Saturday, September 12, 2009

AKHIRNYA KARBIN UMNO DIROBOHKAN





Karbin bilik gerakan dan pejabat UMNO cawangan di Puchong akhirnya dirobohkan.

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengambil tindakan itu setelah diarah oleh kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Tindakan untuk merobohkan berpuluh karbin di sekitar Puchong sudah lama dirancang tetapi tidak terlaksana kerana pelbagai bantahan oleh penduduk.

Dua hari lalu gerakan meroboh dilancarkan lagi tetapi ditangguh kerana kehadiran media.

Namun siang tadi secara senyap, karbin yang turut digunakan untuk pengajian Al-Quran oleh kanak-kanak di Pusat Bandar Puchong berjaya dirobohkan hasil kerjasama beberapa kontraktor yang dilantik.

Begitulah kisahnya apabila kuasa politik sudah tiada lagi dalam genggaman. Peristiwa itu seharusnya menjadi iktibar kepada pemimpin dan ahli UMNO tempatan yang leka terhadap masa depan orang Melayu. Ia juga seharusnya membuka mata kepada orang-orang Melayu di atas pagar.

Kini tanah di sebelah yang dahulunya menempatkan karbin asal pejabat UMNO cawangan sudah didirikan ‘food court’ untuk peniaga-peniaga makanan Cina.

Maka terloponglah orang Melayu daripada UMNO dan PAS sambil mengigit jari!

No comments: