Friday, September 14, 2007

SOLAT SUBUH BERJEMAAH - SEKADAR RENUNGAN BUAT SAYA


“Pernah, salah seorang penguasa Yahudi, menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu perkara. Iaitu apabila jumlah jemaah solat Subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat.”

Petikan itu memberi ingatan kepada saya yang daif ini bahawa ada nilai keagamaan dan falsafah yang kuat dalam pelaksanaan solat Subuh berjamaah.

Diriwayatkan Muslim dari Usman bin Affan RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah bersolat setengah malam. Dan barang siapa solat subuh berjemaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (HR. Muslim)

Sebenarnya banyak lagi fazilat yang diperolehi daripada solat Subuh berjemaah. Orang yang rezeki murah juga dikatakan berada di kalangan mereka yang bersolat Subuh berjemaah. Namun ia cukup sukar untuk dilaksanakan.

Semuga Allah memberikan hidayah kepada saya.

No comments: