Cara mudah untuk mendapat PhD. Bukan perkara baru tetapi baru didedahkan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin yang memberi reaksi terhadap isu itu turut menafikan ia berlaku di Malaysia.
Beliau juga menafikan ada di kalangan tenaga pengajar dan kakitangan universiti tempatan memiliki ijazah ekpress itu.
Namun hakikatnya ia memang berlaku.
Bukan susah sangat hendak mengetahui mereka pemegang tulin PhD. Melalui pertuturan dan cara berfikir, sudah menampakkan tahap pendidikan seseorang. Tak perlu untuk mereka mempamerkan foto berjubah dan topi di dinding dan menonjolkan sekeping ijazah di bingkai.
Beberapa tahun dahulu saya terkejut juga dengan seorang kenalan dan ahli politik yang bergelar Datuk yang pernah menjadi ketua saya.
Sebelum mesyuarat diadakan, orang rapat beliau mahu kain rentang perasmian ditukar dengan meletakan ‘Dr’ selepas perkataan Datuk pada namanya. Saya menjadi terkejut, kerana sebelum ini tidak pernah mendengar beliau mendapat Ijazah Sarjana (Master).
Risik punya risik rupa-rupanya ijazah itu dibeli dengan menghadiri pengajian singkat. Abang saya yang baru mendapat Ijazah PhD beberapa tahun dulu mengambil masa sekurang-kurangnya tujuh tahun untuk menghabiskan pengajiannya.
Kata abang, kalau ‘Reseach Method’ pun tak tahu macam mana boleh mendapat PhD?
Saya pun dapat ijazah PHD dari Pondok Haji Dollah.
No comments:
Post a Comment