Sunday, April 29, 2007

HARI MENGUNDI DI IJOK CATAT PENGALAMAN BERHARGA

Tahniah! Kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi di Ijok melambangkan semangat bekerjasama dan berpasukan diantara parti komponen.

Ia bukan kejayaan K Parthiban seorang, tetapi kejayaan rakyat Ijok yang mahukan pembangunan dan keharmonian hidup dalam masyarakat pelbagai kaum.

Namun pengalaman di Ijok amat mahal. Toleransi masyarakat Melayu yang menjadi majoriti pengundi di kawasan itu harus difahami oleh semua kaum dan komponen parti BN.

Ujian di Ijok membuktikan sikap toleransi itu tidak luntur.
Masing-masing parti sama ada UMNO, MCA, MIC, Gerakan, dan PPP bekerja keras. Kekukuhan kerjasama itu bertambah mantap dengan penyertaan IPF, Kimma, Gerakan Belia 4B dan beberapa lagi pertubuhan.

Di Kampung Jaya Setia, Melayu dengan Melayu sanggup berentap semata-mata untuk memperjuangkan prinsip kerjasama BN bagi memastikan kemenangan K.Parthiban.

Dua orang ahli UMNO dilaporkan cedera kerana keterlanjuran dan keghairahan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperjuangkan ‘kekaburan’ mereka. Di Rumah Klang (UMNO Bahagian Klang), seorang lagi penyokong BN dicederakan.

Peristiwa di Lunas di mana bas membawa petugas dan penyokong BN ditahan, berulang di Ijok. Antigonisnya tetap sama. Tetapi kali ini budaya itu telah diadun dengan resepi yang lebih ganas.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah dinafikan haknya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan. Laluannya untuk meninjau perjalanan pilihan raya kecil di Kampung Jaya Setia telah disekat oleh penyokong PKR.


Beliau beralah dan menggunakan laluan lain di celah-celah rumah penduduk, tetapi setelah tiba di hujung jalan kereta beliau disekat juga. Timbalan Pengerusi BN itu terpaksa dibawa oleh penyokong BN turun dari kereta untuk ke pondok panas BN. Penyokong BN terpaksa merempuh sekatan PKR bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Najib.

Sebelum itu ketibaan Datuk Seri Najib telah disambut dengan teriakan ‘Antantuya’ beberapa kali oleh penyokong PKR. Tiada langsung ada rasa hormat kepada seorang Timbalan Perdana Menteri. Budaya dan perjuangan apa yang cuba dibawa oleh PKR?

(Lagi laporan bergambar sekitar hari mengundi di bawah)

TPM SELESAI TINJAU KG JAYA SETIA


Timbalan Speaker DUN Selangor, Datuk
Dr Mohd Satim Diman bersalaman dengan TPM
selepas Datuk Seri Najib selesai membuat tinjauan.

KREW BERITA TV9 BERTUGAS


Krew Berita TV9 sedang bersiap untuk membuat
"standupper" di tengah-tengah penyokong BN.

KM MELAKA BERI KOMEN


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam
dan Naib Ketua Pemuda UMNO Sdr Khairy
Jamaluddin memberi komen selepas PKR
menyekat laluan TPM.

NAJIB TERPAKSA MENGALAH


Datuk Seri Najib terpaksa dibawa oleh penyokong
ke pondok BN setelah laluannya disekat penyokong
PKR.

POLIS PERKETAT KAWALAN


Anggota polis pencegah rusuhan terpaksa di
kerah ke Kg Jaya Setia bagi mengawal keadaan.

MANGSA KEGANASAN PKR


Salah seorang pengiring TPM dipukul lengannya
oleh penyokong PKR.

PUTERI CEDERA


Seorang anggota Puteri UMNO dicederakan oleh
penyokong PKR

PROVOKASI


Penyokong BN hanya melihat provokasi dilakukan
penyokong PKR

BOTAK MENGAMUK


Salah seorang pemimpin PKR Selangor (Botak)
mengamuk menggunakan kayu. Dia ditenteramkan
oleh rakan-rakan.

Friday, April 27, 2007

IJOK SEMAKIN PANAS

Ijok semakin ‘panas’ walaupun hampir setiap hari hujan mencurah-curah di kawasan itu. Malah di sesetengah tempat penduduk terpaksa mengharungi air banjir setelah hujan tidak berhenti selama lebih enam jam.

