Wartawan dan juga Penerbit Berita TV9, Razali Awang dengar cerita akan meninggalkan stesen 'Dekat Di Hati'. Dia mungkin menyertai pasukan Editorial di Karangkraf yang baru menerbitkan akhbar tabloidnya.
Razali sebelum ini pernah berkhidmat di Utusan Malaysia, TV3, RTM dan NTV7.
Sebelum ini wartawan dan juga Penolong Penerbit, Faizal Kasmani meninggalkan TV9 kerana menyambung pelajaran di peringkat Doktor Falsafah dan menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Islam Malaysia di Nilai.
Wartawan dan Penyampai Berita, Abu Talib Husin juga berura-ura akan menyertai semula bidang kerjayanya sebelum ini, sebagai Auditor.
Sebenarnya trend dunia kewartawanan siaran memang begitu lumrahnya. Hanya 10-20% sahaja kakitangan 'editorial' nya termasuk penyampai berita dan wartawan akan kekal lama.
Di Bahagian Berita & Ehwal Semasa di TV3 umpamanya, sejak ia ditubuhkan, hanya berapa kerat sahaja yang tinggal hingga sekarang.
Mana dia Nina Halim Rasib, Yusof Darus, Abdul Razak Abdullah, Wan Zaleha Radzi, Ras Adiba Radzi, Zalina Azman, Jasbant Singh, Dzulkarnain Taib (DT) dan Abd Malek Faisal (sekadar menyebut beberapa nama).
Mana perginya pula bos-bos seperti Haji Subohi, Salleh Kasim, Ahmad Ab. Wahab, Ibrahim Yahaya atau Tiger (sekarang Datuk) dan banyak lagi.
Kalau masih ada orang lama di bilik berita sekarangpun, mereka yang pernah meninggalkan TV3 dan menyertai semula, selepas 'penat berjuang' di luar sana.
Selibriti berita yang ada di TV3 sekarangpun masing-masing sudah diserap ke beberapa jabatan lain. Tugas hakiki mereka tiada langsung berkaitan dengan berita.
Sebenarnya Berita TV perlu sentiasa segar dan mengalami perubahan sejajar dengan cita rasa penonton.
'Jangka hayat' penyampai berita pula tidak lama melainkan dia itu ada 'ex-factors' yang melampau-lampau hebatnya. Tetapi untuk penjaga editorialnya bagaimana ye?