Friday, June 26, 2009

EMAK MASUK WAD DI BILIK SENDIRI






Foto : Kang Imam antara tetamu yang awal menziarahi emak dan bapak.
Akhirnya emak balik dan dapat tidur semula di biliknya sendiri di kampung. Bilik emak telah diubahsuai menjadi Wad Hospital.
Perjalanan mengiringi ambulans yang membawa emak dari Tanjung Malim memakan masa kira-kira satu jam setengah. Selain anggota paramedik, Kak Mahah dan jururawat Cici turut bersama-sama emak di dalam ambulans. Seorang doktor dari Batam kebetulan turut bersama-sama kami dalam konvoi enam kereta.
Sejurus ketika katil yang membawa emak memasuki biliknya saya menjadi hiba. Mungkin kerana saya turut sama membawa emak keluar dari biliknya pada 28 Julai 2007 lalu.
Selepas semuanya selesai saya menghantar SMS kepada adik-beradik yang tidak berkesempatan untuk bersama-sam emak dan bapak semalam.
"Berkat doa anak-anak, Alhamdulilah emak dan bapak selamat pulang ke rumah."

1 comment:

Kepten Ramli Kardi said...

aaku menjadi hiba dan sangat terasa pilu.Aku betanya pada diri ku apakah aku akan dapat layanan seperti ini dari anak anak jika ditakdirkan aku tua dan tidak mampu.seandainya anak anak aku mempunyai belas adakah mereka mampu dari segi kewangan..adakah merekaa mampu memiliki keluarga sendiri yang simpati kepada mbahnya...?
Adakah akan ada rakan rakan yang sudi menjengok jengok di kala aku keseorangan?
Sekarang aku memang sihat..segar..tapi sampai bila?

IT IS BETTER TO DIE IN THE BATTLE FIELD AND BACK AS A HERO...PERIOD