Wednesday, February 4, 2009

BN MENYAMBAR DI PERAK

Ops Sambar Helang semakin hampir ke penghujung. Nyata BN akan menguasai semula kerajaan Perak. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan menghadap Sultan Perak untuk meminta perkenan menubuhkan kerajaan.

Hasrat Pakatan Rakyat hari ini untuk mendapatkan perkenan Tuanku Sultan bagi membubarkan dewan undangan negeri belum diperolehi.

Kini Barisan Nasional mempunyai 31 kerusi di DUN Perak manakala Pakatan Rakyat (PR) 28 termasuk Speaker. Jika undian dibuat, BN (31) dan PR (27) kerana speaker tidak boleh mengundi.

Itulah senerio di Perak apabila hari in empat ADUN membuat pendirian menyokong BN. Mereka yang menjadi anggota bebas dan menyokong BN (friendly independent) ialah ADUN PKR Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN PKR Changkat Jering Kapt (B) Mohd Osman Jailu dan ADUN DAP Jelapang, Hee Yit Foong. Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mahu kembali semula kepada UMNO.

Petang tadi sidang media Timbalan Perdana Menteri di pejabatnya sarat dengan anggota media dan pemimpin politik UMNO dari Perak.

Semua ADUN yang menyokong BN memberi ulasan mereka kepada media kecuali Hee Yit Foong yang berkurung di sebuah bilik pegawai TPM. Beliau dikatakan tidak sihat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan pemimpin lain yang mengerakan usaha itu kini bolehlah menarik nafas sedikit sebelum upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru.

Kata pengawal peribadinya, "sekarang lega sikit. Selalu kena balik jam 3 pagi". Sekarang helang betul-betul menyambar!

2 comments:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

PERAK KENA SAMBAR????? MEMANG PATUT PON..MELAMPAU-LAMPAU SANGAT DAH...PADAN MUKA SAPA SURUH BONGKAK SANGAT...KATA ITU DAN INI PADA BN. Sekarang nah

Anonymous said...

Alhamdullilah, lepas ni BN jangan jadi bongkak macam depa. Buat kerja baik-baik. Bangunkan Perak supaya menjadi negeri termaju.