Sunday, June 21, 2009

BERSAMA BAPAK MERAIKAN 'HARI BAPA' DI HOSPITAL


Hari bapa walaupun perlu diraikan setiap hari, kini lazim diraikan pada 21 Jun iaitu hari ini.
Kebetulan sempena Hari Bapa giliran saya pula untuk menunggu bapa di hospital, bermula sejak semalam sehingga hari ini.

Saya dan isteri serta dua anak yang tidak bersekolah asrama tiba di Hospital Al-Islam Kampung Baru selepas waktu asar.

Saya sengaja membawa sekeluarga tidur di bilik wad bapak. Pertama kerana semalam bukan hari persekolahan. Kedua kerana mahu mereka sama-sama bertanggungjawab menjaga bapa sebagai anak dan cucu. Dan ketiga kebetulan ia sempena hari bapa.

4 comments:

Kepten Ramli Kardi said...

man buat lah apa sahaja(tentunya yang terbaik) sementara mereka masih ada...aku dah tak ada bapa masa darjah lima lagi...

LEKLOOK said...

Kesuwon Komander,
Nasihat tuan amat kami hargai dan doakan saya dapat lakukan yang terbaik untuk ibubapa.

Kepten Ramli Kardi said...

aku dapat call dan ucapan selamat hari bapa dari anak di german (sedang belajar).itu pun menceriakan hari aku..

apatah lagi kalau you jaga dan touch dia masa dia uzur..tentunya hatinya berbunga bunga

perasaan seorang bapa

LEKLOOK said...

Alhamdullilah.
Saya merasakan keceriakannya melalui raut wajah bapak.

Tengahari tadi saya mencuri masa menziarahinya lagi dan membelikannya mee sup, amat selesa bapak menjamahnya walaupun sebelum itu tak selera makan.

Semasa balik berulang kali bapak ucapankan terima kasih.