Namun ‘panas’ tidak akan berpanjangan selepas pengiraan dan penjumlahan undi esok. Jika lebih 12,000 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dan meneruskan kesinambungan Barisan Nasional (BN) di Ijok, pembangunan yang berterusan pasti berlaku.

BN sudah membaca kesilapan yang lalu. Walaupun calon daripada MIC, tumpuan pembangunan harus menyeluruh, terutama di kawasan majoritinya Melayu.

Di kawasan majoriti Melayu terutama di Bukit Badong dan Jaya Setia, pengundi sudah tidak melihat kepada parti yang bertanding. Mereka lebih menumpukan individu, sama ada calon Melayu atau India.

Petugas dan jentera pilihan raya BN terutama daripada UMNO terpaksa bekerja keras dan melupakan anak isteri serta suami di rumah. Usaha yang berlipat kali ganda diteruskan untuk mendekati pengundi. Isunya cukup mudah tetapi sukar untuk ditangani.

Arahan untuk melipatganda usaha itu datang mencurah-curah. “Assalammualaikum Tuan Exco dan AJK Bahagian, saya mendapat arahan daripada YB Dato Ketua Bahagian mewajibkan tuan berkampung di Kg Jaya Setia (DUN Ijok) mulai esok sehingga 28 April. Kawasan jagaan masih HITAM. Oleh itu kehadiran tuan-tuan amat diperlukan – amat diperlukan, bagi menjalankan kerja-kerja menggempur secara habis-habisan,” itu antara SMS yang diterima beberapa hari lalu daripada Ketua Penerangan Bahagian.

Manakala beberapa SMS yang tidak pasti kesahihannya juga semakin banyak. “ Latest—Harapan Barisan untuk menang kian tipis…Puteri UMNO dan Wanita UMNO tidak dibenarkan datang ke Ijok kerana keadaan di Batang Berjuntai tegang – msg drp KP Imigresen.,” ini antara mesej yang diterima daripada seseorang.

Tetapi jawapan saya “sejak bila Imigresen ambil alih tugas polis?”

Namun berdasarkan sejarah dan pengalaman BN, pengundi akan berubah angin pada saat akhir. Apapun sama-sama kita nantikan keputusannya di Dewan Orang Ramai, Batang Berjuntai malam esok.

Wednesday, April 25, 2007

CERAMAH DI KUBU PKR

Meninjau ke kubu Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi, pelbagai pandangan berbeza dilemparkan.

Datuk Abdul Hadi Awang berkata pencalonan Tan Sri Khalid Ibrahim mewakili PKR sebagai anugerah kepada penggundi di Ijok.

Mahfuz Omar pula berkata pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan di Ijok tidak mencapai standard.

Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim pula berjanji akan melaksanakan Pelan Tindakan Pembangunan.

Semuanya itu sudah dijawab oleh pemimpin Barisan Nasional.

Sunday, April 22, 2007

BERTANDANG DI IJOK

Malam tadi bertandang ke Ijok untuk meninjau pelbagai ceramah dan cerita politik.

Hentian pertama di Padang Dewan Jaya Setia, Kg Jaya Setia - Bilik Gerakan yang menjadi anak angkat UMNO Bahagian Puchong diketuai Datuk Dr Mohamad Satim Diman. Tanpa mengetahui aturcara malam itu, saya sampai sejurus selepas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi beredar selepas berucap.

Selain Datuk Satim serta beberapa AJK Bahagian Puchong, ramai yang saya temui termasuk Hanafiah Man ( bekas orang kuat pemuda Keadilan) dan AJK Pemuda UMNO Bagan Datoh.

Saya terus ke Bilik Gerakan JASA di pekan Batang Berjuntai. Taklimat tertutup oleh Datuk Zahid kepada anak-anak buahnya petugas JASA. Banyak input yang diperolehi termasuk mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim mahu bertanding di Ijok.

