Monday, September 14, 2009

TERBANG DENGAN CHARLIE C130




Foto : Taklimat di PU TUDM, Subang sebelum penerbangan ke Kuching.

Orang Bagan Datoh kini semakin hebat bersahur di rumah dan berbuka serta bertarawih di Kuching.

Itu semua berkat keperihatinan seorang menteri yang melakukan lawatan kerja sehari ke tapak projek penswastaan Komplek Markas 1 Divisyen di Muara Tuang, Kota Samarahan.

Daripada tempat duduk belakang kosong, lebih baik diisi dengan 40 orang bagi memberi peluang mereka merasai terbang dengan pesawat Charlie C130.

Setibanya di Pangkalan TUDM, Kuching mereka bersolat Jamak Zuhur/Asar berjemaah di surau Al-Jahiriah diimamkan menteri.

Sementara menteri melakukan lawatan kerja ke Tapak Projek Kem Muara Tuang, mereka dibawa berjalan ke Bandaraya Kuching membeli ikan terubuk masin dan kek lapis.

Walaupun lawatan singkat, mereka sekurang-kurangnya didedahkan dengan beberapa perkara baru. Setidak-tidaknya mereka dapat melihat sendiri anggota tentera bertugas di udara dan berkhidmat untuk negara.

4 comments:

zm.azami said...

Asalam..

Beruntungnya dapat jadi orang Bagan Datok,

Orang di Segamat bila lagikah dapat menumpang tuah, menaruh harapan sejak 1996 yang lalu..

Wasalam

LEKLOOK said...

Tuan,
Tak apa semua orang telah ditentukan rezekinya. Bila tiba masanya adalah tu.

zm.azami said...

InsyaAllah, Tuan, "sabar menanti"

Kepten Ramli Kardi said...

salam..maaf dah lama tak buka blog you..maklum sahaja bulan ramadhan saya harus mengikut 'bos" berbuka puasa bersama rakyat

cerita charlie ini mengimbau kembali ingatan semasa jadi 'askar kendel" c130 hercules is the best machine for skydivers good flatform and big ramp door to provide very confortable space for us to jump out..