(Datuk Ibrahim Yahaya atau Tiger dan Rosli Ismail, orang kuat AgendaDaily - antara tetamu setia Datuk Zahid)
Selepas rumah terbuka di Sri Pentas, pada sebelah malamnya ada diantara tetamu turut menghadiri rumah terbuka Datuk Ahmad Zahid Hamidi di kediamannya (kuaters kerajaan) di Putrajaya.
Deretan kereta tetamu memenuhi sepanjang jalan menuju ke kediamannya, malah barisan kereta melimpah sehingga ke jalan besar menuju ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana.
Sesetengah tetamu tersalah rumah dan bertandang ke rumah Datuk Dr Latiff (Timbalan Menteri Kesihatan) yang turut mengadakan rumah terbuka malam itu. Rumah Datuk Zahid dan Datuk Dr Latiff berada di lorong yang sama dan terletak hanya selang beberapa rumah diantara satu dengan lain.
Kedua-dua mereka tidak menyangka untuk mengadakan rumah terbuka pada hari dan waktu yang sama. Malah warna pada khemah mereka juga sama, putih dan jingga.
Sesetengah tetamu bergurau, "bertuah Datuk Dr Latiff kerana mendapat tetamu Datuk Zahid yang melimpah ke rumahnya".
Ketua Pemuda UMNO Wilayah dan juga ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Norza yang turut tersalah rumah pula berkata beliau sekadar bersalaman dengan Dr Latiff dan tidak menjamah makanan dengan alasan sudah kenyang.
Manakala Dr Latiff sendiri mengakui kad kehadiran yang sepatutnya diberikan kepada setiap tetamu jauh tidak mencukupi.
Tahun depan Datuk Dr Latiff mahu kedua-dua mereka berbincang tarikh sebelum mengadakan rumah terbuka untuk mengelak kesesakan lalulintas.
Namun Datuk Zahid berkata ia tidak perlu kerana beliau akan berpindah semula ke rumahnya yang siap diperbaiki di Country Height, Kajang.
2 comments:
Sdr Look,
Saya hadir di rumah terbuka Datuk Zahid sebagai kawan, wartawan dan pemerhati politik. Selain berkesempatan berhari raya, saya ingin melihat sendiri jumlah tetamu yang bertandang ke rumahnya. Siapakah ahli politik yang sejak dari dulu menyatakan sokongan terhadapnya.
Apa yang saya dapati ialah kunjungan ribuan rakyat pelbagai bangsa di rumah terbuka Datuk Zahid memaparkan penyataan sokongan terhadapnya sejak dari dulu lagi. Kehadiran ramai tokoh politik mengiyakan hakikat Datuk Zahid adalah pemimpin yang dihormati dan amat disenangi. Ia juga manifestasi sokongan padu kepadanya untuk menaiki tangga politik yang lebih tinggi.
Keikhlasan mereka terpancar kerana walaupun satu ketika dulu, Datuk Zahid pernah tidak mempunyai sebarang jawatan atau kuasa, mereka tetap memberi sokongan padu. Keadaan ini unik dan istimewa.
Datuk Zahid adalah pemimpin pelapis yang perlu diberikan tempat terbaik untuk menerajui Malaysia pada masa depan. Didikan agama yang sempurna menjadikannya insan yang setia kepada parti dan pemimpin. Semoga ALLAH SWT memelihara beliau sepanjang masa.
Terima kasih Datuk Ibrahim, sama-samalah kita berdoa untuknya. Semuga usaha Datuk Zahid itu diberkati ALLAH SWT.
Post a Comment