Hentian terakhir saya kembali ke Kg Jaya Setia. Selepas menjengok muka dengan Datuk Satim, saya dan Datuk Ibrahim Yahaya (Tiger) pergi ke Rumah Melaka. Lama di sana menantikan mesyuarat dan taklimat yang dikendalikan Datuk Ali Rustam. Selesai mereka mesyuarat Tiger dijemput duduk di sebelah Datuk Ali, dan saya ikut sama. Perbualan sehingga jam 3 pagi.

Banyak cerita yang dapat dikongsi daripada mereka yang saya temui malam tadi.

Friday, April 20, 2007

WAN AZIZAH

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail mendengar sidang media di belakang Azmin Ali.

PUTERI UMNO TURUN PADANG

Ketua Puteri UMNO Bahagian Puchong (Bercermin mata tengah) yang juga Ketua Penerangan Puteri UMNO Selangor bersama rakan-rakan Puteri di hari Penamaan Calon.

PEGAWAI PENGURUS PILIHAN RAYA

Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengisytiharkan pertandingan satu lawan satu diantara calon Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat.

PETUGAS MEDIA JADI KALENDAN LORI


Petugas media sanggup memanjat sebuah lori yang melalui jalanraya untuk mendapatkan sudut bagi merakam perarakan mengiringi calon ke Pusat Penamaan calon.

PROVOKASI PKR


Provokasi oleh penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), serangan peribadi mengumpamakan pemimpin Barisan Nasional (BN) sebagai 'Buaya"

Thursday, April 19, 2007

PENAMAAN CALON DI IJOK

Kereta penyokong PKR ekori konvoi TPM

Pekan Batang Berjuntai sesak
Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Selangor, kawasan Ijok berlansung dalam suasana meriah tetapi sedikit tegang, dengan hujan lebat mengalu-alukan kedatangan tetamu luar.

Dan sebagaimana biasa, pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong pari-parti politik yang bertanding berarak mengiringi calon masing-masing ke pusat penamaan calon.

Pekan Batang Berjuntai sesak, dipenuhi deretan kereta entah dari mana datangnya. Tapi yang pasti kenderaan itu membawa pemimpin dan penyokong parti politik dari luar kawasan Ijok.

Azmin Ali marah-marah
Naib Presiden parti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menyalahkan SPR dan polis kerana tidak cekap mengendali dan mengawal kenderaan serta penyokong-penyokong parti. Tetapi cara beliau bercakap agak kasar dan keterlaluan..

“Najib tu patut keluar dari kawasan ini jugak,” katanya yang mahu Timbalan Perdana Menteri keluar daripada kawasan yang dipagari ‘parameter tape’ di sekitar pusat penamaan calon.

“Khir Toyo macam polis”, dakwanya ketika mengulas tindakan Menteri Besar Selangor itu meminta anggota FRU mengubah tempat kawalan.

Namun polis tiada pilih kasih terhadap PKR. Malah Azmin dibenarkan mengadakan sidang medianya di kawasan yang sepatutnya dikosongkan. Beliau disertai oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah yang berdiri di belakang Azmin. Sedangkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sudah beredar keluar dari kawasan itu.

Hujan elak suasana tegang
Nasib baik hujan lebat ketika masa bantahan berlangsung. Penyokong-penyokong parti bertanding mula melempar dan membaling objek ke arah saingan. Botol pastik berisi air minuman dan beberapa objek lain nampak dibaling ke arah penyokong Barisan Nasional. Namun ia tidak berpanjangan, hanya sekitar 10 minit kerana hujan lebat mula membasahi persekitaran.

Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengulas kejadian itu marah dan tidak akan bertolak ansur dengan sikap kasar yang ditunjukan parti lawan. Namun beliau mengingatkan Pemuda BN supaya bertindak secara waras dan tidak terikut-ikut dengan rentak mereka.

Dan ketika saya berjalan keluar, saudara Shahrulzaman (Setiausaha Kerja Pemuda UMNO) yang menyapa saya, membawakan persalinan baru (Baju T BN) untuk Datuk Seri Hisham dan KJ yang sudah basuh kuyup.

Iklan rumah di Ijok
Perjalanan di sepanjang kawasan di Ijok akan digamit dengan kain-kain rentang tertulis rumah-rumah negeri. Rumah Perlis mendahului iklan bila kita membelok simpang ke kanan dari arah Sungai Buloh. Dan di sepanjnag jalan itu banyaklah lagi iklan-iklan rumah negeri dipamerkan.

