Thursday, May 31, 2007

REZEKI KEDAI RUNCIT

(Pasar Mini Masyarakat milik Shukor)

(Kedai lama Shukor)

(Haji Shukor berkupiah bersama pelanggannya)

Komuniti Kampung Sungai Nipah Darat boleh berbangga dengan kejayaan seorang pengusaha kedai runcit anak tempatan, Haji Shukor Haji Jalib. Kesungguhannya bekerja dengan melaksanakan beberapa strategi pemasaran dan nilai tambah, perniagaannya semakin maju.

Haji Shukor, 43 tahun mewarisi peniagaan kedai runcit daripada Allahyarham ibunya. Kedai runcit yang diwarisinya itu bersifat tradisional dan sekadar menjual keperluan penduduk sekampung.

Namun setelah dia menggunakan konsep pasar raya besar yang menghimpunkan pelbagai barangan keperluan secara setempat, kedainya kini terus menjadi tumpuan.

Kini pelanggannya bukan sehaja daripada penduduk sekampung, malah dari seluruh mukim Rungkup, di parlimen Bagan Datoh.

Dia yang tamat persekolahan di tingkatan lima, tidak perlu belajar untuk mendapatkan Ijazah Sarjana bagi menikmati pendapatan lima angka, melebihi pendapatan sesetengah Ketua Editor.

Itulah rezeki berniaga namanya!

No comments: