Masjid Al-Husna sejurus selepas siap pembinaannya.
Bulan Ramadan ini masing-masing berlumba-lumba melipat-gandakan ibadah. Mereka yang terlebih duit akan ke Makkah mengerjakan umrah untuk mencari bonus akhirat. Yang tidak berkemampuan akan memenuhi masjid selepas berbuka untuk menunaikan solat fardu Isya dan sunat Terawih.
Masa inilah kita akan terjumpa kawan-kawan yang lama hilang. Kali terakhir bersua Ramadan tahun lalu. Masing-masing sibuk dengan tugasan harian sehingga tidak berkesempatan berjemaah di masjid.
Alhamdullilah Ramadan kali ini penduduk Pusat Bandar Puchong dapat berterawih di masjid baru, Masjid Al-Husna.
Kedudukannya di atas bukit melambangkan kejayaan umat Islam setempat berjuang untuk mendapatkan tempat solat yang lebih sempurna. Itu semua ketentuan Allah yang mengizinkan penduduk Pusat Bandar Puchong mendapat sebuah masjid setelah lebih sepuluh tahun kawasan perumahan ini dibuka.
Walaupun menghadapi kesukaran pada peringkat awal penggunaannya, kerana berkat kesabaran ahli jawatankuasa sementara pembinaan masjid dan penduduk, akhirnya masjid dapat digunakan dua minggu sebelum Ramadan.
Saya hanya mengetahui masjid mula digunakan ketika di Taipei melalui SMS isteri.
Namun solat Jumaat pertama sempat juga saya menyertai jemaah bersama krew berita TV9 yang membuat liputan persiapan Ramadan di masjid berkenaan.
Beberapa bulan dulu saya berkesempatan menyertai jawatankuasa lain membeli permaidani masjid di sebuah kilang permaidani di Sungai Besi. Harganya mencecah puluhan ribu ringgit.
Walaupun jangkaan permaidani boleh dipasang dan digunakan setelah kerja-kerja pembersihan ketika itu, namun Allah belum mengizinkan jemaah menggunakan masjid. Masjid siap tetapi masih tiada Sijil Layak Menduduki (CF).
Bagaimanapun kerana hubungan rapat diantara jawatankuasa masjid dan Pengarah Pembangunan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), birokrasi politik dan kekangan peraturan pentadbiran dapat di atasi.
Dengan sijil sementara, kini Masjid Al-Husna di Pusat Bandar Puchong dapat digunakan sepenuhnya. Walaupun kemudahan bekalan elektrik dan air belum sempurna, ia sekurang-kurangnya dapat menjadi tempat jemaah berkumpul menunaikan solat Terawih pada Ramadan ini.
Dapatlah sahabat-sahabat yang lama tidak berjumpa, bersama-sama beribadah di bulan puasa ini.
Selain tempat melipat gandakan pahala, sekurang-kurangnya masjid Al-Husna pada Ramadan ini dapat mengumpul jemaah memperagakan jubah – yang hanya dipakai setahun sekali, hasil pemberian sanak-saudara serta rakan taulan atau yang dibeli di Makkah dan Madinah ketika mengerjakan Umrah dan Haji.

1 comment:
Assalamualaikum.
Aku nek sesekali balik Puchong, terawehan nang Suro Puchong Utama wae... :D
Post a Comment