Ia adalah budaya UMNO setiap kali pilihan raya kecil berlangsung. Inilah komitmen Perhubungan UMNO negeri-negeri membantu kemenangan BN.

Selain rumah-rumah negeri terdapat juga kain rentang mempamerkan rumah-rumah bahagian-bahagian UMNO. Perhubungan UMNO negeri dan bahagian UMNO ditugaskan membantu jentera pilihan raya di setiap daerah mengundi dan kawasan peti undi yang ditetapkan.

PKR ikut konvoi TPM
Saya bernasib baik. Ketika berkereta ke Ijok, saya dapat menyertai konvoi VIP yang didahului kereta peronda polis memasuki pekan Batang Berjuntai. Sekurang-kurangnya saya dapat menjimatkan masa tanpa menyertai deretan kereta yang bersesak-sesak, walaupun saya tidak tersenarai secara resmi dalam konvoi berkenaan.

Dan ketika pulang setelah meninjau daerah mengundi Kampung Jaya Setia, tuah saya datang lagi.

Kali ini saya menyertai konvoi TPM pula. Ia bermula setelah kumpulan lima kereta dengan didahului motosikal dan kereta peronda polis itu memintas kereta saya. Itulah amalan krew berita dimana-mana tugasan untuk cepat sampai atau sekurang-kurangnya tiba bersama VIP.

Tetapi yang mengembirakan saya kali ini, kereta kelima di depan saya yang menyertai konvoi TPM itu adalah kereta penyokong PKR (berdasarkan pelekat di cermin belakang). Saya sempat menyertai konvoi itu sehingga ke persimpangan masuk ke Lebuhraya baru ke Shah Alam. Hai tumpang toi jugak ke….?

Tuesday, April 17, 2007

MERAH HITAM WARNANYA


Kerja bersama dengan orang muda, jiwa dan semangatpun jadi muda (Tapi perangai jangan jadi muda sudahlah).

Dan bagi menghargai pengorbanan dan tanda terima kasih kerana bekerjsama dengan saya dalam satu pasukan, maka diadakan majlis makan-makan.

Selain itu, jamuan suka-suka itu itu juga bagi merapatkan silatul-rahim sesama rakan sekerja.

Muga-muga rezeki murah lagi....

Monday, April 16, 2007

PERIHAL SI PENGEMIS

Fenomena pengemis kaya sudah menjadi kebiasaan di negara ini. Profesion itu sudah menjadi antara pekerjaan yang popular seperti juga penjaja pasar malam.

Setiap minggu pengemis yang sama akan mengambil tempat di 'lot' nya di pasar malam, begitu juga di pintu-pintu pagar masjid pada setiap hari Jumaat. Saya tiada bukti sama ada mereka benar-benar susah atau menjadi antara alat sindiket.

Yang pastinya sedekah yang diberi kerana Allah SWT. Ke mana hala duit yang kita hulurkan masing-masing daripada kita tidak pernah mempersoalkannya.

Tetapi kisah yang diceritakan oleh seorang rakan penjaja pasar malam ini perlu diambilkira. Seorang lelaki cacat dan buta pernah mengambil tempat di hadapan lot penjaja berkenaan. Kakinya yang 'cacat' sebenarnya dilepatkan ke belakang, manakala matanya yang 'buta' sebenarnya dipejamkan.

Sesekali apabila tiada orang yang melintas, mata yang 'buta' dibukanya. Dan apabila pasar malam selesai, pergilah kawan kita penjaja ini minum ke kedai makan berhampiran.

Terperanjat beruk dia. "Pengemis" yang mencari duit di depan lotnya rupa-rupanya sihat dan tidak buta. Air yang diminumnya daripada jenama yang mahal-mahal, dan habis satu gelas ke satu gelas dipesannya. Makan malamnya di atas meja pula setanding dengan orang yang makan gaji.

Saturday, April 14, 2007

MAMPU KE JADI AHLI POLITIK?

Bidan Terjun
Hari ini Sekolah Menengah Pusat Bandar Puchong (1), SMKPBP (1) mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan. Seperti kebiasaan di mana-mana sekolah, majlis itu bagi menghargai pencapaian pelajar-pelajar sepanjang tahun lalu.

