Monday, May 28, 2007

KG SUNGAI NIPAH DARAT TAK ADA BEZA DGN KL

(Menara di celah-celah pohon kelapa)
Seronok saya.

Dulu Kampung Sungai Nipah Darat di Bagan Datoh nak guna telefon selular janganlah mimpi. Balik kampung simpan jerlah handphone tu. Satu barpun tak dapat.

Tapi balik kampung cuti sekolah hari ini, menara milik pelbagai syarikat pembekal perkhidmatan telefon mudah alih bersepah di Bagan Datoh.

Saya juga dapat menambahkan catatan di blog ini tanpa gangguan. Teknologi ICT semakin berkembang. Saya tidak payah bawa akaun stremyx balik kampung. Apa yang perlu saya buat, cucuk kabel telefon di Laptop, dial 1315.....beres.

3 comments:

yunos alias said...

sdr.Leklok,
Baguslah.Itu nikmat 'the present government'.Kg sayapun yg ulu di jelebu dah dapat internet..thanks to AP Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim.Tapi tak taulah next election..
Thanks for yr comment blog saya-racik.

AkaZukii ChaCha said...

wow kampung cikloks dah advance..yang penting walaupun coti, keep your blog updated yer..(",)huhu tak best cikloks cotiiiiiiiiiiiiii :p

LEKLOOK said...

Itulah dunia tanpa sempadan, 'borderless world' kata orang putih.