yang menjadikan hutan "sejemput" di sekitar Cape Rachado tidak akan mengambil masa yang panjang untuk berfikir dan pakat pakat berhijrah