Guru Penolong Kanan, Puan Cheaah Halimah orang yang paling sibuk sejak dua menjak menguruskan majlis itu. Selain meminta peruntukan daripada PIBG untuk majlis itu, pelbagai pihak turut dihubungi bagi mendapatkan penajaan.

Perasmi majlis telah ditetapkan iaitu Pegawai Pendidikan Daerah Petaling (PPD). Semalam saya dihubungi oleh Pengetua sekolah, Puan Siti Rogayah (beliau baru melaporkan diri minggu lalu dan tarikh rasmi bertugas 20 April). Beliau meminta supaya saya dapat mengiringi PPD dan bertindak mengantikannya untuk melobi beberapa perkara. Puan Siti tidak dapat hadir kerana kecederaan dan kini terlantar di SJMC.

Pagi tadi, sebagai YDP PIBG saya tiba di perkarangan sekolah agak awal untuk menyambut ketibaan PPD. Setibanya di sekolah Puan Cheaah memaklumkan, PPD tidak dapat hadir kerana tidak sihat, semua pegawainya yang dihubungi untuk mengantikannya juga mempunyai urusan masing-masing. Siapa lagi yang merasmikannya, YDP inilah jugak. Dapatlah cenderahati sebakul buah-buahan sebagai perasmi.

Sabtu lalu saya turut diminta merasmikan Kem Motivasi Pegawas sekolah (dapat jugak sebakul buah).

Sibuknya kalahkan YB
Sabtu lalu, sejurus selepas majlis perasmian tamat, saya diminta turut berucap pada majlis Maulidul Rasul di surau sekolah. Pada masa yang sama saya juga perlu hadir di sekolah sebelah, Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1), SKPBP(1) kerana majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG. Di sekolah kebangsaan saya adalah Timbalan YDP.

Disebabkan penceramah belum hadir pada masa yang ditetapkan, saya meminta izin untuk ke SKPBP(1). Setibanya di SKPBP(1) pihak sekolah meminta saya menghubungi perasmi, Prof Madya Dr Mohd Ali Hassan, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional, yang saya jemput secara peribadi untuk merasmikan mesyuarat itu.

Setelah dihubungi, Prof Ali menyatakan dia sesat. Saya terpaksa keluar menjemputnya di suatu tempat yang ditetapkan. Dan ketika bersamanya (Prof Ali) pihak sekolah menengah meminta saya datang ke surau sekolah kerana penceramah telah sampai. Awwwwwww....(pening!..)

Dan pilihan saya (walaupun berat), saya terpaksa hadir untuk perasmian mesyuarat PIBG di sekolah kebangsaan. Pada pemilihan, saya meminta untuk undur diri, dan memberi peluang kepada muka-muka baru. Ini kerana bagi saya jawatan bukan untuk disimpan dalam poket. Alhamdullilah alasan saya diterima ibubapa yang hadir selepas memberikan pelbagai penjelasan lain.

Korbankan majlis politik
Disebabkan majlis di sekolah hari ini, saya terpaksa membatalkan majlis politik di Shah Alam yang diwajidkan hadir kepada semua Jawatankuasa Bahagian.

Sebenarnya banyak majlis-majlis politik yang terpaksa saya korbankan kerana urusan PIBG dan kerja. Malam ini majlis suaikenal dan ramah mesra bersama jentera pilihan raya Jaya Setia DUN Ijok di Kampung Jaya Setia, Batang Berjuntai terpaksa saya lupakan walaupun wajib hadir sebagaimana diarahkan YB Dato Ketua Bahagian.

Saya telah berjanji dengan anak-anak buah (news room) untuk menjamu mereka makan malam di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail. Tema pakaian Merah/Hitam.

Monday, April 9, 2007

IKAN DI LAUT, ASAM DI DARAT

Kol Yusof dan Lokman

Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga. Perumpamaan itu masih relevan masakini terutama dalam memperkatakan soal jodoh pertemuan.

Begitulah yang berlaku kepada kenalan saya Kolonel Mohd Yusof Sahibjahn, bekas Ketua Staf misi PBB di Layoune, Sahara Barat. Selama lebih dua tahun berada di Layoune mengetuai anggota tentera pelbagai negara, beliau telah tertarik dengan perilaku dan kesopanan seorang gadis Maghribi bernama Hananee.

