Wednesday, February 20, 2008

DATUK ZAHID BERGELAR 'DR'

Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi sudah lulus viva dan senat untuk tesis PhDnya minggu lalu. Pengajian peringkat Doktor Falsafah itu telah dilakukannya di UPM sejak tujuh tahun lalu. Kajiannya mengenai perbandingan laporan akhbar dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum sejak Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara. Majlis konvokesyen kemungkinan berlangsung Ogos depan.

Menurutnya kajiannya lambat disiapkan kerana selain bebanan tugas ia diselia oleh tiga orang yang berlainan fahaman politik iaitu PAS, Keadilan dan UMNO. Namun kajian itu yang memerlukan disiplin dan ketekunan yang tinggi membuktikan seseorang itu masih boleh belajar selagi dia pandai membahagikan masa.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan ahli politik yang mendapat PhD tanpa memerlukan mereka membuat kajian dan tak tau pun istilah 'research method' dan 'viva'.

2 comments:

ibrahim yahaya said...

Sdr Look,

Tahniah kepada Datuk Zahid.

Bole la kita kena teh tarik!

. said...

Tahniah kepada YB Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Saya cukup seronok apabila melihat kawan2 berjaya dalam bidang masing-masing. Diharapkan YB Dato' dapat menjadi Menteri penuh selepas PRU12 nanti, insya-allah.

http://www.nobisha.blogspot.com