Thursday, October 25, 2007

SRI PENTAS DIBANJIRI DATUK

(Rakan sebilik ketika mengerjakan umrah, Anthony Bujang (kiri) kini turut bergelar Datuk)


Sri Pentas khususnya Media Prima semakin dibanjiri orang bergelar Datuk. Terbaharu Pengarah Operasi TV3, Athony Firdaus Bujang mendapat anugerah Darjah Kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Turut mendapat DIMP sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-77 ialah Ketua Pegawai Eksekutif NTV7, Amrin Awaluddin.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Farid Ridzuan turut mengutip satu lagi gelaran sempena hari keputeraan itu. Beliau kini bergelar Datuk Seri apabila dianugerahkan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP).

Sebelum ini mereka yang bergelar Datuk di Media Prima yang berpejabat di Sri Pentas (selain ahli lembaga pengarah bebas) ialah Pengerusi Media Prima Datuk Abdul Mutalib Razak, Pengarah Kumpulan Berita Dan Ehwal Semasa Media Prima, Datuk Kamarulzaman Zainal dan bekas Pengurus Besar Berita Dan Ehwal Semasa TV3, Datuk Chamil Wariya.

Selepas ini kemungkinan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Prima, Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar turut bergelar Datuk.

Sekiranya Datuk Ibrahim Yahaya (Tiger) masih berkhidmat di Divisyen Berita dan Ehwal Semasa TV3, senarai orang yang bergelar Datuk di Sri Pentas akan lebih panjang. Dan ia akan lebih panjang lagi, apabila bekas penyampai berita TV3, Mahadzir Lokman yang turut dianugerahkan DIMP bersama-sama Anthony dan Amrin, kekal di TV3.

Senarai itu semakin berjela apabila dimasukkan nama-nama kakitangan kumpulan Media Prima dari Balai Berita di jalan Riong, Bangsar. Antaranya Datuk Hishamuddin Aun, Datuk Manja Ismail, Datuk Syed Faisal dan Datuk Syed Nadzri Syed Harun.

Tahniah kepada mereka yang baru mendapat gelaran Datuk. Saya hanya perlu tunggu dapat cucu untuk bergelar Atuk.

3 comments:

ibrahim yahaya said...

Sdr Look,

Terima kasihlah kerana membantu saya menjadi insan yang dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Sumbangan saudara itu pasti akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

LEKLOOK said...

Datuk Ibrahim, terima kasih sama-sama. Semuga saham akhirat kita diterima Allah.

AkaZukii ChaCha said...

ciklok, tertinggal satu nama lagi...Lokman Hamidi..(^-^)