Bukan sahaja Kol Yusof yang jatuh hati terhadap gadis itu, rupa-rupanya isteri beliau yang sesekali datang ke Layoune untuk menemani Kol Yusof turut terpikat.

Kemesraan ketiga-tiga insan itu rupa-rupanya sudah menjadi perbualan anggota pasukan pengaman PBB, termasuk anggota Kumpulan Perubatan Malaysia, MMU diketuai Lt Kol (Dr) Adnan Abdullah.

Gadis yang menuntut dalam jurusan undang-undang di sebuah universiti di Maghribi itu juga begitu tertarik dengan sikap ramah mesra suami isteri rakyat Malaysia itu.

Dua bulan lalu Kol Yusof telah menamatkan perkhidmatannya bersama tentera pengaman PBB dan pulang ke tanah air, sekali gus bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia.

Namun kemesraan suami isteri itu terhadap Hananee tidak boleh dipisahkan. Kepulangan mereka berdua ke Malaysia ditemani gadis ayu itu.

Hananee kemudian dipertemukan dengan salah seorang anak bujang mereka, Faruskh Sahibjahn. “Faruskh, kamu perlu berkorban untuk Papa dan Mama,” rayu Kol Yusof kepada anak bujangnya.

Dan setelah segala dokumentasi selesai, Faruskh dan Hananee diijabkabulkan. Majlis persandingan dengan adat budaya Maghribi diadakan di rumah Kol Yusof, di Jajang Prima, Kajang, selang dua hari selepas dinikahkan. Ia disiarkan secara langsung untuk ditonton keluarga pengantin perempuan di Maghribi melalui Internet.

Antara yang hadir termasuklah Kol Md Din Abu yang datang terus dari Kuantan (orang kanan Kol Yusof di Batalion Renjer yang juga skot saya), Lt Kol (Dr) Adnan (diterbangkan dari Kuching) dan Lt Kol Nasir Ali (berkereta dari Ipoh) yang mengetuai pasukan pemuzik malam itu.

“Saya tidak pernah bertemu dengan Hananee, perkahwinan saya diatur oleh ibubapa saya. Ini adalah pengorbanan saya kepada mereka berdua,” jelas Faruskh.

Bagi Hananee, dia amat bergembira dengan perkahwinan itu dan menyukai segala yang ada di Malaysia. Dia berjanji akan terus tinggal di negara ini walaupun terpaksa menangguhkan pengajian undang-undangnya di Maghribi.

AL-FATIHAH BUAT LIZA

Semuga rohnya dirahmati ALLAH SWT.


09 April, 2007 14:18 PM

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Penerbit Kanan Bahagian Wanita TV3, Aliza Aziz, 44, meninggal dunia hari ini akibat kanser payu dara dan ketumbuhan di otak.Suaminya, Mohd Rashid Ahmad, Pengurus Unit Kamera TV3, memberitahu Bernama, Aliza meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada pukul 2.15 pagi tadi.Allahyarham menghidap penyakit itu sejak dua tahun lepas dan telah dua kali menjalani pembedahan di bahagian kepala."Pada Jumaat lepas beliau mengadu sakit seluruh badan dan tidak sedar diri daripada pagi semalam hinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir," kata Rashid di kediaman mereka di Kelana Jaya.Beliau berkata Aliza sepatutnya berlepas ke Mekah pada 31 Mac lepas untuk menunaikan umrah tetapi ia tertangguh kerana kesihatannya tidak mengizinkan.Allahyarham meninggalkan seorang anak perempuan, Arissa Mohd Rashid, 4 tahun.Aliza, yang berasal dari Alor Star, Kedah, memulakan kerjayanya dalam bidang kewartawanan di Bernama pada September 1984 sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).Setelah menamatkan pelajaran, beliau berkhidmat di Karangkraf sebelum menyertai TV3.Jenazah allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Kiara pada 11.30 pagi ini.-- BERNAMA

ALIZA AZIZ (TV3) TENAT - TUNTUTAN ZIARAH ORANG SAKIT

Seorang rakan wartawan (Aliza Aziz, bekas penerbit program 999 TV3) dalam keadaan tenat di SJMC sejak pagi tadi.

Berita mengenai keadaan kesihatannya itu diterima daripada rakan-rakan melalui SMS. Pantas dan berkesan kaedah komunikasi cara itu. Saya dan beberapa rakan di pejabat terus menziarahi beliau pada sebelah tengahari.

Beliau telah keluar masuk hospital sejak dua tahun lalu.

Keadaannya itu sebenarnya ditentukan oleh Allah s.w.t. Itu adalah ujian kepada beliau (semuga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan itu). Dan bagi kita ujian seumpama itu akan sampai juga, sama ada ia cepat atau lambat, dan berlaku dalam pelbagai keadaan.

Sebenarnya menziarahi orang sakit adalah disunatkan dan digalakkan dalam Islam. Rasulullah s.a.w sangat menyukai sahabatnya menziarahi orang yang sakit.

Baginda pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, dia akan diseru malaikat dengan seruan: “Alangkah bagus engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah bersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!’ (Hadis diriwayatkan oleh at-Tarmizi)

Namun untuk menziarah orang sakit perlu juga mengikut adab-adabnya. Diperturunkan beberapa adab-adab sebagaimana dipetik daripada beberapa rujukan;

a) Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan itu mungkin mengganggu pesakit yang hendak rehat, disarankan dengan bersederhana. Kekerapan boleh dilakukan selang sehari jika keadaan pesakit itu baik. Sebagaimana puisi Ibn Duraid: "Ziarahi dari semasa ke semasa, kalau kerap dilakukan merimaskan, Hujan kalau selalu turun menjemukan, kalau terhenti tangan menadahkan harapan"

b) Hendaklah disentuh dan pegang tangannya serta letakkan tangan didahinya dan tanya tentang penyakit serta keadaannya sekarang.

c) Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan ....( sebut namanya).

d) Doakan dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul, Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.

e) Berikanlah nasihat-nasihat yang baik. Serta ucapkan perkataan 'sabarlah sakit ini adalah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak'.

f) Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadat ziarah itu.

g) Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:"Ya Allah hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dari Mu jua sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit" . (At-Tarmizi)

h) Disunatkan orang yang menziarahi pesakit berdiri di sebelah kepala pesakit.


i) Mengingatkan pesakit tentang syahadah jika ia sedang nazak.

Saturday, April 7, 2007

PAPARAN YANG TIDAK INGIN DILIHAT

The page cannot be displayed
The page you are looking for is currently unavailable. The Web site might be experiencing technical difficulties, or you may need to adjust your browser settings.
Please try the following:
Click the Refresh button, or try again later.
If you typed the page address in the Address bar, make sure that it is spelled correctly.
To check your connection settings, click the Tools menu, and then click Internet Options. On the Connections tab, click Settings. The settings should match those provided by your local area network (LAN) administrator or Internet service provider (ISP).
See if your Internet connection settings are being detected. You can set Microsoft Windows to examine your network and automatically discover network connection settings (if your network administrator has enabled this setting).
Click the Tools menu, and then click Internet Options.
On the Connections tab, click LAN Settings.
Select Automatically detect settings, and then click OK.
Some sites require 128-bit connection security. Click the Help menu and then click About Internet Explorer to determine what strength security you have installed.
If you are trying to reach a secure site, make sure your Security settings can support it. Click the Tools menu, and then click Internet Options. On the Advanced tab, scroll to the Security section and check settings for SSL 2.0, SSL 3.0, TLS 1.0, PCT 1.0.
Click the Back button to try another link.
Cannot find server or DNS ErrorInternet Explorer

Friday, April 6, 2007

DIGITAL DIVIDE

Bukan malas atau tiada idea untuk menulis. Masalah perisian atau perkakasan Laptop yang menyukarkan untuk saya menulis. Mungkinkah ia disebabkan "digital divide" antara kita, ataupun pakar komputer itu sendiri yang mempunyai masalah kejurangan ilmu.

Kalaupun saya tidak mahir dalam ilmu perisian atau perkakasan, sekurang-kurangnya jika Laptop dihantar ke kedai untuk beberapa kali, masalah yang sama tidak akan berulang. Tetapi inilah yang sering berlaku.

Setiap kali saya cuba browse maka akan terputuslah laman yang sedia ada, walaupun talian internet masih berfungsi.